Fakta-Fakta Menarik Mengenai Yakuza Yang Kita Harus Tahu

0
10940
views

1. Yakuza (ヤクザ) atau dikenali juga sebagao Gokudo (極道) ialah sebuah organisasi jenayah terancang yang sangat terkenal di jepun. Organisasi ini juga turut dikenali sebagai Mafia Jepun kerana hampir serupa seperti organisasi jenayah yang terkenal di Italy. Setakat ini, direkodkan bahawa ahli kumpulan Yakuza mempunyai lebih daripada 103, 000 orang ahli.

2. Sejarah Yakuza dapat dijejak pada pertengahan era Zaman Edo, iaitu Tekiya dan Bokuto. Tekiya (penjaja) iaitu golongan terendah dalam tangga masyarakat di zaman tersebut telah membentuk sebuah organisasi yang bertujuan untuk melindungi perniagaan mereka.

3. Kerajaan Edo ketika itu mengiktiraf kewujudan Tekiya sebagai sebuah organisasi dan membenarkan ketua setiap organisasi tekiya membawa sebilah pedang. Pedang tersebut bukanlah katana kerana hanya samurai yang mempunyai hak untum membawa katana. Pedang tersebut lebih pendek dari pedang katana dan dikenali sebagai Wakizashi.

4. Bakuto pula lebih rendah tahap mereka dalam masyarakat Jepun zaman Edo. Mereka adalah penjudi tegar dan berjudi pada waktu itu adalah diharamkan di Jepun. Jadi, ketika itu banyak rumah judi haram tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Mereka biasanya menjadikan kuil-kuil dan tempat pemujaan yang telah ditinggalkan orang di pinggir kampung dan bandar sekitar Jepun sebagai tempat operasi. Rumah judi ini juga menjalankan perniagaan ceti haram.

5. Hari ini, peninggalan daripada organisasi Tekiya dan juga Bakuto dapat dijejak dalam Yakuza apabila ritual-ritual yang pernah diamalkan pada zaman itu turut diamalkan sehingga ke hari ini.

6. Mahu mempelajari mengenai organisasi Yakuza adalah sangat unik sekali. Mereka mengadaptasikan sebuah sistem tradisional hierarki Jepun yang dipanggil sebagai oyabun-kobun. Kobun adalah merujuk kepada anak angkat yang menumpahkan taat setia pada ayah angkatnya yang dikenali sebagai Oyabun. Biasanya hubungan ini terjalin melalui ritual meminum sake dari satu cawan. Dalam organisasi Yakuza, seorang ahli akan melupakan sebarang hubungan dengan keluarga asal mereka, dan segala kesetian pada ketua gang.

7. Dalam sebuah organisasi Yakuza, mereka diketuai oleh seorang Oyabun atau Kumico yang memberikan arahan kepada anak buah iaitu Kobun. Dibawah Kumico ialah penasihat yang digelar sebagai saiko komon dan juga so-honbucho atau ketua cawangan.

8. Di bawah mereka pula ialah wakagashira yang ditugaskan untuk mengawal beberapa buah gang di dalam setiap wilayah mereka dengan bantuan daripada fuku-honbuchu yang dibertanggungjawab untuk menguruskan geng di bawah wakagashira. Setiap gang yang wujud dalam setiap wilayah diketuai oleh ketua tempatan yang dikenali sebagai saiko-komon. Saiko-komon mengawal kawasan masing-masing dalam sebuah wilayah. Mereka mempunyai anak buah tersendiri seperti penasihat, akauntan dan tentera yakuza mereka yang digunakan untuk penguatkuasaan.

9. Yakzua terkenal dengan ritual yang dipanggil sebagai Yubitsume, Ritual ini mengkehendaki salah satu daripada jari dipotong sebagai tanda penyesalan dan maaf seandainya mana-mana ahli mereka melakukan kesalahan.

10. Banyak yakuza yang tatu hampir memenuhi satu badan termasuk kemaluan. Di Jepun, tatu ini dikenali sebagai irezumi dan proses melukis tatu ini adalah menggunakan cara tradisional dan bukannya cara moden yang tidak menyakitkan seperti tradisional.

