Panglima Islam Yang Namanya Menginspirasikan Watak Filem Hollywood

0
5148
views

Siapakah Lanun Berjanggut Merah yang Berjaya Mengegarkan Lautan Mediterranean Pada Abad ke 15 & 16 ?

• Nama sebenar adalah Hizir dan nama panggilannya adalah Khairuddin Barbarossa & Khairuddin ( Hayreddin ) merupakan gelaran yang diberikan oleh Sultan Turki Uthmaniyyah setelah dinaikkan pangkat & dilantik menjadi laksamana/admiral mengetuai angkatan laut Uthmaniyyah.

• Barbarossa bermaksud ‘ Si Janggut Merah ‘ merupakan gelaran yang diberi oleh pelaut-pelaut Eropah yang gerun kepadanya.

• Khairuddin Barbarossa seorang panglima Islam yang berjuang di Lautan Mediterrenean & salah seorang anggota Janissari.

• Digelar Lanun Janggut Merah kerana mempunyai janggut berwarna kemerah-merahan & berketurunan Eropah.

• Tahun 1504 – 1510, Khairuddin bersama abangnya, Oruc menjadi terkenal selepas menyelamatkan berpuluh ribu umat Islam dari Sepanyol setelah kejatuhan kerajaan Bani Akhmar ke tangan Ratu Isabella dari Castille.

• Tahun 1529, Khairuddin & angkatan lautnya berjaya memindahkan 70,000 orang Islam Maroko dari Andalusia melalui tujuh kali pelayaran.

• Menewaskan angkatan laut Perancis & Sepanyol sekitar tahun 1523.

• Menerima gelaran Pasha pada tahun 1534 dari Sultan Sulaiman dan dianugerahi kepulauan Rhodes, Euboea dan Chios di Laut Aegea.

• Pernah bekerjasama dengan angkatan laut Perancis melancarkan serangan ke atas Hasburg pada tahun 1534.

• Kejayaan terbesar adalah menewaskan Armada Tentera Laut Salib pimpinan Admiral Andrea Doria pada tahun 1538 di bawah gabungan Papacy, Sepanyol, Rom, Republik Venice & Republik Malta.

• Kemenangan ini membuatkan Empayar Turki Uthmaniyyah menguasai Laut Mediterranean sehingga tahun 1571.

• Bersara dari angkatan laut & menetap di Turki ( 1545 ) & meninggal dunia pada tahun 1546 ketika berumur 68 tahun.

• Wataknya diwujudkan melalui watak fiksyen, Hector Barbarossa dalam filem Pirates of the Carribean.

( The Sultan’s Admiral : The Life of Barbarossa – Bardfrod, Ernle, London 1968 )

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here