Moving Forward As One

Arab Saudi Akhirnya Melutut Di Kaki Iran?

2,867

Tidak mengejutkan setelah hampir 6 tahun Saudi menapakkan tenteranya di Yaman akhirnya pada 4 hari lalu (28 April 2021) akhirnya pemimpin De facto Arab Saudi , Putera Mahkota Muhammad Bin Salman (MBS) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu ‘berdamai’ dengan ‘jirannya yang baik’ yakni Iran. Kenyataan ini disambut baik oleh Iran satu hari selepas itu, bermakna Iran mengambil masa 24 jam untuk menganalisa niat MBS itu.

Kenyataan MBS merujuk kepada pep.eran.gan proksi yang berlaku di Yaman. Iran mengunakan Houti sebagai proksi untuk me.nyera.ng Saudi secara terus (direct) dan proksi-proksi Saudi di Yaman, Kerajaan Hadi. Saudi dan sekutunya UAE, Bahrain, Mesir , Amerika, menyokong kerajaan Abdurrabuh Mansur Hadi yang dinaikkan dengan bantuan mereka sejak Arab Spring. Namun. Hadi lari meninggalkan Yaman dan bersembunyi di Saudi manakala tenteranya bergelut dengan pelbagai pemberontak terutamanya Kelompok Shia-Houti yang dipersenjatakan oleh Iran.

Tentera Hadi berkerjasama dengan Al-Qaeda untuk melawan Houti namun dengan kecekapan teknik gerila dan non-conventional strategy Houti mereka gagal bukan sahaja gagal mempertahankan kekuasaan Hadi malah gagal menjadi benteng kepada Saudi walaupun pada asalnya itulah tujuan Saudi mendanai pasukan tentera Hadi. Houti dengan senjata yang dibekalkan oleh Iran berjaya beberapa kali melancarkan roket masuk ke Riyadh. Ini membuktikan bukan sahaja kegagalan proksi Saudi bahkan membuktikan kegagalan anti-missile preventive strike mereka. Juga menunjukkan kegagalan strategi menghalang (preemptive) yang dilakukan oleh Saudi.

Secara ideologi dan eology agama Saudi menganuti faham Salafi-Wahabi bertentangan dengan segala jenis Shia maka mereka melihat ini sebagai p.era.ng Mazhab sejak awal lagi. Namun sebenarnya persekutuan antara pemberontak Houti dan Iran tidak bukanlah berdasarkan mazhab dan ideologi. Ini kerana Houti menganuti mazhab Zaidi , walaupun tidak mewakili komuniti Zaidi sedangkan pula Iran menganuti Shia Imamiyah yang tunduk kepada kuasa politik Wilayat-i Fakih, sebuah institusi kepimpinan Ulama Shia di Iran yang diasaskan selepas Revolusi Iran. Kesepakatan dua mazhab (Houti-Zaidi + Imamiyah) ini hanyalah semata-mata menghadapi ‘common enemy’ , musuh yang sama. Pada Houti meletakkan Hadi boneka Saudi sebagai kerajaan merupakan ancaman pada penduduk Yaman. Pada Iran ini merupakan masa terbaik untuk mengembangkan kuasa dan pengaruh wilayah (regional power).

P.era.ng Yaman menjadi ‘p.era.ng peribadi’ pada Muhammad Bin Salman sejak awal lagi. P.eran.g Yaman pada mulanya menjadi peluang beliau membuktikan kemampuannya menerajui Saudi sekaligus menerajui Gulf Cooperation Council , Sebuah badan antara-kerajaan Wilayah Teluk. Namun pe.ran.g ini menjadi mimpi ngeri. Bahkan menjadi ‘vietnam’ pada Saudi. Serangan demi serangan Houti masuk ke sempadan Saudi memalukan keupayaan MBS. Maka Saudi bertukar strategi dari menumpukan serangan kepada Houti yang sukar dikesan kepada tempat awam seperti hospital dan menyekat bantuan antarabangsa yang mendapat kritikan keras dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tujuan sekatan ini untuk melumpuhkan Houti disamping mengelakkan bantuan antarabangsa terlepas ke tangan Houti, malangnya yang menjadi mangsa hospital awam dan ramai rakyat biasa m.at.i kebuluran. PBB menyifatkan krisis kebuluran paling teruk yang sedang dunia saksikan.

Namun, disebabkan bantuan Amerika dibawah kepimpinan Trump , Saudi berjaya mengendahkan tekanan PBB. Kini tidak lagi, Presiden baharu Amerika Biden telah memberi beberapa sekatan ke atas individu rapat MBS, kemudian pula tekanan oleh NGO antarabangsa terutama dalam kes Khasohoggi , dan kekuatan Iran yang makin bertambah setelah kemenangan di Syria memberi tekanan hebat pada Saudi dan MBS. Houti mara men.yeran.g shariat mink milk Saudi pada 12 April 2021, kemudiannya terus mara m.enyeran.g Marib, pertahanan akhir kerajaan Hadi pada 26 April membuktikan tentera Hadi tajaan Saudi sudah nyawa-nyawa ikan. P.er.an.g yang memakan lebih 6 Billion USD itu tidak membawa Saudi pada kemenangan.

Pada 28 April MBS mengeluarkan kenyataan untuk berdamai dengan Iran sebagai jiran yang baik. Serentak dengan itu Menteri Luar Arab Saudi , Putera Faisal bin Farhan Al-Saud menawarkan genjatan senjata pada Houti. Houti segera membalas bersetuju dengan syarat segala sekatan senjata kepada Houti dan bantuan makanan kepada orang awam dihentikan. Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif juga akhirnya menyambut baik cadangan MBS itu.

Aneh sekali, jika benar ini p.eran.g hak-batil , shia-sunni , seperti dipropagandakan oleh Saudi dan agamawan mereka seluruh dunia, bagaimana mereka boleh berdamai dengan kebatilan? Bahkan kaum yang ‘batil’ itu masih lagi agresif dan malah sedang mara? Jawapannya itulah sejenis bentuk ‘penunggangan agama’ . Pada hakikatnya game ini merupakan perebutan kuasa geopolitik di teluk itu.

Keputusan p.era.ng ini mengisyaratkan kemenangan jelas pada Iran , sebagai kuasa rantau yang baharu yang perlu diperakui. Suka atau tidak. Dan negara-negara Teluk Arab sudah melemah. Sumber minyak dalam krisis, ekonomi mereka tidak berdaya panjang (sustainable) , begitu juga kelemahan ketenteraan mereka. Sedang Iran sudah punya sekutu rantau. Gengaman kuasa di Yaman, Lubnan, Syria, dan yang paling kukuh Iraq. Dan sekiranya Biden kembali sertai ‘Nuclear Deal’ antara Iran dan Kesatuan Eropah (EU) hari ini, akses ekonomi Iran makin lebar. Tika itu apalah nasib negara teluk Arab?.?

Amirul Mukiminin
Penyelidik dan penganalisa politik bebas.

Ruangan komen telah ditutup.