11. Bayangkanlah tubuh anda diukir dengan jarum, besi dan buluh runcing dengan tangan dan ianya mengambil bertahun-tahun untuk pastikan seluruh tubuh dengan tatu. Namun, kejayaan memenuhi seluruh badan dengan tatu dianggap sebagai anak jantan. Tak padanlah mereka berani terjun ke dalam dunia jenayah ini kalau sampai begitu tahap keberanian mereka.

12. Oh ya, apabila seorang Yakuza saling bermain kad yang diberi nama Oicho-Kabu, mereka akan membuka baju mereka dan menayangkan tubuh mereka yang penuh bertatu antara satu sama lain. Mungkin pada saat ini sahaja untuk melihat tubuh sasa yang dipenuhi tatu yang diukir bertahun-tahun dengan proses yang penuh kesakitan.

13. Ini kerana Yakuza biasanya akan memakai kemeja lengan panjang dan juga baju yang berkoler tinggi untuk menutup tatu di tubuh mereka. Biasalah, identiti sebagai Yakuza juga perlu dilindungi oleh mereka.

14. Terdapat tiga buah keluargga Yakuza terbesar dalam sejarah Jepun. Yang paling besar ialah Yamaguchigumi yang mempunyai ahli lebih daripada 55 000 orang dan lebih daripada 50 peratus Yakuza Jepun adalah anggota keluarga ini. Dipercayai bahawa keluarga ini dicipta pada tahun 1915. Terdapat 850 clans di bawah keluarga ini.

15. Sumiyoshi-kai adalah keluarga kedua terbesar di Jepun dengan ahli lebih 20 000 orang dan setiap daripadanya dibahagikan kepada 277 clans. Inagawa-kai pula adalah keluarga ketiga terbesar di Jepun dengan ahli mencecah 15 000 orang dan ianya dibahagikan kepada 313 clans. Keluarga ini berpusat di kawasan sekitar Tokyo dan Yokohama.

16. Sebenarnya organisasi Yakuza ini banyak juga berjasa kepada masyarakat walaupun mereka berasaskan jenayah. Antaranya ketika Kobe dilanda gempa bumi pada tahun 1995, keluarga Yamaguchi-gumi adalah antara organisasi yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana. Ketika itu, kerajaan Jepun dikritik kerana lembab dan organisasi Yakuza seperti Yamaguchi-guchi pula lebih pantas. Antara khidmat mereka adalah menyalurkan tenaga kerja dan juga helikopter untuk digunakan dalam operasi menyelamat.

17. Sebenarnya kebanyakan keluarga Yakuza di Jepun menegah ahli mereka untuk terlibat dalam penjualan dadah. Katanya, dadah itu lebih merosakkan masyarakat dan bangsa daripada jenayah-jenayah lain manakala beberapa keluarga pula memang terkenal dengan bisnes dadah seperti Dojin-Kai.

18. Yakuza biasanya tidak mengacau masyarakat yang susah sebaliknya mereka akan memeras ugut syarikat-syarikat gergasi dan pemegangs aham di dalamnya. Kedai-kedai kecil yang diusahakan oleh mereka yang berpendapatan sederhana tidak akan dikacau oleh Yakzua. Jadi, wang perlindungan dikutip daripada syarikat-syarikat besar daripada perusahaan kecil.

19. Yakuza juga terkenal dalam melabur dalam perniagaan. Antaranya ialah mereka pernah melabur dalam saham Tokyo Kyuko Electric Railway’s. Japan’s Securities and Exchange Surveillance Commission mendakwa mempunyai maklumat terdapat 50 syarikat yang terlibat dengan Yakuza.

20. Ironinya, Kobe yang merupakan rumah kepada keluarga terbesar Yakuza di dunia adalah merupakan salah satu bandar paling selamat di Jepun. Ini mungkin kerana aura Yakuza seperti Yamaguchi-guci telah menakutkan penjenayah murahan seperti samseng jalanan yang tdak mahu menarik perhatian Yakuza.

Comments

comments

Previous articleInjil Barnabas Bukan Injil Asli
Next articleSerangan Siber WannaCry: Siapa Yang Paling Terkesan?
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here