Archimedes: Si Bogel Di Tengah Kota

0
1715
views

Archimedes popular dengan peristiwa dia menemui prinsip fizik sewaktu tengah mandi. Kemudian, dia berlari-lari di sepanjang jalan kota sambil menjerit “Eureka!” dalam keadaan tidak berpakaian.

Yang popularnya Hiero II meminta Archimedes tentukan ketulenan emas mahkotanya sebab Hiero II rasa ragu-ragu dengan tukang emas yang menempa mahkota tersebut.

Hiero II rasa tukang emas itu ada campurkan perak, jadi mahkota itu tak 100% emas. Emas yang selebihnya tukang emas itu ambil.

Kemudian, Archimedes diminta untuk menentukan ketulenan mahkota tersebut. Akhir kisahnya, benarlah sangkaan Hiero II yang mahkota itu memang tidak 100% emas.

Kalau ditelusuri kisah ini, tak pernah diterangkan pun konsep keapungan sebab apa yang berlaku Archimedes cuma dapat menemui macam mana cara nak sukat isi padu objek yang kompleks.

Hiero II tak bagi mahkota tersebut dileburkan. Kalau leburkan senanglah sebab dah cair. Kalau tak lebur, susah sangat nak ukur isi padu sebab ia tak berbentuk kotak-kotak macam meja ke kerusi ke.

Archimedes menenggelamkan mahkota tersebut ke dalam air. Isi padu limpahan air sama dengan isi padu mahkota yang tenggelam. Itulah yang Archimedes temui berdasarkan kisah ini.

Waqaf Saham

Kisah sebenar adalah Hiero II meminta Archimedes membina sebuah kapal gergasi yang dapat memuatkan kolam, perpustakaan, makam Aphrodite dan gymnasium.

Bukan setakat itu, Hiero II mahu kapal tersebut dapat menampung 1600 orang termasuk tentera, kandang kuda dan stor-stor penyimpanan makanan.

Bagi Archimedes, membina kapal seberat itu seolah-olah mahu merangka macam mana nak buatkan gunung terbang. Ya, dalam fikirannya, kapal seberat itu pasti akan tenggelam.

Masa tengah mandi, Archimedes berfikir macam mana tab mandi-nya mampu terapung di atas air. Di situlah dia dapat jawapannya.

Dia pun menjerit-jerit “Eureka!” di tengah-tengah kota dalam keadaan berbogel.

Kalau berat kapal sama dengan berat air yang digantikannya, kapal itu mungkin tak dapat terapung dengan baik. Tetapi kalau berat air yang digantikan itu lebih tinggi daripada berat kapal, dapatlah ia terapung.

Di sinilah baru nampak hukum keapungan yang ditemui oleh Archimedes.

Kapal ini siap dibina dan dihadiahkan kepada pemerintah Mesir masa itu, Ptolemy. Kapal tersebut diberikan nama Syracusia bersempena nama kota yang diperintah oleh Hiero II, Syracuse.