Ulugh Begh: Planetarium Paling Megah Dalam Dunia Islam

0
1440
views

• nama penuhnya, Muhammad Taragai Ulugh Beg & dilahirkan di kota as-Sulthaniyah, Iran Barat pada tahun 1393M.

• merupakan cucu kepada Timurlenk & merupakan seorang pemerintah di daerah Samarkand, Uzbekistan.

• merupakan pakar dalam ilmu astronomi, matematik, syair & juga ahli kalam.

• minat Ulugh Beg pada ilmu pengetahuan memberikan ilham kepada beliau untuk menjadikan kota Samarkand sebagai pusat kebudayaan & pusat ilmu pengetahuan umat Islam.

• Ulugh Beg lebih cenderung mempelajari bidang astronomi & matematik serta mengkaji & mengembangkan ilmu pengetahuan ini pada umum.

Ulugh Beg turut campur tangan secara langsung melakukan pemerhatian & kajian mengenai bintang.

• pada tahun 1420M, Ulugh Beg membina sebuah planetarium untuk membuat pemerhatian terhadap bintang & planet.

• seorang ahli astronomi Barat, Kevin Krisciunas dalam bukunya bertajuk ‘The Legacy of Ulugh Beg’ mengatakan bahawasanya planetarium binaan Ulugh Beg adalah paling megah yang dibina oleh sarjana Islam.

Planetarium pertama dibina oleh seorang ahli astronomi Yunani bernama Hipparchus (150SM).

Pada tahun 1259M, sekelompok ahli astronomi yang dipimpin oleh Nasir ad-Din at-Tusi membina planetarium di Maragha & di dalam planetarium itu dilengkapi perpustakaan yang memuatkan koleksi buku mencapai 400 ribu judul.

• pada tahun 1408M, Ulugh Beg memulakan aktiviti astronomi & hasil pemerhatian mereka dikumpulkan di dalam sebuah kitab bertajuk ‘Zij-i Djadis al-Sultani’.

Beberapa hasil karya mereka sekarang diterjemahkan oleh ahli astronomi Britain & Perancis.

• Ulugh Beg meninggal dunia di Samarkand pada tahun 1449M.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here