Amanah Ikhtiar Malaysia

0
423
views

Setiap insan yang mempunyai jiwa usahawan dalam dirinya pasti mempunyai impian untuk memiliki perusahaan sendiri. Zalina Zainuddin telah menyimpan hasrat untuk memliki kedai Bungan dan butik pengantin sejak beliau di bangku sekolah lagi. Beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja walaupun telah menabur bakti di syarikat pasaraya Parkson walaupun mereka telah bersama sehingga lapan tahun. Tahun 2006 menjadi detik permulaan untuk beliau bersama suami masuk dalam industri perniagaan. Mereka membuka butik pengantin yang diberi nama Nuralinan Services.

Perniagaan mereka ini bermula dengan menggunakan modal sendiri dan juga rumah sendiri sebagai ruang kerja selama Sembilan bulan. Hasil dari perniagaan itu, beliau berjaya membuka sebuah kedai dekat Sungai Penchala.

Zalina juga mencari alternatif lain untuk mengembangkan modal niaganya, lalu beliau memohon pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM 3000 melalui Pinjaman Mesra AIM. Peralatan pelamin yang lebih banyak dan juga menyeluruh berjaya didapatkan melalui wang pinjaman itu.

Skim pembiayaan kredit mikro dengan faedah 1% sebulan kepada golongan berpendapatan rendah juga disediakan oleh AIM untuk mengusahakan perniagaan yang berasaskan kemahiran. Zalina turut  mengambil skim skim lain yang disediakan seperti Pinjaman Mesra, Pinjaman Sejahtera dan Pinjaman Wibawa untuk membesarkan perniagaan

 “RM 6.7 Bil pinjaman diperuntukkan sejak 2011 sehingga ogos 2015”

Dari pembiayaan yang diterima, beliau melakukan kerja kerja pemasaran yang sangat aktif melalui media cetak dan berjaya berpindah ke kedai yang lebih besar. Teknik pemasaran beliau boleh dikatakan berjaya kerana butik beliau pernah digunakan untuk set pengembaraan drama di samping menhadi tajuk muka hadapan edisi khas Pengantin majalah Wanita.

AIM juga bukan hanya fokus kepada membantu dengan dana pembiayaan tetapo merka akan diberikan latihan dan bimbingan yang berterusan. AIM juga sentiasa memperkasa sosioekonomi komunitinya melalui ekosistem yang bersepadu dengan membentuk Pusat Sahabat.

“236,199 kemasukan sabahat baru dari tahun 2011 sehingga Ogos 2015”

Melalui Pusat  Sahabat, Beliau boleh membalas jasa pertolongan AIM dengan membantu sahabat AIM yang masih baru atau kurang pengalaman. Beliau juga diangkat sebagai Timbalan Ketua Pusat Nurkasih iaitu pusat komuniti AIM di Sungai Ara.

“8544 orang sahabat berpendapatan lebih RM3500 sebulan telah dilahirkan.”

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here