Apakah Itu Kes Tatabahasa?

461

Kes Tatabahasa ataupun dalam Bahasa Inggeris, Grammatical Case adalah kelas yang menunjukkan fungsi dalam sesuatu frasa, klausa ataupun ayat. Kes Tatabahasa boleh ditemui dalam kata nama, kata ganti nama, adjektif, partisipel dan nombor bagi sesuatu bahasa. Makna dalam sesuatu perkataan dasar adalah bergantung kepada maklumat tambahan yang disampaikan sama di hadapan, belakang mahupun tengah.  Artikel ini membincangkan tentang senarai Kes Tatabahasa dan contoh bahasa yang terlibat.

Selain itu, Akusatif adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Akusatif adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan arah objek dalam kata kerja. Pertimbangkan ayat “qablt altalb aljdyda” dalam Bahasa Arab  yang bermaksud “saya telah menemui pelajar baharu itu”. Perhatikan perkataan “altalb” yang bermaksud “pelajar itu”. Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “talib”. Kata dasar berkenaan mengalami perubahan menjadi kata nama tunggal tentu dalam bentuk akusatif.

Antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu adalah Nominatif. Nominatif  adalah kes yang digunakan untuk menjadikan kata nama mahupun kata ganti nama sebagai subjek dalam kata kerja. Pertimbangkan ayat “They eats cake” dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud “Mereka sedang memakan kek”. Perkataan “They” yang merupakan kata ganti nama diri ketiga dalam bentuk jamak adalah subjek yang menceritakan tentang perbuatan dalam ayat berkenaan.

Di samping itu, Ablatif adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Ablatif adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan arah pergerakan. Pertimbangkan ayat “PVELLA SENIOR PVERO EST” dalam Bahasa Latin yang bermaksud “Perempuan lebih tua daripada lelaki”. Perhatikan perkataan “PVERO”. Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “PVER” yang bermaksud “lelaki”. “PVERO” yang bermaksud “daripada lelaki (dalam bentuk tunggal)” telah mengalami perubahan daripada kata dasar tersebut.

Kemudian, Instrumental adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Instrumental adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan alat yang digunakan dalam sesuatu perbuatan. Pertimbangkan ayat “jedziemy do miasta autobusem” dalam Bahasa Poland yang bermaksud “kami pergi ke bandar dengan bas”. Perhatikan perkataan “autobusem”. Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “autobus” yang bermaksud “bas”. Perkataan “autobusem” yang bermaksud “dengan bas” telah mengalami perubahan daripada kata dasar.

Seterusnya, Lokatif adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Lokatif adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu perkataan. Pertimbangkan perkataan “evde” dalam Bahasa Turki yang bermaksud “di rumah”. Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “ev” yang bermaksud “rumah”. Kata “evde” telah mengalami perubahan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu di tempat berkenaan.

Supresif adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Supresif adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan kedudukan di atas permukaan. Pertimbangkan ayat “Tett könyvet az asztalra” dalam Bahasa Magyrar ataupun Hungarian yang bermaksud “Dia meletakkan buku di atas meja”. Perhatikan perkataan “asztalra” yang bermaksud “di atas meja”. Perkataan berkenaan berasal daripada perkataan “asztal” yang bermaksud “meja”. Kata “asztalra” telah mengalami perubahan untuk menunjukkan kedudukannya di atas permukaan.

Datif adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Datif adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan objek yang tidak langsung. Pertimbangkan ayat “Ich gebe dem Mann ein Buch” dalam Bahasa Jerman yang bermaksud “Saya memberi lelaki itu sebuah buku”. Perhatikan perkataan “dem Mann” yang bermaksud “lelaki itu” ataupun. “the man” dalam Bahasa Inggeris. “Mann” bermaksud lelaki dalam bentuk datif manakala “dem” bermaksud artikel “the” dalam bentuk yang sama. Artikel berkenaan digunakan untuk menunjukkan siapa yang menjadi penerima perbuatan dalam ayat berkenaan.

Akhir sekali, Vokatif adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Vokatif adalah adalah kes yang digunakan untuk menunjukkan siapa yang kita maksudkan.  Pertimbangkan ayat “zurabo, khink’ali mometsi” dalam Bahasa Georgia yang bermaksud “Zura, bagi saya Khinkalli”. Perhatikan perkataan perkataan “Zurabo”. Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “Zura”. “Zura” telah ditambah menjadi “Zurabo” untuk menunjukkan siapa yang dimaksudkan untuk perbuatan dalam ayat berkenaan.

Kesimpulannya, itu adalah antara Kes Tatabahasa yang terdapat dalam bahasa tertentu. Bilangan Kes Tatabahasa adalah bergantung kepada bahasa berkenaan. Sebagai contoh, Bahasa Jerman mempunyai empat (4) Kes Tatabahasa manakala Bahasa Tsez mempunyai dua ratus lima puluh dua (252) kes. Kes Tatabahasa menjadi salah satu cabaran kepada sesiapa yang mempelajari bahasa berkenaan sebagai bahasa asing.

RUJUKAN:

Which language have the most cases. Retrieved July 29, 2019 from https://www.quora.com/Which-languages-have-the-most-cases

The German Cases Explained: A 5-Part Guide To Finally Understand The Cases In German. Retrieved July 29, 2019 from https://www.iwillteachyoualanguage.com/learn/german/german-tips/german-cases-explained

Georgian Noun Declension. Retrieved July 29, 2019 from https://app2brain.com/learn-languages/georgian/grammar/part-1/

What Is the Vocative Case? Retrieved July 29, 2019 from https://www.grammar-monster.com/glossary/vocative_case.htm

The German Dative Case. Retrieved July 29, 2019 from https://forum.duolingo.com/comment/18619872/The-German-Dative-Case

Hungarian Supressive case: -n -on -en -ön. Retrieved July 29, 2019 from http://www.hungarianreference.com/Nouns/-n-superessive.aspx

Lesson 20: The locative case suffix. Retrieved July 29, 2019 from https://elon.io/learn-turkish/lesson/the-locative-case-suffix

Polish Instrumental Case. Retrieved July 29, 2019 from https://polish-dictionary.com/polish-instrumental-case

What is the ablative case used for and how is it translated? Retrieved July 29, 2019 from https://www.mytutor.co.uk/answers/26226/A-Level/Latin/What-is-the-ablative-case-used-for-and-how-is-it-translated/

The Accusative Case in Arabic. Retrieved July 29, 2019 from https://blogs.transparent.com/arabic/the-accusative-case-in-arabic/

What Is the Accusative Case? Retrieved July 29, 2019 from https://www.grammar-monster.com/glossary/accusative_case.htm

What Is the Nominative Case?. Retrieved July 29, 2019 from https://www.grammar-monster.com/glossary/nominative_case.htm

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.