Seperca Kisah Pencipta Boboiboy

0
2324
views

Empat orang rakan bersama sama telah mencipta satu fenomena dalam inustri animasi di Malaysia. Perjalanan mereka dimulakan dengan langkah pertama iaitu menubuhkan Animonsta Studio Sdn Bhd pada tahun 2009 dan Mohd Nizam Abd Razak telah dilantik sebagai Pengarah Urusan,

Mentah dalam dunia perniagaan merupakan cabaran pertama Mohd Nizam dan rakan kongsinya. Mereka juga berdepan dengan halangan besar terutamanya dari segi untuk mengumpul modal yang tinggi untuk peralatan di dalam dunia animasi ini.

Namun, anak kelahiran Johor Darul Takzim ini bijak merebut peluang dan telah memohom pembiayaan program Bumiputera Content Industry (BCI) dari MDeC. Program BCI di bawah MDEC ini memfokuskan memupuk lebih ramai usahawan bumiputera menyertai sector Information and communication (ICT).

Mohd Nizam seolah-olah menerima “durian runtuh” kerana telah dianugerahkan geran sebanyak RM 1.96 juta. Bantuan yang diberikan bukan sahaja dari segi dana malah beliau juga menerima bantuan program incubator yang menyediakan pejabat bimbingan serta tunjuk ajar daripada bekas animator Disney.

Animasi “Boboiboy” yang menjadi buah mulut pelbagai lapisanan masyrakat di Malaysia ini dicipta dan dibangunkan oleh beliau menggunakan geran BCI. Graduan Multimedia University (MMU) yang berumur 32 tahun juga menggunakan geran tersebut untuk tujuan promosi dan branding “Boboiboy”.

Selain Malaysia, siri animasi ini telah meluaskan sayapnya ke negara negara asia tenggara yang lain dan mendapat sambutan yang sangat menarik di negara Indonesia dan juga Philipina. Siri ini juga telah dijadikan filem dan berjaya menjadi salah satu filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia.

Setelah lama berada dalam industri perniagaan, Animonsta kini pakar dalam penerbitan filem cereka, siri televisyen dan produk produk lain yang berkaitan dengan harta intelek. Animonsta boleh dikatakan “Terbaik” sejajar dengan ayat yang selalu digunakan oleh watak dalam animasi ini.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here