WW I : Perancis ‘prank’ Jerman yang berada di ambang penyerahan kalah.

WW II : Perancis menyerah kalah seperti roti gardenia, sungguh enak menyerah begitu saja.

Tahukah anda, April Fool tidak hanya tertakluk sebagai sebuah budaya membodohkan orang yang dilakukan tanpa tujuan munasabah di kalangan masyarakat awam sahaja, ia juga pernah dipraktikkan di tengah-tengah medan pep3rangan ketika P3rang Dunia Pertama

Menurut sebuah artikel dari Geneva Tribune, sepasukan tentera Jerman pernah melalui satu detik yang amat mencemaskan pada tarikh 1 April 1915.

Ketika itu mereka rasakan bahawa nyawa mereka ibarat telur yang berada di hujung tanduk di kem mereka apabila secara tiba-tiba mereka melihat sebuah pesawat pengeb0m ringan meluncur melalui udara melintasi kem Jerman.

Ketika pesawat itu membelah langit yang meneduhi kem pasukan Jerman, pesawat itu menjatuhkan satu objek yang besar dan berbentuk bulat disasarkan tepat ke dalam kem Jerman.

Askar-askar Jerman lari bertempiaran hingga ada yang jatuh tergolek dan dipijak kerana situasi panik itu berlaku dalam sekelip mata.

Semasa sedang berlindung di bawah kubu parit yang digali, mereka menunggu letupan, namun tidak ada apa-apa yang berlaku. Masih merasa risau, mereka terus menunggu sedikit lagi, tetapi masih tiada apa-apa letupan berlaku.

Akhirnya mereka nekad membuat keputusan untuk memeriksa ‘b0m’ yang dijatuhkan itu dengan berhati-hati, beberapa askar mendekati objek itu, barulah mereka menyedari betapa mereka telah menjadi mangsa ‘prank’ pihak musuh.

Rupa-rupanya, objek bulat yang disangka sebagai b0m dijatuhkan pesawat musuh itu hanyalah sebiji bola sepak dengan sekeping tag yang terikat padanya. Pada tag itu tertulis satu ucapan deklarasi : “April Fool!”

Perbuatan itu dikatakan telah dilakukan oleh juruterbang tentera Perancis. Patutlah Perancis moden ni sinonim sangat dengan “bendera putih” pun. Tengah berp3rang pun boleh dia buat lawak bodo.

Perancis kemudiannya ketika WW II jadi bahan ejekan kerana sifat kurang menentang dan memihak secara tidak konsisten semasa WW II dalam menghadapi kebangkitan Jerman hingga menyerah kalah dalam keadaan yang tidak sistematik kerana berpecah kepada dua paksi yang menyokong Pihak Bersekutu dan Axis.

Pengajaran : Jangan menganjing kat pihak yang menyerah kalah tapi bermaruah macam Jerman masa WWI, takut nanti zaman WWII terbalik kat kita lagi teruk macam Perancis.????

Keterangan gambar: “Chateau Thierre Airplane”, pesawat pejuang Perancis ketika P3rang Dunia Pertama sedang melintasi Hutan Argone dan kubu Perancis


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.