Rom Timur pada ambang kejatuhan sudah bukan lagi sebuah empayar yang agung. Segalanya berubah pada tahun 1204, apabila Konstantinopel ditimpa bala yang besar. 23,000 anggota telah menjar.ah kota ini dengan teruk.

Rakyatnya dib.µ.nµh, dengan harta-benda negara diramp.as tanpa belas ihsan. Kejadian ini berlarutan selama tiga hari, yang mana anggota mµsµh merog.ol rakyat Konstantinopel di Hagia Sophia. Itulah kisah yang paling pahit dalam sejarah Byzantium.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Semua ini dilakukan Te.ntera Katolik, yang mengambil Konstantinopel daripada tangan pihak Ortodoks. Sebaik sahaja mengetahui tentang hal ini, Paus Innocent III mengeluarkan titah pengkafiran terhadap semua orang yang terlibat dalam ram.pasan ini.

Kejatuhan Konstantinopel yang menjejaskan Rom Timur.

Apa yang berlaku pada hari itu sebenarnya memberi kesan buat beberapa abad kemudian. Walaupun Michael VIII Palaiologos berjaya mengambil semula Konstantinopel daripada tangan peram.pas, semuanya sudah berubah.

Jadi Mehmed II berdepan dengan banyak isu selepas mendapat Konstantinopel. Baginda berjaya membina semula Konstantinopel menjadi ibu negara yang maju (Stavrides, 2001).

Dari segi pembangunan, Konstantinopel menjadi bandar raya paling besar di Eropah. Dari segi sosial, baginda melantik Gennadios sebagai Ayahanda (Patriarch) Ortodoks (Nicolle, 2000). Hakham Bashi pula menjadi Rabai Besar Konstantinopel.

140 tahun selepas Konstantinopel menjadi Istanbul, infrastruktur bandar sudah jauh berlainan.

Pengukuhan benteng Konstantinopel untuk keselamatan bandar.

Tetapi ada satu perkara yang masih sama – setiap tahun bandar tersebut kehilangan sekurang-kurangnya 1 peratus kerana wab.ak Yersinia pestis.

Antara 1491 hingga 1567 misalnya, berkali-kali wa.bak ini menyebabkan kluster besar. Ada sampai wab.ak ini menjadi end.emik hanya di Konstantinopel sahaja (Byrne, 2012).

Memahami Simtom dan Kesan Kesihatan

Yersinia pestis dinamakan pada tahun 1894 sempena saintis yang mengenal pasti kewujudannya. Alexandre Yersin ialah doktor daripada Institut Pasteur, yang meneliti dengan rapi semasa berada di Hong Kong.

Walau bagaimanapun, penyakit ini sudah wujud sejak 6,000 tahun lalu lagi (Rascovan, et al., 2019). Paling teruk bermula pada tahun 1346, hingga 1353 – apabila sekurang-kurangnya 75 juta orang dibµnµh penyakit ini.

Tempoh inkubasi penyakit ini dijangka antara 1 hingga 6 hari. Simtom bermula selepas itu, dengan demam, gigil dan sakit kepala.

May.at mang.sa penyakit di Eropah.

Ada tiga jenis masalah mungkin berlaku: 1) beng.kak di ketiak atau celah kangkang, 2) pend.arahan di dalam kulit yang menghitam, dan 3) radang paru-paru.

Tanpa penawar saintifik seperti antibiotik (Ciprofolaxin), Doxycycline, Gentamicin dan Levofloxacin) dan vaksin, memang masalah besar. Ekonomi pun boleh lµmpµh, kerana ramai takut jatuh sakit. Itulah apa yang berlaku di Istanbul.

Mengimbau Kenangan Pahit Uthmaniyah

Sepanjang tempoh wa.bak, Sultan Uthmaniyah berada dalam keadaan terjamin. Baginda tidak bergaul bebas dengan rakyat, bagi menjaga kesihatannya. Mungkin ada yang melihat perkara ini sebagai sombong. Sebenarnya tidak.

Romantisme Uthmaniyah hanya meletakkan elemen-elemen manis sahaja. Sedangkan Uthmaniyah mempunyai sebuah sistem politik yang agak mencabar. Jadi Sultan Uthmaniyah (sama seperti raja lain) ialah simbol penyatuan.

Walau bagaimanapun, rakyat biasa tidak menikmati kehidupan sebegini. Yang kaya lagi miskin terpaksa hidup bersama-sama dalam kota ini.

Wang serba banyak sekalipun tidak menyelamatkan golongan hartawan daripada masalah wab.ak.

Tambah pula Istanbul tidak dibahagikan mengikut zon-zon tertentu. Mungkin ini ialah pendekatan ukhwah tetapi juga punca peningkatan kadar kebolehjangkitan penyakit.

Dalam usaha membendung penyakit, kerajaan Uthmaniyah mengeluarkan tanah perkµbµran daripada sempadan kota.

Jalan raya dicuci bersih (supaya tiada naj.is). Apa-apa jua perusahaan yang boleh menaj.iskan bumi Istanbul dikehendaki tutup serta-merta. Inilah zaman apabila harga daging melambung tinggi, kerana rumah penyembe.lihan ditutup.

Tetapi mereka tidak faham bagaimana penyakit merebak. Hari ini semua tahu yang sesuatu wa.bak boleh dicegah dengan cara penjarakan sosial.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Pada zaman itu, mereka menyangka bahawa penyakit ini berpunca daripada sesuatu bau busuk (miasma) yang menjejaskan kualiti udara.

Jadi cara terbaik adalah melalui pembersihan alam sekitar. Namun pendekatan Uthmaniyah tidak boleh diperlekehkan. Kerana penjagaan sanitasi ini terbukti salah satu kaedah berkesan untuk memutuskan rantaian penyakit yang boleh berjangkit.

RUJUKAN:

Byrne, J.P. (2012). Constantinople/Istanbul. ABC-CLIO. Halaman 87.

Nicolle, D. (2000). Constantinople 1453: The End of Byzantium. Osprey Publishing. Halaman 17.

Rascovan, N., et al. (2019). Emergence and Spread of Basal Lineages of Yersinia pestis during the Neolithic Decline. Cell. 176 (1-2): 295-305.

Stavrides, T. (2001). The Sultan of Vezirs: The Life and Times of the Ottoman Grand Vezir Mahmud Pasha Angelovic (1453-1474). Brill. Halaman 23.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.