Aqiqah Telah Dilaksanakan Sebelum Datangnya Islam

852

Kegembiraan bagi setiap ibu bapa ialah apabila mereka mendapat cahaya mata. Dan sebagai tanda kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi, agama menganjurkan penganutnya melakukan aqiqah untuk si anak yang baru lahir.

 

Dalil bagi perbuatan berkenaan dinyatakan dalam satu hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya :

 

“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan aqiqahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ketujuh, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya.” (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

 

Apakah aqiqah diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam? Jawapannya semestinya ya.

 

Bagi mereka yang mendapat anak buat kali pertama, maka mereka akan melakukan aqiqah iaitu upacara menyembelih seekor kambing dan darahnya dilumurkan ke kepala anak tersebut.

 

Manakala aqiqah pula ialah untuk meraikan kelahiran anak lelaki. Malah, mereka berasa sangat bangga dan gembira dengan kelahiran anak lelaki sehingga mereka sanggup merayakannya secara besar besaran dengan menyembelih dua ekor kambing.

 

Hal ini pernah dinyatakan seorang sahabat bernama Buraidah bin al-Hushaib r.a dalam satu hadis riwayat Imam Abu Daud mafhumnya :

 

“Adapun ketika zaman Jahiliyah, apabila salah seorang antara kami mempunyai anak lelaki, maka ia akan menyembelih seekor kambing dan darah sembelihannya itu akan dilumurkan ke kepala anak tersebut.

 

“Tetapi setelah Allah mendatangkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur rambut anak tersebut dan melumur kepalanya dengan minyak wangi.”

 

Hadis ini jelas membuktikan aqiqah sudah lama diamalkan sejak dahulu lagi. Namun selepas kedatangan Islam, amalan tradisi ini tetap diteruskan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi disucikan daripada sebarang bentuk kesyirikan.

aqiqah centre

Hukum melaksanakan aqiqah ialah sunat muakkad dengan dua ekor kambing untuk anak lelaki. Manakala aqiqahuntuk anak perempuan pula ialah seekor kambing.

 

Proses sembelihan aqiqah seeloknya dilakukan oleh pemilik haiwan berkenaan tetapi boleh juga diwakilkan kepada orang lain sebagai tukang sembelih.

 

Tiga golongan yang dituntut melakukan aqiqah  mengikut keutamaan ialah:

 

  1. Ibu bapa atau penjaga yang berkewajipan menanggung nafkah bayi.

 

  1. Datuk atau nenek di mana mereka juga dituntut mengaqiqahkan cucu mereka. Perkara ini pernah dilakukan Rasulullah s.a.w untuk dua cucu baginda iaitu Hasan dan Husin bin Ali r.a.

 

Terbaru: Fiksyen Mahakarya
  1. Diri sendiri. Sekiranya seseorang itu sudah dewasa dan berkemampuan dari segi hartanya tetapi tidak berpeluang diaqiqahkan oleh ibu bapa / datuk nenek atau penjaganya, maka dia boleh lakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

 

Waktu terbaik untuk melakukan aqiqah ialah pada hari ketujuh, hari ke-14 dan hari ke-21 kelahiran bayi. Ini berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas.

 

Sheikh Arshad al-Banjari dalam kitabnya Sabil al-Muhtadin berpandangan sekiranya seseorang itu terlepas melakukan aqiqah pada hari ketujuh kelahiran bayi, maka seeloknya dilakukan pada hari ke-14, hari ke-21 (jika terlepas hari ke-14) dan selang tujuh hari berikutnya.

 

Kebiasaannya ibu bapa tidak berkesempatan untuk melakukan aqiqah dalam tempoh 21 hari dek kesibukan menyambut cahaya mata. Tapi ibu bapa tidak perlu bimbang, banyak sahaja servis aqiqah online yang boleh ditempah secara atas talian sahaja sekarang.

 

Contohnya Aqiqah Centre menyediakan khidmat Aqiqah serendah RM499 sahaja dan tempahan mengambil masa tidak sampai 10 minit. Kurang kerisauan ibu bapa kerana sudah tertunai satu tuntutan dan hak anak.

aqiqah

Imam Malik, Imam as-Syafii, Imam Ahmad dan jumhur ulama berpendapat aqiqah dianggap sah dengan penyembelihan haiwan ternakan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sebagaimana ibadat korban.

 

Namun, dibolehkan juga seekor unta atau seekor lembu dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian lembu atau unta itu tidak diperuntukkan untuk ibadat berkenaan.

 

Tetapi perbuatan tersebut tidak digalakkan berikutan aqiqah itu dituntut dilaksanakan pada seekor haiwan yang lengkap sempurna, seperti mana yang dilakukan Rasulullah s.a.w semasa membuat aqiqah untuk dua cucunya itu.

 

Lembu yang dibeli untuk ibadah aqiqah mestilah berumur lebih dua tahun, tidak sakit, tidak cacat, tidak kurus, tidak buta dan tidak bunting. Manakala kambing pula cukup umurnya mengikut ketentuan syarak.

 

Aqiqah boleh dibuat pada bila-bila masa dan tidak dihadkan waktu tertentu seperti ibadat korban.

 

Bila hendak mengagihkan daging aqiqah, lebih afdal sekiranya ia dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan sama ada orang miskin atau orang kaya.

 

Sebab itu di Aqiqah Centre, kambing disembelih di kota suci Mekah kemudian dimasak dan diagihkan kepada umat Islam khususnya faqir miskin dan asnaf di sana.

 

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Aqiqah Centre, anda boleh layari https://aqiqahcentre.com atau hubungi 018-3820779.

sijil aqiqah

Antara tawaran menarik daripada mereka adalah rakaman video sembelihan dengan sebutan nama anak serta sijil ukiran kayu premium percuma bernilai RM40.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.