Arrigo Sacchi: Di Sebalik Keagungan Bolasepak Milan.

0
3698
views

Sacchi dalam bukunya, Inverting The Pyramid karya Jonathan Wilson dikenali sebagai figura yang merevolusikan wajah bolasepak di era 1980 an. Pada era tersebut, hampir semua kelab Itali masih belum berubah dari taktikal catenoccio.

Arrigo Sacchi datang, menawarkan falsafah bolasepak yang berbeza. Dia memperkenalkan pressing football, cara bermain bolasepak yang lebih berintensiti.
Semua pemain harus terlibat semasa gerakan menyerang dan bertahan. Formasi 4- 4- 2 ciptaan Sacchi sangat cair(fluid), fleksibel, yang menggunakan garisan pertahanan tinggi.
Sacchi ke AC Milan pada tahun 1987, di kem Milan dia diterima dengan rasa sangsi. Oleh kerana tidak pernah mempunyai latar belakang bermain bolasepak professional.
Berbanding pemain lagenda AC Milan dan Sweden, Nils Liedholm.

Ternyata Sacchi yang sebelumnya pernah melatih Parma, menjawab sikap pesimis itu dengan prestasi.

” Saya tidak pernah tahu, kalau ingin menjadi jockey( pelumba kuda), haruss jadi kudanya dahulu.”

Berinspirasi kan permainan kelab Budapest Honved era 1950 an, Belanda era 1970 an, dan, Brazil era 1970 an Sacchi telah melahirkan The Dream Team bersama Milan.
Ini ere penuh kejayaan Arrigo Sacchi.

Satu gelaran Scudetto tahun 87 – 88, Liga Juara Eropah/ UCL 88 – 89 dan 89 – 90, serta Intercontinental Cup 1989 dan 1990. Bersama sama trio Belanda Ruud Gullit, Marco Van Basten, dan Frank Rijkaard. Mereka semua adalah tonggak kèjayaan Sacchi.

“Saya selalu mengarahkan pemain saya, ketika kami menguasai bola harus ada lima pemain di sekitar mereka. Kemudian perlu ada dua pemain yang melebar, seorang di kiri dan seorang lagi di sebelah kanan padang,” jelas Sacchi.

Dengan gaya tersebut, Sacchi jelas ingin mencipta bolasepak yang menyenang kan. Bukan sahaja untuk pemain bah kan juga kepada penonton yang menonton.

Salah satu kaedah latihan Sacchi yang terkenal, adalah shadow playing(permainan bayangan). Para pemain diarah untuk bermain bolasepak secara imiginasi tanpa bola dan juga lawan.

Mereka harus bermain seolah olah sedang berhadapan lawan. Di dalam latihan tersebut, Sacchi dapat segala kelebihan dan kekurangan pemainnya.

Sacchi amat mementingkan data statistik pemainnya. Kerana baginya sebarang kesilapan kecil di padang, mampu memberi kesan besar kepada keseluruhan permainan.
Itu lah dia si botak yang genius.

Dek kerana obsesnya Sacchi membicarakan tentang bolasepak. Ianya kadangkala membuatkan para pemain skuad kebangsaan Itali di Piala Dunia 1994 merasa kesal. Mana tidak nya, idea taktikal lelaki ini boleh datang pada bila bila masa walaupun pada lewat malam. Dia akan mengetuk pintu bilik pemainnya sambil berteriak memanggil pemainnya untuk berbincang idea taktukal baru.

Walaupun, para pemainnya sudah penat ekoran dari latihan pagi dan petang.
Berdasarkan perbualan Alessandro Costacurta kepada Sky Sport. Bahkan, beberapa pemain berpura pura tidur. Namun, pengurus kelahiran Fusignano ini tidak pernah peduli. Aduh kejam betul.

Keadaan itu membuatkan para pemainnya bosan dengan Sacchi yang tidak henti henti bercerita soal bolasepak.

Jarang ada yang mahu duduk di sebelahnya ketika makan. Namun begitu, ada seorang pemain muda, Antonio Conte berani duduk di sebelah Sacchi berbual dan bediskusi soal taktikal bolasepak.

Dengan setianya, Conte menjadi pemain paling kerap menemani Sacchi. Walaupun, di Piala Dunia 1994 Itali hanya menduduki tangga kedua setelah tewas kepada Brazil di perlawanan akhir.

Conte dalam kejohanan tersebut hanya membuat dua kali penampilan. 1 kali bermain penuh dan 1 kali ‘agi dari bangku simpanan.

Sebagaimana yang ditulis, di daLam Twenty Minute Reads. Daripada keberanian itulah, pengurus Chelsea kini memperoleh banyak ilmu dari mentornya.


Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here