Berpakaian Budaya Di KLCC Merupakan Sebuah Kesalahan?

0
5727
views

Tentang isu orang Sarawak yang berbaju kebudayaan dihalau keluar / dihalang masuk dari KLCC tu, saya cuma nak bagitahu yang ia bukan khusus untuk orang Sarawak sahaja.

Sahabat saya Tuan Johan Iskandar juga pernah diperlakukan sebegitu rupa semasa berbusana Melayu. Lihat screenshot daripada facebook beliau, yang menceritakan bahawa ketika beliau dalam pakaian Busana Melayu, pihak pengurusan KLCC turut menghalau beliau.

Saya memanjangkan kenyataan ini kerana:

1) Tak suka melihat isu ini dipolitikkan untuk melaga-lagakan orang di Semenanjung dengan Sarawak. Pengurusan KLCC tidak mewakili saya dan orang-orang di Semenanjung.

2) Something is definitely wrong jika berpakaian kebudayaan negara, tetapi dilarang memasuki salah satu mercu tanda negara sendiri.

Apa justifikasi pihak pengurusan KLCC tu tidaklah saya ketahui. Mungkin kena tunggu mereka beri penjelasan.

Seriously nak tahu apa yang tak kena dan kenapa tak dibenarkan..

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here