Tiada boleh dinafikan bahawa koronavirus sudah mencapai tahap yang menggerunkan. Berikut ialah sebabnya:

  1. Itali telah mengisytiharkan perintah berkurung sejak 9 Mac dijangka sehingga 3 April (akan dilanjutkan jika perlu).
  2. Sepanyol menghampiri perintah berkurung sepenuhnya.
  3. Jerman mengisytiharkan kawalan sempadan untuk menghentikan COVID-19.
  4. Uzbekistan telah menutup negaranya selepas disahkan positif. Baru satu kes sahaja, semua institusi awam – sekolah hingga universiti – terus ditutup selama tiga minggu.
  5. Pembelian panik mengosongkan makanan, tisu tandas dan air.

Dengan lonjakan besar COVID-19 angkara perhimpunan tabligh seramai 16,000 orang pada penghujung bulan lepas, satu realiti yang menghantui rakyat Malaysia.

Tiada siapa mahukan perintah berkurung. Tetapi jika itu yang diperlukan, maka itulah jawapannya.

Selama ini Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan masih berdiam diri untuk menyelesaikan COVID-19 secara saintifik. Tetapi pada 15 Mac, beliau telah bersuara:

  1. Penjarakkan sosial dalam kalangan rakyat tidak diendahkan.
  2. Rakyat suka hati keluar seolah-olah tiada masalah langsung.
  3. Kita tidak mahu jadi terlalu lambat macam negara-negara lain.

Bersama lima orang doktor lagi, Dr. Noor Hisham telah menggesa kerajaan pertimbangkan perintah berkurung di seluruh negara (Landau, 2020).

Belajar Dari Luar Negara

Orang kaya takkan ada masalah untuk mengharungi COVID-19. Sesiapa yang ada simpanan banyak dengan senang hati boleh beli apa-apa saja bagi meneruskan kehidupan.

Jadi bila perintah berkurung diisytiharkan, orang miskin dan sederhana memang sangat terkesan. Disebabkan itulah kerajaan Malaysia masih teragak-agak.

Penutupan sekolah dan universiti pun belum tentu menjaminkan, rata-ratanya apabila lonjakan kes berlaku kerana faktor persendirian. Lebih-lebih lagi Teluk Bahang dan Johor Bahru baru-baru ini menyaksikan perhimpunan keramaian.

Himpunan Teluk Bahang
Setia Bersamamu Johor

Jadi perintah berkurung boleh memastikan rakyat duduk rumah. Sekarang ini pun ramai berpeleseran di luar, sepertimana Dr. Noor Hisham katakan bahawa penjarakkan sosial tidak diendahkan.

Dasar fiskal diambil Itali boleh dijadikan contoh. Itali telah menggantung segala jenis hutang rakyat (debt moratorium). Bererti bank diwajibkan berhenti memungut ansuran bulanan (Kowsmann, 2020). Dari segi pengguna, dasar ini sangat baik – cuma kerapuhan sistem perbankan Itali yang perlu diteliti.

Berkaitan dengan hutang, Amerika Syarikat pun telah menggerakkan tindakan sama. Sistem Rizab Persekutuan telah mensifarkan kadar faedah hutang (Smialek & Irwin, 2020).

Kesatuan Eropah pula telah menyediakan AS$41 bilion untuk membantu sektor yang teruk dibadai COVID-19 (Bibbo, 2020). Dana AS$8.9 bilion asing pula disediakan untuk membantu 100,000 industri kecil dan besar yang terganggu akibat dasar pengekangan virus.

Mungkin Solusi Terbaik

COVID-19 telah menimpa Malaysia pada masa yang sangat tidak sesuai. Kelemahan dasar Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng telah meninggalkan legasi ekonomi yang perlu dipapah. Dan sebahagian daripada kementerian pula dianggotai golongan yang pernah bersama kerajaan lama.

Untuk memastikan perintah berkurung dijayakan, kerajaan perlu:

  • Membuat moratorium bagi semua pinjaman. Hutang rumah dan kereta mustahil boleh dibiayai jika tidak bekerja. Malaysia Airlines sendiri meluluskan cuti tanpa gaji kepada 13,000 orang pekerjanya.

    Tidak pelik jika syarikat-syarikat lain berbuat sedemikian. Andainya kerajaan mewajibkan mereka bayar sekalipun – rakyat perlu bergegas ke Pejabat Buruh bagi melaporkan sebarang keculasan.

    Dan berada di luar rumah bercanggah dengan prinsip perintah berkurung. Jadi moratorium ialah langkah terbaik. Gantungkan bil utiliti pun, sepertimana Itali buat.

  • Memberikan Bantuan Sara Hidup yang sekurang-kurangnya RM1,000. Makanan tahan lama (non-perishables) didapati dua kali ganda lebih mahal (dan kurang berkhasiat) berbanding makanan cepat luput (perishables/semi-perishables).

  • Menyegerakan BSH terutamanya bagi pekerja sendirian dan pengambil upah. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mengharapkan perniagaan atau upahan.

    Sebahagian besar yang tidak mendapat pekerjaan tetap menampung isi rumah dengan upahan Grab atau FoodPanda (dan sewaktu dengannya).

Memberikan BSH pada kadar segera ialah langkah sistematik bagi memastikan akses kepada makanan.

  • Meyakinkan rakyat bahawa ini ialah proses. Perintah berkurung akan meletuskan panik secara tidak terkawal. Perkara ini tidak dapat dihalang.

    Tetapi kerajaan boleh mengambil kesempatan dengan penguasaan media supaya kepanikan boleh dibendung. Yakinkan rakyat bahawa semuanya proses ke arah solusi, bukannya sekatan semata-mata.

    Cara mudah untuk yakinkan rakyat ialah menyediakan wang untuk stimulasikan ekonomi. Dan sememangnya elakkan beri dalam bentuk e-wallet yang tidak mampu diakses semua warga emas.

  • Menghentikan semua jenis perhimpunan keramaian. Segala perhimpunan daripada tujuan keagamaan ke perniagaan perlu dihentikan.

    Kerajaan juga tidak boleh bercanggah antara jabatan, seperti amaran daripada Jabatan Kesihatan yang tidak diendah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Tiada siapa menyukai perintah berkurung. Tetapi jika itulah jawapannya, tiada persoalan – kerajaan harus melaksanakannya. Malaysia mempunyai populasi tua yang ramai, sekaligus mendedahkan negara kepada COVID-19.

Apa yang pasti sekarang ini ialah – kekalkan sifar kem4tian.

RUJUKAN:

Bibbo, B. (2020, March 14). Amid erratic response, EU eases fiscal policies to curb COVID-19. Al-Jazeera. Retrieved from https://www.aljazeera.com/news/2020/03/erratic-response-eu-eases-fiscal-policies-curb-covid-19-200314053916475.html

Kowsmann, P., & Legorano, G. (2020, March 10). Italy Plans Debt Moratorium to Cope With Coronavirus Lockdown. The Wall Street Journal. Retrieved from https://www.wsj.com/articles/italy-plans-debt-moratorium-to-cope-with-coronavirus-lockdown-11583849663

Landau, E. (2020, March 15). Doctors call on govt to impose nationwide lockdown after Covid-19 spike. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/574894/doctors-call-govt-impose-nationwide-lockdown-after-covid-19-spike

Smialek, J., & Irwin, N. (2020, March 15). Fed slashes rates to near-zero and unveils sweeping program to aid economy. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/15/business/economy/federal-reserve-coronavirus.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.