Spongebob – mengajar kita kalau terlalu taksub, obses dan fanatik, sikap-sikap itu akan menghancurkan diri kita. Banyak episod yang menunjukkan bahawa ciri utama sikap Spongebob adalah keobsesannya terhadap sesuatu seperti obses dengan barang buangan sehingga mengotorkan diri dan tempat kerja, obses dengan permainan sehingga Gary dan kebersihan rumah terabai, obses dengan jaring obor-obor sehingga memutuskan tali persahabatan, obses dengan Krabby Patty sehingga dijadikan teman wanita, dan lain-lain lagi yang akhirnya memusnahkan dirinya sendiri.

Patrick – mengajar kita persahabatan tidak memerlukan kecerdikan dan kebijaksanaan. Patrick merupakan makhluk yang tidak cerdik dan tidak berotak – tapak Sulaiman memang tidak berotak. Tetapi apa sahaja yang dihadapi oleh Spongebob, Patrick ada di sisinya. Patrik menuruti segala perangai gila-gila Spongebob. Terdapat episode istimewa yang memaparkan Patrick menjadi bijak kerana otaknya tertukar. Tetapi Patrick membuat keputusan untuk mendapatkan otaknya semula kerana tidak mahu mengembalikan semula persahabatannya dengan Spongebob. Patrick pernah berkata, “Kepandaian tidak dapat menggantikan persahabatan, aku memilih untuk menjadi bodoh.

Squidward – sering mengingatkan kita pada realiti ketika kita lalai dengan mimpi dan idealiti kita. Pasti semua orang dapat mengaitkan dan merasakan betapa dekatnya watak Squidward dalam diri anda. Setiap pertuturan yang diucapkan dari mulutnya – terutamanya tentang pekerjaannya sendiri – membuatkan anda rasa tersentap betapa dekatnya perasaan Squidward dengan anda. Squidward merupakan watak yang paling realistik dalam dunia fantasi Spongebob.

Gary – mengajar setiap kejayaan yang anda capai dalam hidup, tentu akan ada orang lain telah membantu anda sama ada secara langsung ataupun tidak. Gary merupakan watak paling pasif. Namun, kalau anda perasan, banyak kesusahan yang dialami oleh Spongebob, dibantu oleh Gary tanpa disedari oleh Spongebob sendiri.

Mr. Krabb – mengajar untuk tidak berasa hairan kalau ada orang miskin yang obses dengan duit kerana mereka tahu betapa susahnya hidup mereka tanpa duit. Krabb berasal daripada keluarga yang miskin. Keobsesannya terhadap duit kerana dia tahu duit dapat mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Pearl – mengajar anda terdapat perkara yang lebih penting dan lebih berharga berbanding wang iaitu keluarga dan kawan-kawan rapat. Kemunculan Pearl sentiasa menyentuh betapa kedekutnya ayahnya sendiri, Krabb untuk melabur untuk anak sendiri. Akhirnya, Krabb sendiri tidak kisah membelanjakan wang dia obses asalkan anaknya bahagia.

Sandy – mengajar anda supaya tidak lupakan asal usul dan budaya anda walaupun di mana sahaja anda berada. Anda tentu tidak lupa dengan watak Sandy yang kerap mengenakan topi koboi apabila beraksi. Perhiasan di rumahnya juga menggambarkan tempat asalnya di Texas.

Plankton – mengajar anda supaya tidak berputus asa walau sesukar mana pun perjalanan untuk mengejar cita-cita. Orang yang menang mencari jalan, orang yang kalah mencari alasan. Plankton jarang sekali merungut dan menacari lebih 1000 jalan sehingga kelihatan pelik pada tontonan kita untuk mencuri resepi rahsia krabby patty.

Mrs. Puff – mengajar anda betapa besarnya rintangan mendidik pelajar yang tidak pandai dan tidak mahu belajar. Sekiranya anda mempunyai pengalaman mengajar, tentu lebih mudah urusan anda apabila anda diberikan tanggungjawab untuk mengajar murid yang pandai dan dengar kata.

Karen – isteri yang bagus adalah isteri yang sentiasa menyokong suami. Tidak bagusnya apabila tetap menyokong walaupun suami melakukan kejahatan seperti yang berlaku kepada Karen. Ataupun mungkin Karen pun sebuah komputer isteri yang jahat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.