Program Skim Latihan 1Malaysia

0
596
views

Kerajaan Malaysia baru baru ini telah memperkenalkan satu langkah yang dianggap sebagai inovatif iaitu Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Kejayaan Bank Negara Malaysia melaksanakan program bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan telah menjadi titik tolak untuk YAB Perdana Menteri melancarkan sendiri program SL1M. Sebahagian graduan yang berasal dari pedalaman atau kawasan luar bandar sering mengalami kesukaran untuk mendapatkan tawaran kerja.

Fokus utama program SL1M ialah untuk membantu graduan meningkatkan kemahiran pratikal di samping memberi pengalaman bekerja sejajar dengan permintaan dalam industri. Secara tidak lansung, kadar penganguran juga dapat dikurangkan melalui proses employability dan marketability.SL1M juga akan membantu graduan graduan mendapatkan kerja selepas berdaftar dengan program ini.

“Setakat September 2016, hampir 100 000 graduan yang telah dibantu.”

Setakat September 2016, hampir 100 000 graduan yang telah dibantu. Bilangan ini tinggi kerana pendekatan yang dilakukan sangat berinovatif untuk kepentingan pelbagai pihak. Contohnya para graduan dan juga majikan. Program SL1M ini berjaya disebabkan sokongan kuat dan dijayakan secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama GLCs, syarikat swasta, agensi dan Jabatan Kerajaan, kementerian, persatuan industri dan universiti swasta.

Jangka masa program ini akan memakan masa sehingga 12 bulan (maksima) yang akan melitupi 2 kemahiran penting iaitu kemahiran insani dan juga penempatan pekerjaan. Kemahiran insani akan menitik berat soal komunikasi dan juga keterampilan graduan itu.

Program penempatan pekerjaan sangat penting untuk graduan-graduan, jadi mereka akan ditempatkan di pelbagai sektor industri yang mengambil bahagian. Kerajaan Malaysia juga menawarkan insentif Potongan Cukai Berganda kepada syarikat yang mengambil bahagian sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka.

Selain itu SL1M turut melakukan kolaborasi dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan telah melancarkan pgrom HRDF-SL1M. Menariknya tentang skim ini, skim ini terbuka kepada syarikat syarikat yang mencarum di PSMB dan mereka layak untuk menggunakan wang caruman bagi menampung segala kos kos tetap dan juga tidak tetap sepanjang program ini dijalankan.

Insentif SL1M ini juga diwujudkan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan program yang boleh dianggap sebagai amal jariah ini secara berterusan oleh pihak industri. Antara GLCs yang memberi sokongan penuh ialah Lembaga Tabung Haji, Telekom, Tenaga Nasional Berhad, UEM berhad, Sime Darby dan Celcom.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here