Januari 2020 memang bulan yang gila. Dalam sekejap sentimen W*3 telah menjadi WWZ. Namun di sebalik persepsi dan prasangka, berzaman juga mulut orang menabur pendapat bahawa Iran dan Israel ialah sekutu svlit yang bertengkar hanya sebagai lakonan media. Pada bulan Januari yang gila, persepsi tersebut mungkin boleh dipersetujui sebagai separa-benar. Iran dan Israel tidak sama sekali sekutu, apatah lagi sahabat di sebalik tabir. Masing-masing enggan berp3r4ng atas faktor-faktor jelas.

  1. Tiada keuntungan untuk Israel kalau berp3r4ng dengan Iran. Tanah Iran walau seinci takkan mendatangkan manfaat untuk Tel Aviv. Dan andainya berp3r4ng, Israel belum tentu selamat daripada Arab, Lubnan atau Turki.
  2. Iran tidak mempunyai sekutu kuat yang boleh menjaminkan keselamatannya andainya berp3r4ng dengan Israel. Tidak pelik bahawa negara Arab sendiri mengambil kesempatan.

Namun halatuju kedua-dua negara nampaknya mempunyai perkongsian kepentingan berkaitan Palestin. Umumnya, Palestin takkan mungkin boleh merdeka secara sendiri. Melainkan jika Israel mempunyai Perdana Menteri yang suci dalam debu dengan Knesset didominasikan ahli-ahli politik dipukau. Memandangkan perkara tersebut takkan berlaku, Palestin memerlukan pakatan kuat daripada gagasan negara-negara Arab.

Kredit: Twitter/Palestine Post 24

Gagasan ini pula dahulu kuat bersekutu dan bersatu demi kepentingan Palestin. Mereka bertelingkah macam mana pun. Tetapi kalau topik timbul pasal Palestin, semua pemimpin Arab sanggup mengikat bulu dada masing-masing sebagai tanda ukhwah. Semua ini sudah berubah. Palestin telah kehilangan hubungan ukhwah ini.

Percaturan Hassan Rouhani telah menyatukan gagasan Arab terhadap Iran. Apabila Arab terlalu fokuskan Iran, semangat demi Palestin telah terganggu. Arab takkan mampu fokus dengan dua matlamat pada masa yang sama, lebih-lebih lagi dengan ekonomi tidak mesra minyak. Rancangan Keamanan Palestin-Israel yang dijaja Donald Trump sebagai “peluang terakhir” telah jelas menunjukkan warna kulit Gagasan Arab. Inisiatif dibawa Washington D.C. mendapat sokongan kepimpinan Arab (Nissenbaum, 2020).

Kredit: The New York Times

Perubahan kiblat politik Arab berlaku kerana Iran. Israel memerlukan Iran yang agresif. Pengaruh Iran di Timur Tengah memberikan penampan yang sangat bagus untuk Israel bertindak sesuka hati. Tindakan Iran bukan sahaja mengecilkan persahabatan Palestin. Perlu diketahui juga bahawa dua organisasi besar Palestin menerima sokongan dana dan bantuan daripada Iran. Perkara ini disahkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas sendiri, bahawasanya Hamas dibantu Iran yang menghantar senjata kepadanya dan juga Hezbollah (Horowitz, 2014).

Siri bantuan ini bermula selepas ketiadaan Yasser Arafat, dimana Hamas sudahpun hampir muflis. Namun hampir 10 tahun kemudian, keakraban Hamas bersama Arab Saudi telah memutuskan bekalan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila Hamas menyokong penentang kerajaan dalam Perang Saudara Syria. Perkara ini disahkan Hamas sendiri (Levy, 2015).

Bagi Israel, sokongan Iran jika dapat dikembalikan boleh meretakkan hubungan Hamas bersama Fatah, sekaligus melemahkan Palestin. Pada masa yang sama, Donald Trump mungkin sedang mengambil pedoman daripada taktik Lyndon B. Johnson dalam pengendalian P3r4ng Vietnam: isytihar menang dan cabut lari. Amerika Syarikat meskipun telah menghantar beberapa pasukan ke Timur Tengah masih dilihat cenderung untuk keluar daripada rantau tersebut.

Bayangkan Amerika tiada. Iran semestinya ada anjakan besar di Iraq yang ingin Amerika keluar. Tanpa Amerika pula, Jordan akan terancam, satu perkara yang amat diinginkan Israel (Harel, 2020). Namun tiadanya Amerika juga mendatangkan bahaya kepada Israel yang masih belum stabil kerana tiada kerajaan bermandat. Karier Benjamin Netanyahu pula dilihat semakin menghampiri jalan penamat.

Namun pihak yang paling rugi ialah Palestin, kerana semua mata Arab berpaling ke arah Tehran. Sementara itu Tel Aviv/Jerusalem bebas berbuat apa-apa saja. Tiada siapa boleh memandang rendah terhadap Israel. Kerajaan mereka mempunyai kuasa diplomasi yang luar biasa. Dengan pemerintahan Trump, apa-apa saja halal bagi mereka. Dan perkongsian daripada jurnalis Karni Eldad dalam rencananya untuk akhbar Makor Rishon juga harus dipautkan.

