Kewujudan Sotong Gergasi

0
4022
views

Sotong gergasi atau nama saintifik Architeuthis dux. Kewujudan mereka sering menjadi tanda tanya sama ada mereka masih wujud atau ia sekadar mitos sahaja. Sejak abad ke 18 dan juga abad ke 19, telah banyak bukti yang dapat dikumpulkan mengenai kewujudan Sotong gergasi ini. Kebanyakan saksi yang melihat kewujudan mereka ialah pelayar yang kerap berlayar. Ahli falsafah Greek iaitu Aristotle pernah menggambarkan betapa hebatnya sotong gergasi tersebut hingga menggelarkan mereka sebagai great squid teuthos.

Gambar sekadar hiasan

Teuthos mampu membesar sepanjang lima hasta. Sesetengah spesies hanya dua hasta dan mempunyai sesungut yang lebih besar dari saiz mereka.”Aristotle.

Latar belakang sotong gergasi

Dari segi habitat mereka, masih lagi menjadi tanda tanya di manakah sotong gergasi ini hidup. Pada penyelidikan baru-baru ini, sotong gergasi kebanyakan ditemui di laut dalam, berkemungkinan sedalam 200 hingga 100 meter. Berdasarkan catatan Dr. Ole Brix dari University of Bergen, darah sotong tidak mempunyai oksigen pada suhu yang sangat tinggi. Mereka akan timbul apabila suhu air menjadi panas.

Habitat sotong gergasi kelihatan gemar berada di lautan yang suhu airnya sejuk. Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan lokasi yang berkemungkinan mereka masih lagi wujud, Lautan Atlantik Utara terutama di Norway, Kepulauan British, Perairan Jepun dan juga sekitar New Zealand dan Australia.

Gambar sekadar hiasan.

Dari segi fizikal mereka, saiz mereka pernah direkodkan sepanjang 60 kaki (18 meter) tetapi kebanyakan yang dijumpai hanya sekadar 34 hingga 45 kaki saiznya. Sotong gergasi ini jugak mempunyai sepasang mata yang besar dari haiwan lain. Mereka mempunyai sesungut yang panjang mereka 10 hingga 12 meter. Mereka juga mempunyai penyedut pada sesungut mereka yang mampu melekat pada apa-apa struktur degnan lebih kuat. Untuk pengetahuan kalian, mereka juga mempunyai paruh yang seperti seekor burung. Paruh mereka yang berada di mulut mereka mampu memecahkan apa-apa sahaja seperti hidupan yang bercengkeram, objek keras malah manusia sendiri!

Antara makanan mereka kebiasaannya memakan haiwan lebih kecil daripada mereka malah mereka juga akan memakan spesies mereka sendiri. Mereka dikategorikan sebagai aggresif kerana mampu untuk menjadikan Sperm Whale dan juga Blue Whale sebagai makanan mereka. Terdapat kesan-kesan pertarungan di antara Sperm Whale dan juga sotong gergasi ini. Kesan paruh sotong gergasi kebanyakannya mampu mencederakan malah memotong cebisan daging Sperm Whale. Pakar penyelidikan pernah membuat rekod bacaan paruh seekor sotong yang bersaiz anggaran 10 meter mampu menghasilkan daya tekanan beranggaran 700-800 psi.

 

Kredit gambar kepada penyelam Jepun yang merekodkannya

Pada tahun 2015, kemunculan sotong gergasi di Jepun menjadi tarikan sedunia apabila seorang penyelam yang secara kebetulan berada di sekitar perlabuhan Toyama ternampak seekor sotong yang tiba-tiba muncul. Dengan kesempatan itu, penyelam tersebut tidak mahu lepaskan peluang dengan merekod sendiri di dalam air. Dalam beberapa jam kemudian, penyelam tersebut membawa sotong tesebut ke laut semula. Walau bagaimanapun, sotong tersebut hanya bersaiz 4 meter bagi usia yang muda tetapi mereka mampu membesar hingga 10 hingga 15 meter.

Menyangkal bangkai sotong gergasi yang heboh di Pulau Seram, Indonesia!

Kredit: Patasiwa Kumbang Amalatu/Youtube

Pada 12 Mei, satu video dimuat naik ke laman sosial yang merakam bangkai yang sangat besar  pada mula dikatakan bangkai seekor sotong gergasi tetapi mempunyai gading seperti seekor gajah. Hasil penyelidikan dari Indonesia telah mengenal pasti rangka bangkai tersebut hanyalah seekor Baleen Whale yang dalam keadaan reput. Ia dipercayai hanyut dari tengah lautan. Alexender Werth, dari ahli biologi ikan paus di Hampden-Sydney College di Virginia berkata, kemunculan bangkai tersebut hanyalah seekor ikan paus baleen. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan bangkai kepada seekor Blue Whale.

Ikan paus ini dikatakan mungkin mati akibat pelanggaran dari kapal-kapal besar atau hanya sisa makanan dari haiwan lain seperti pemburu-pemburu yang agresif. Berdasarkan dari rakaman ini, struktur tulang yang dikatakan sebagai gading gajah adalah tulang dibahagian mulut ikan paus tersebut. Maka, bangkai sotong gergasi yang heboh baru-baru ini hanya andaian sahaja!

Rangka ikan paus baleen

Rujukan

http://www.telegraph.co.uk/news/newsvideo/viral-video/12073441/Giant-squid-spotted-in-Japanese-harbour.html

http://animaldiversity.org/accounts/Architeuthis_dux/

http://www.discovery.com/dscovrd/wildlife/giant-squid-visits-harbor-in-japan/

http://www.livescience.com/59098-decomposed-sea-monster-just-a-whale.html

http://www.amyeyrie.com/giant-squid-the-kraken-revealed/

 

 

Comments

comments

Previous article3 Singh Yang Terkenal Dalam Filem P Ramlee
Next articleApa Yang Kita Perlu Tahu Tentang WannaCry?
Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here