Anak jika demam, banyak perkara yang perlu dirisaukan antaranya potensi mendapat sawan yang boleh merencatkan perkembangan otak anak jika tiada rawatan awal diambil. Demam bermaksud satu keadaan dimana suhu badan melebihi 37°c sama ada disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus. Demam merupakan reaksi semula jadi badan.

Bahagian otak yang disebut hypotalamus atau hipotalamus dalam Bahasa Melayu, berfungsi untuk mengawal suhu tubuh kita. Saat tubuh menghadapi penyakit atau virus tertentu, maka hipotalamus akan meningkatkan suhu tubuh untuk menambah kemampuan sistem pertahanan tubuh dalam memerangi infeksi.

Suhu badan normal : 36°c – 37.4°c

Demam ringan: 37.5°c – 38.4°c

Demam biasa: 38.4°c – 39.9°c

Demam tinggi: 40°c – 41.4°c

Apakah penyebab demam yang terjadi pada kanak-kanak:

Batuk dan selsema disebabkan jangkitan kuman atau virus.
Jangkitan tekak atau telinga
Jangkitan pada paru-paru
Jangkitan pada salur kencing
Radang otak
Demam denggi
Demam campak

Kadang kala suhu badan kanak-kanak juga boleh meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit contohnya selepas mendapat suntikan immunisasi atau dipakaikan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut terutama bagi bayi yang kecil.

Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ”tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.5°C.

Demam biasanya boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, ibu bapa dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:

○ Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan

○ Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan

○ Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas

Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah;

□ Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi

□ Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya

□ Sawan

□ Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)

□ Muntah atau cirit birit yang berterusan

□ Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan

□ Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan

□ Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas

□ Bengkak pada sendi-sendi

□ Demam yang berpanjangan

□ Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi

Walaubagaimanapun, anak anak patut dibawa berjumpa doktor sekiranya ibubapa merasa risau tentang keadaan anak.
Tetapi, rawatan awal untuk demam boleh dilakukan oleh ibubapa antaranya;

Lakukan mandi berjelum terutama di bahagian kepala, sela paha dan ketiak.

Pastikan anak anda mendapat jumlah air dalam badan yang mencukupi sama ada dalam bentuk susu bagi bayi atau air kosong, jus buah-buahan dan sebagainya bagi kanak – kanak yang lebih besar.

Kenakan pakaian yang tidak tebal agar anak anda berasa selesa.

Bagi demam yang disebabkan oleh jangkitan yang tidak serius, rawatan berbentuk ubat Paracetamol boleh diberikan.(Walaubagaimanapun penggunaan ubatan adalah atas nasihat doktor kerana ubatan perlu diberikan mengikut dos yang betul bersesuaian dengan berat badan kanak-kanak)

Peringatan

Ibu bapa digalakkan menyimpan ‘thermometer‘ atau alat penyukat suhu badan yang boleh didapati di farmasi-farmasi berdaftar bagi tujuan menyukat suhu anak-anak selain menilai keberkesanan rawatan awal yang telah diberikan.

Jangan ambil suhu bayi sejurus selepas dimandikan atau dijelum dan juga jika dibedung atau diselimutkan untuk jangka masa yang agak panjang kerana bayi anda sudahpun dalam keadaan hangat, ini boleh menjejaskan bacaan. Tunggulah sekurang-kurang 15 minit sebelum mengambil bacaan suhunya.

Tidak semua jangkitan yang menyebabkan demam perlu dirawat dengan antibiotik.

Jangan gunakan air sejuk atau ais . Hal ini demikian kerana air sejuk dan ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Sebagai ahli keluarga atau ibu dan bapa, kita perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang demam anak-anak agar kita tidak menyalah guna unit kecemasan apabila anak demam.

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nur Nabila Masfuzah atau Bel Nawhen merupakan seorang Jururawat Terlatih yang aktif memberi pendidikan kesihatan di laman facebook peribadi. Juga terlibat di dalam NGO Delegation of Nurses dan Medical Mythbusters Malaysia. Turut menjadi columnist di The Malaysian Medical Gazette. Menulis bersama Kata-Pilar book dan Whitecoat. Mungkin akan terbitkan buku bersama The Patriot, mana tahu. Sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dari Universiti Mahsa.

Leave A Reply