Kekalahan Napoleon Bonaparte Dalam Perang Albuera

0
6725
views

Dentuman meriam pasukan Perancis menghentam permukaan tanah di medan perang Albuera. Gegak gempita suara teriakan para tentera dari kedua belah pihak mengegarkan lagi suasana pemandangan peperangan ini. Pasukan bersekutu yang terdiri daripada gabungan pasukan tentera dari negara British, Portugal & Sepanyol menyerbu dan menyerang pasukan Perancis sehingga menyebabkan pertahanan mereka hancur dan kacau-bilau.

• Perang Albuera adalah salah satu peperangan yang terjadi di dalam sebuah wilayah di Sepanyol yang bersempadan dengan negara Portugal & merupakan perang paling berdarah di dalam sejarah perang Napoleon.

Merupakan salah satu cabang perang dari peperangan Semenanjung ataupun ianya lebih dikenali sebagai ‘Peninsular War’.

• Ketika Liutenant Jeneral Viscount Wellington sibuk menghadapi peperangan dengan pasukan Perancis pimpinan Marshal Massena di utara dalam peperangan Fuentes de Oñoro, Marshal Beresford diperintahkan oleh Wellington untuk mempertahankan kota kubu Badajoz di Sepanyol dari serangan pasukan Perancis & menghancurkan garisan pertahanan pasukan Perancis yang bertahan di selatan.

Wellington memilih Albuera sebagai medan pertempuran menghadapi pasukan Perancis sambil mengepung wilayah Badajoz di selatan.

• Pada awal bulan Mei 1811 M, pasukan British & Portugal pimpinan Marshal Beresford bertolak dari kota Seville, Andalusia & tiba di desa Albuera pada tanggal 15 Mei 1811 M.

Manakala pasukan Sepanyol pimpinan Jeneral Joachim Blake dari Almandrad tiba di desa ini pada malam hari tanggal 16 Mei 1811 M.

• Pasukan bersekutu dipimpin oleh dua orang jeneral perang iaitu Marshal Carr William Beresford dari pasukan British & Jeneral Joachim Blake dari Sepanyol dengan berkekuatan 32 ribu orang tentera gabungan dari negara British, Sepanyol & Portugis ( termasuk 2 ribu orang pasukan berkuda ) dilengkapi dengan 32 pucuk meriam.

• Pasukan Perancis pula dipimpin oleh Marshal Soult dengan berkekuatan 23 ribu orang tentera Perancis ( termasuk 4 ribu pasukan berkuda ) dilengkapi dengan 40 pucuk meriam.

• Setelah 4 jam pertempuran tanpa henti, maka tentera bersekutu berjaya menguasai medan perang Albuera & memukul mundur pasukan Perancis.

• Pasukan Perancis menghadapi kekalahan yang teruk dengan jumlah pasukan yang terkorban di dalam perang ini mencapai sehingga 7,5 ribu orang tentera.

• Di pihak pasukan bersekutu, mereka kehilangan :

1) Pasukan British – Seramai 4,200 orang tentera.
2) Pasukan Sepanyol – Seramai 2,000 orang tentera.
3) Pasukan Portugal – Seramai 600 orang tentera.

• Walaupun pasukan bersekutu memenangi pertempuran ini tetapi kesan yang teruk menimpa pasukan British kerana mereka kehilangan sebahagian besar pasukan sehingga Liutenant Jeneral Viscount Wellington melaporkan :

“Another such battle will ruin us”.

• Pasukan Perancis pimpinan Marshal Soult berundur dari medan pertempuran menuju ke Seville dan membatalkan hasrat untuk mengepung kota kubu Bodajaz.

Pasukan British juga membatalkan hasrat untuk mempertahankan kubu Bodajaz kerana kekurangan kekuatan pasukan tenteranya.

Sumber Rujukan: A History of the Peninsular War, Volume IV by Sir Charles Oman, published by Greenhill Books.

Sumber gambar : Napoleon – Total War.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here