Vienna pernah hampir ditakluk oleh Uthmaniyah yang membawa kelengkapan 150, 000 tentera dengan beratus-ratus meriam. Holy Roman Empire bakal jatuh ke tangan Uthmaniyah seperti mana Byzantine. Satu demi satu kerajaan Kristian Eropah akan menjadi sebahagian daripada Uthmaniyah. Empayar baru umat Islam ini sepertinya tidak dapat dihentikan lagi. Dan untuk mempertahankan Vienna, hanya 11, 000 orang tentera sahaja disitu menjadikan seorang tentera Vienna harus melawan 15 orang Uthmaniyah.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Kalau ini terjadi, barangkali seluruh Eropah akan bertukar menjadi sebuah negara Islam. Dan bukannya Kristian seperti yang kita kenal hari ini. Tentera Kristian yang bertahan dalam kota Vienna sedang diambang kekalahan. Strategi-strategi yang digerakkan oleh tentera Islam memang menjadi, sedang memb.un.uh moral mereka.

Dan kemudian, Winged Hussars, sejenis tentera penunggang kuda datang dari Poland membantai ketumbukan Uthmaniyah dari belakang yang sedang mengepung Vienna. Jannisari, meriam-meriam turki, dan tentera elit Turki yang lain tergamam dengan apa yang berlaku. Dibawah raja Poland, ada lebih 80, 000 tentera bantuan tiba dari segenap Eropah.

Winged Hussars memakai sayap di belakang mereka sebagai uniform tentera mereka. Ini memberikan gambaran yang para malaikat telah turun dari gunung-ganang yang mengapit Vienna, menyelamatkan umat Kristian daripada tentera Islam.

Bayangkan apa perasaan tentera Uthmaniyah mendengar derapan kuda dari sekeliling mereka sebelum melihat para tentera yang turun dari gunung sambil memakai sayap-sayap dibelakang mereka. Moral akan jatuh terus sebab mereka hampir menang selepas mengepung Vienna selama berbulan-bulan.

Dan Winged Hussars berjaya menyelamatkan Vienna daripada jatuh ke tangan umat Islam. Dan selepas itu, Uthmaniyah terus menjunam, menuju kejatuhannya sehingga digelar “Orang Sakit Eropah”. Tidak pernah bangkit dari kekalahan memalukan di Vienna itu.

Kalau Winged Hussars tidak datang ketika itu, nescaya Eropah yang kita kenal bukan seperti hari ini. Dan selepas itu, peristiwa ini menjadi inspirasi dalam babak-babak filem di seluruh dunia.

Misalnya dalam The Lord Of The Ring, Rider Of Rohan menyelamatkan kepungan tentera manusia dari Orc dari belakang, atau Knights of the Vale dalam siri Game Of Thrones menyelamatkan Jon Snow dan tenteranya yang dah dikepung dari segenap arah oleh Ramsey Bolton.

Selepas itu, orang Poland akan membangkitkan peristiwa ini, kepada bangsa Jerman. Mengenangkan pengkhianatan bangsa Jerman kepada mereka.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

“Dulu, nenek moyang kami selamatkan kalian daripada tentera Islam. Dan kemudian, kalian membalas jasa kami dengan menakluk kami ketika Pe.ra.ng Dunia Kedua!”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.