Gambar: Karni Eldad

Kita mengambil Judea dan Samaria. Kita biar rakyat Palestin pilih: siapa yang ingin menetap dengan aman, (suruh) mereka hormat dan buang cita-cita nasionalisme. Siapa yang ingin menyertai keg4n4san dan bermimpikan Palestin Raya perlu diusir bersama kaum keluarga mereka.”

Pemb4smian etnik ini sememangnya dibualkan seperti tiada masalah pun. Memanglah perenggan ini dibuat seorang penulis yang tiada pengaruh pun dalam pentas politik. Namun halatuju Israel telah membenarkan kata-kata berbisa sebegitu diterbitkan, tidak ubah seperti akhbar rasmi Volkischer Beobachter menyuarakan prinsip-prinsip N4zisme. Namun Eldad juga mengiktirafkan bahana jika mengambil Judea dan Samaria (menyerap semua Palestin masuk Israel):

Kita akan menjadi minoriti dalam tanahair kita sendiri!” Solusinya? Apabila r3volusi penting berlaku di Jordan (baca: monarki Jordan digvlingkan) apabila pemimpin mereka ialah seorang minoriti Badwi menguasai majoriti Palestin, mereka (rakyat Palestin) akan mengundi dalam pilihanraya Amman (baca: dihalau daripada Israel).”

Untuk memudahkan pemahaman bagi kenyataan berbelit sedemikian, Karni Eldad menerangkan solusi bagaikan aparteidisme untuk Israel. Halau monarki Jordan. Halau rakyat Palestin ke Jordan. Tubuhkan negara Palestin di Jordan. Israel ambil lembah Judea dan Samaria. Yahudi menjadi majoriti “di tanahair kita”. Selama mana Raja Abdullah II bertakhta, perancangan gila ini tidak boleh direalisasikan. Dan hasvtan Eldad pun dilihat bagaikan perancangan Netanyahu, kerana Israel telahpun merampas Lembah Jordan meskipun dengan tentangan daripada Mahkamah Dunia (Landau, 2019).

Gambar: Abdullah II

Selepas 25 tahun dalam keamanan yang mengaibkan, Jordan nampaknya mempunyai ancaman kedaulatan (Nir, 2019). Dengan Iran semakin mengaum, kepentingan strategik Israel semakin jelas. Tanpa penglibatan Amerika di Timur Tengah, semuanya ibaratkan now or never. Berikut merupakan kenapa Jordan dibenci Iran:

  1. Jordan enggan berdagang kerana Iran bukan ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (Middle East Monitor, 2018).
  2. Jordan berpihak dengan Arab Saudi dalam tuduhan bahawa Iran mencetuskan ketidakstabilan di Timur Tengah, siap enggan menamakan Duta Besar ke Iran (Alshammary, 2018).
  3. Jordan menentang Bashar al-Assad dengan mengatakan campurtangan Iran mengancam keselamatan Syria (Harel, 2017).
  4. Jordan mengatakan krisis diplomasi Saudi-Qatar boleh memberikan anjakan kepada Iran.
  5. Jordan tidak serius menentang Israel.

Jadi dengan Iran mendabik dada berbulu dan Israel pula menghidu peluang, bidak catur Jordan semestinya tepat. Selama ini pun Raja Abdullah II cerdik dan cilik.

RUJUKAN:

Alshammary, F. (2018, June 15). Jordan won’t name an ambassador to Iran: Source tells al-Arabiya English. Retrieved from http://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2018/06/15/Jordan-withdraws-ambassador-from-Iran-Source-tells-Al-Arabiya.html#

Landau, N. (2019, December 5). Netanyahu Says ‘Our Full Right’ to Annex Jordan Valley, Despite ICC Prosecutor Report. Retreived from https://www.haaretz.com/israel-news/.premium-netanyahu-says-our-full-right-to-annex-jordan-valley-despite-icc-prosecutor-report-1.8227174

Levy, E. (2015, July 28). Senior Hamas official: No more military assistance from Iran. Retrieved from https://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4684713,00.html

Harel, A. (2020, January 7). Leaked U.S.-led Coalition Letter to Iraqi Officials Reveals an American Desire to Leave the Middle East. Retrieved from https://www.haaretz.com/us-news/.premium-leaked-letter-reveals-an-american-desire-to-leave-the-middle-east-1.8371775

Harel, Z. (2017, November 16). Concern in Jordan Over Pro-Iranian Forces On Border. Retrieved from https://www.memri.org/reports/concern-jordan-over-pro-iranian-forces-border

Horowitz, R. (2014, April 9). Why is Iran Shipping Arm to Hamas and Hezbollah? Retrieved from https://www.theblaze.com/contributions/why-is-iran-shipping-arm-to-hamas-and-hezbollah

Middle East Monitor. (2018, February 19). Jordan rules out economic ties with Iran. Retrieved from https://www.middleeastmonitor.com/20180219-jordan-rules-out-economic-ties-with-iran/

Nir, O. (2019, December 10). Israel’s Campaign to Destabilize Jordan. Retrieved from https://www.haaretz.com/israel-news/.premium-israel-s-campaign-to-destabilize-jordan-1.8232212

Nissenbaum, D. (2020, January 29). Arab Leaders’ Support for Mideast Peace Plan Marks a Regional Shift. The Wall Street Journal. Retrieved from https://www.wsj.com/articles/arab-leaders-support-for-mideast-peace-plan-marks-a-regional-shift-11580325868

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.