Sejarah Lanun Dan Anime One Piece

0
6038
views

• Sebenarnya ramai nama watak lanun di dalam manga/anime One Piece diadaptasi daripada nama para tokoh lanun yang pernah menguasai perairan Caribbean pada abad ke-16 sampai ke abad ke-18.

Seperti kapten Blackbeard, Bartholomew Portugues, William Kidd, Samuel Bellamy dan lain-lain.

• Kapten Blackbeard wataknya diadaptasikan ke dalam game Assasins Creed : Black Flag & Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides.

Blackbeard juga dicatatkan di dalam sejarah sebagai ‘TOP 5’ lanun yang paling berkuasa pada zaman kegemilangan lanun.

• Nama Gol D.Roger pun diambil daripada nama bendera para lanun yang biasa dipanggil sebagai ‘Jolly Roger’.

• Bendera para lanun ada pelbagai jenis yang terkandung dengan pelbagai simbol dan warna. Tetapi simbol tengkorak dengan tulang yang bersilang adalah salah satu simbol yang terkenal pada zaman sekarang.

• Para lanun tidak bertindak sesuka hati mengibarkan bendera lanun milik mereka. Ini kerana, tindakan ini seperti menyeru malaikat maut menjemput mereka.

Jika mereka mengibarkan bendera ini apabila memasuki perairan yang dikawal ketat oleh kapal-kapal perang milik pemerintah wilayah tertentu, secara automatik kapal para lanun ini akan dikejar & dihancurkan oleh kapal milik pemerintah.

• Ketika di dalam pertempuran juga, para lanun akan mengibarkan bendera mereka untuk menaikkan semangat anak buah mereka membunuh para musuh.

Bendera ‘Jolly Roger’ pertama kali dikibarkan pada tahun 1700 M iaitu pada zaman Post-Spanish.

• Diperkirakan seramai 2,500 orang sehingga 10,000 orang lanun yang aktif di sekitar perairan Laut Hindia Selatan.

Baru dihitung kat Laut Hindia Selatan, tak lagi dihitung jumlah lanun yang berkuasa di Laut China Selatan, Lautan Mediterranean, Laut Merah dan lain-lain.

• Para lanun berpegang teguh kepada ‘Pirates Code’.

P.S: Tentang Pirates Code, kami akan ulas tentangnya dalam artikel yang akan datang!

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here