Saat-Saat Pemergian Salahuddin Al-Ayubbi…

0
10689
views

• Bersamaan pada 27 Safar 589 H dalam umur sekitar 56 tahun, Sultan Salahuddin telah wafat & jenazahnya dikebumikan di luar kawasan Masjid Umayyah, Damaskus, Syria.

• Pendiri & sultan pertama Dinasti Ayyubi yang di mana selama pemerintahannya berjaya menyatukan umat Islam di bawah satu panji kalimah syahadah.

Dan usahanya yang paling bersejarah dalam sejarah umat Islam adalah membebaskan kota Jerusalem ( Baitulmaqdis ) daripada tangan tentera Salib pada tanggal 2 Oktober 1187M.

• Harta yang ditinggal Salahuddin setelah kewafatannya hanya sekeping dinar & 43 dirham, tiada tanah atau istana mewah sehingga ahli keluarganya terpaksa meminjam duit untuk menguruskan pengebumian baginda.

MALAM KEWAFATAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI.

4 MAC 1193M / 27 Safar, 589H.

Malam itu telah nampak tanda-tanda akan berakhir kehidupan Salahuddin.

Syeikh Abu Ja’afar, seorang yang warak telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika baginda sedang nazak. Salahuddin ketika itu diantara kondisi pengsan dan sedar. Lalu setelah itu, Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat :

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”.

( Al-Hasyr : 22 )

Apabila Syeikh Abu Jaafar selesai membacakan ayat tersebut, Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum dengan muka yang berseri & perasaan yang gembira dia berkata :

“Memang benar..”

Setelah mengucapkan kata-kata itu, Salahuddin pun pulang ke rahmatullah.

Al-fatihah.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here