Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH)

0
467
views

Latar Belakang

Di Jabatan Ketua menteri Sarawak terdapat satu unit yang dikenali sebagai Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH)

UPUIH bermula sebagai bahagian perancangan  dan Penyelidikan di bawah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri pada tahun 1998.

Namun ada beberapa perubahan yang telah dilakukan dan UPUIH kini di bawah kelolaan Timbalan Menteri. Tumpuan khusan diberikan kepda pembangan usahawan bumiputera melalui pendekatan yang lebih efektif dan menyeluruh.

Pembangunan perniagaan yang agresif telah dilakukan bukan sahaja dalam bentuk latihan diberikan malah dari aspek seperti promosi, pemasaran, penjenamaan, pembungkussan, pelabelan peruntukkan pembiayaan dan juga premus perniagaan.

Bagaimana Dana Dari Teraju Membantu?

Mengikut Warta Kerajaan Sarawak yang diterbitkan pada 31 Mei 2016, Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) Sarawak dan UPUIH di bawah jabatan Ketua Menteri telah digabungkan dan akan dijenamakan semula menjadi Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan ,Pelaburan (MIETI) Sarawak pada masa hadapan.

Pembangunan Industri Halal & Keusahawanan (HIED) di bawah MIETI

Sarawak bertanggungjawab untuk menerajui dan menyusun perancangan, hala tuju dan pembangunan perniagaan di Sarawak.

Objektif utama HIED adalah untuk memudahkan dan menyokong pembangunan keusahawanan dan industry Halal di Sarawak di samping meningkatkan dan membangunkan serta menarik penyertaan bumiputera dalam bidang industry Halal di Sarawak

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here