Lagi-lagi Fitnah Ke Atas TH

0
496
views

Tidak henti-henti institusi keagamaan di negara kita diserang oleh pihak luar. Atas rasa tanggungjawab untuk membersihkan persepsi yang dilontarkan ke atas TH, kami karangkran artikel ini. Baru baru ini, seorang ahli politik membuat tuduhan fitnah kepada Tabung Haji pada tarikh 4/5/2017 di laman web beliau dengan kenyataan seperti berikut:

“Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?”

Untuk pengetahuan anda, pelaburan TH tidak cuma bergantung kepada saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sahaja. Bagi menjana keuntungan yang maksimum, banyak cabang pelaburan yang telah dibuat oleh TH antaranya dalam bidang kewangan, perladangan, perkhidmatan, hartanah dan lain lain lagi. Ianya sesuai dengan objektif TH iaitu menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif melalui keuntungan urusniaga saham dan pendapatan dividen sejajar dengan tahap risiko yang berpatutan disamping memastikan portfolio pelaburan ekuiti setara dengan keadaan pasaran semasa.

Setiap perlaburan yang dibuat oleh TH dilakukan selepas menjalankan proses penilaian kewangan terperinci (‘due diligence’) oleh firma bebas luar yang bertauliah. Penilaian ini juga dibuat ke atas pelaburan di dalam Putrajaya Perdana. Pelaburan ini juga turut disokong oleh penilaian syarikat yang di bawah nilai pasaran pada ketika itu, nilai “order book” yang tinggi dan kekuatan syarikat sebagai sebuah syarikat pembinaan yang mempunyai reputasi serta prospek diversifikasi yang baik.

Pembelian 30% saham berjumlah RM193.5 juta oleh TH di dalam Putrajaya Perdana pada 3 Disember 2014 adalah transaksi pembelian terus dari pemilik saham, Cendana Destini Sdn Bhd dan ianya bukan suntikan modal baru ke dalam Putrajaya Perdana Berhad.

Oleh itu, dakwaan isu berkenaan wang TH digunakan untuk transaksi di antara SRC International dan Putrajaya Perdana adalah tidak benar kerana tiada wang yang disalurkan oleh TH ke dalam Putrajaya Perdana atau anak-anak syarikatnya.

Comments

comments

Previous articleAzan Terakhir Bilal Bin Rabah
Next articleSiri Bedah Konspirasi: Perang Dunia – Konspirasi Freemason/Illuminati?
Pelajar jurusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dalam Pemasaran yang lahir pada tahun 1994 ini berasal dari Johor Bahru, Johor dan sedang menetap di Kuala Lumpur. Cenderung untuk mengikuti isu isu semasa dan melontarkan komen berdasarkan pemerhatian. Meminati bidang sejarah, ekonomi serta hal hal berkaitan politik semasa.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here