Jadi, dah ramai tanya-tanya ‘quantum realm’ yang dipaparkan dalam ‘Ant-man & The Wasp’ itu benda betul ke ataupun sekadar fantasi?

Jawapannya benda betul.

Kalau ikut DBP, ‘realm’ ini bermaksud ‘alam’ ataupun ‘wilayah’. Jadi ‘quantum realm’ ialah alam kuantum. Selalunya aku sebut dunia kuantum. Kami biasa guna ‘quantum world’.

Apa dia dunia kuantum ini?

Dunia kuantum ini ialah dunia yang paling kecil. Dunia berskala nano sehinggalah berskala Planck. Skala Planck adalah skala paling kecil di alam ini.

Dunia ini terlalu kecil sampai tak boleh nak dilihat mata kasar. Lebih kecil daripada semut.

Jadi, apa yang istimewanya dunia ini?

Dunia kuantum dibezakan dengan dunia kita sebab hukum fizik di dunia kuantum tak sama dengan hukum fizik di dunia kita.

Hukum-hukum Newton ataupun hukum-hukum klasik yang lain dah tak terpakai di dunia kuantum sebab realiti di dunia kuantum tak sama dengan dunia kita.

Di dunia kuantum banyak fenomena dan kejadian pelik berlaku yang tak dapat kita bayangkan ia boleh berlaku di dunia sebenar.

Di dunia kuantum, satu zarah (particle) boleh berada di banyak tempat dalam masa yang sama. Kalau kucing duduk dalam dunia kuantum, dia boleh hidup dan mati dalam masa yang sama.

Kucing kau dan kucing aku boleh berkomunikasi dalam jarak yang sangat jauh. Malah komunikasi itu boleh terjalin melebihi kelajuan cahaya.

Ini antara sebab Einstein tak suka dunia kuantum sebab ia melanggar hukum relativiti khas-nya.

Dunia kuantum adalah asas ataupun teras realiti kita. Dengan kata lain, alam semesta ini terbina asasnya daripada dunia kuantum. Foundation of all creation.

Jadi, realiti yang kita lihat sekarang, bukanlah realiti yang hakikat kerana hakikatnya terletak di dunia kuantum yang manusia masih belum fahami sepenuhnya.

Realiti dalam dunia kuantum boleh jadi macam-macam dalam satu masa. Kucing boleh jadi anjing ataupun manusia dalam satu masa. Realiti yang tak pernah wujud pun boleh wujud dalam satu masa.

Kucing itu sekadar contoh sebab tiada lagi mana-mana benda hidup yang masuk ke dalam dunia kuantum. Dalam dunia kuantum cuma ada zarah-zarah dan gelombang saja. Zarah-zarah ini pun berkelakuan pelik macam contoh kucing itu juga.

Dunia kuantum ini juga, salah satu tafsirannya, adalah punca kelahiran dunia-dunia selari (multiverse). Setiap pilihan yang dimiliki oleh manusia, akan melahirkan dunia-dunia selari yang baru. Multiverse ini sekadar teori sajalah. Tak dibuktikan wujud lagi.

Jadi, kalau Ant-man masuk ke dunia kuantum, dia boleh buat benda yang superhero-superhero lain tak boleh buat. Dia boleh ubah realiti, dia boleh ubah hukum fizik.

Aku rasa Ant-man memainkan peranan yang besar agaknya untuk mengembalikan semula kehilang-kehilangan (atau kematian) ramai superhero Marvel akibat petikan Thanos.

Seorang ahli fizik yang menyelia filem Ant-man ini, iaitu Spyridon Michalakis kata, “Superman may be powerful, but he wouldn’t stand a chance against Ant-Man.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.