Apabila Rom Menghancurkan Tamadun Yahudi Menjadi Abu

3,634

Pra-tempah hanya di Shopee

Tamadun Yahudi mula mengalami kejatuhan dua alaf sejak tahun 66. Ketika ini bangsa tersebut bersengketa dengan Empayar Rom, yang dikuasai Maharaja Nero (54-68).

Persengketaan bermula selepas Yahudi tidak menerima dasar percukaian ditetapkan Gabenor Gessius Florus. Rom kemudian menggunakan solusi kasar, iaitu menjar.ah Kuil Kedua atas hujah bahawa duit Yahudi sudah menjadi milik empayar.

Maka bangsa Yahudi menolak kepimpinan pro-Rom dalam kalangan mereka. Sebaliknya sebuah kerajaan sementara ditubuhkan oleh Ananus ben Ananus, Joseph ben Gurion da Joshua ben Gamla.

Walau bagaimanapun, para Yahudi tidak bersatu padu. Dalam kalangan mereka pun ada perbalahan sesama sendiri.

Contohnya di Jerusalem, Menahem ben Yehuda cuba meram.pas kuasa bagi pihak pertubuhan Sicariinya. Beliau gagal dan dijatuhkan hµkµman bµnµh.

Semua ahli Sicarii dihalau daripada kota Jerusalem. Sekarang ini Sicarii berdepan dengan dua mµsµh, iaitu Rom dan saudara seagama sendiri.

Kerana mereka mahu menubuhkan sebuah negara merdeka tanpa sebarang kompromi kerana Rom telah menga.ibkan semua Yahudi.

Pemimpin Sicarii yang harus diceritakan ialah Eleazar ben Simon. Asal-usul Eleazar sudah ditelan zaman. Kewujudan beliau mula ditulis pun sejak pember.ontakan Yahudi bermula pada tahun 66.

Itu pun kerana beliau menyertai pasukan Yahudi yang membin.asakan angkatan ketent.eraan Rom pimpinan Cestius Gallus iaitu Legio XII Fulminata di Beit Horon.

Gambaran Legio XII Fulminata

Namun Eleazar ben Simon dipercayai menjadi mang.sa khi.anat bangsa sendiri. Beberapa hari sebelum Jerusalem dik.epung, seorang pemimpin bernama John of Gischala telah membµnµh beliau.

John memohon masuk dalam Kuil Kedua atas alasan mahu menyediakan kor.ban sempena perayaan Passover (hari Malaikat Ma.ut lalu di Mesir Purba ketika kenabian Musa as).

Tanpa diketahui Eleazar, kor.ban tersebut bukanlah seekor kambing atau lembu. Sebaliknya semua ahli Sicarii bersama Eleazar ialah kor.ban pada hari tersebut.

Dipercayai inilah tempat Eleazar menemui aj.al… tetapi ada sumber mengatakan beliau selamat (cuma tidak tahu apa nasibnya).

Penge.pungan Masada Tiga Tahun Kemudian

Gaius Messius merupakan seorang anggota Rom yang menyertai pep.er.angan ini. Beliau bukanlah sesiapa, sekadar peserta barisan utama sahaja yang dhantar untuk menundukkan bangsa Yahudi di kota Masada.

Masada

Kota tersebut hari ini terletak di Daerah Selatan, Israel – betul-betul berhampiran dengan sempadan Tebing Barat dan Jordan. Di sinilah 1,900 tahun lalu, para Sicarii dikep.ung Empayar Rom pimpinan Lucius Flavius Silva.

Kisah tentang peng.epungan ini dikongsi Flavius Josephus, seorang Yahudi kelahiran Jerusalem yang ditah.an Rom.

Beliau mengulas panjang tentang peristiwa yang berlaku. Golongan Sicarii di sini mempunyai seorang ketua bernama Eleazar ben Ya’ir (tidak sama dengan Eleazar ben Simon yang dikhi.anati John).

Ketika ini Kuil Kedua Yahudi sudah dimus.nahkan Rom, kerana Jerusalem hanya bertahan selama empat bulan sahaja. Jadi di Masada, bangsa Yahudi ibaratkan membina benteng terakhir.

Rom sudah menang. Tetapi selagi mana Sicarii berada di Masada, kemenangan mereka seolah-olah cac.at. Jadi Gabenor Flavius membawa 15,000 anggota untuk mengepung Masada pada tahun 72.

Seramai 960 anggota Sicarii berharap akan diselamatkan Yahudi daripada tempat lain. Tetapi penyelamat mereka tidak datang sampai sudah.

Lama sebenarnya Sicarii bertahan, sebelum menelan kepahitan yang mereka terpaksa berdiri di atas kaki sendiri.

Masalahnya Sicarii sudah terper.angkap dan dibelenggu Rom. Dan Eleazar ben Ya’ir menggesa pengikut-pengikutnya: “Kita semua membuat keputusan. Takkan sesekali kita menjadi ham.ba Rom ataupun ham.ba sesiapa sahaja melainkan Tuhan sahaja. Dia sahajalah Yang Benar dan Tuhan Sekalian Alam. Nampaknya sudah tiba masa yang kita perlu membuktikannya secara fizikal (bahawa Tuhan sahaja layak mempunyai ha.mba).”

Eleazar menamatkan ucapannya dengan kata-kata berapi, “kitalah yang pertama mengangkat senj.ata (terhadap Rom), dan kita juga terakhir berani melawan mereka; dan aku berpegang yang ini ialah berkat dikurniakan-Nya, dan pada tangan kita ialah satu-satunya jalan: ma.ti dengan berani, dalam keadaan bebas!”

Kenyataan ini dikongsi dua perempuan yang bersembunyi dalam perigi bersama lima orang anak. Eleazar sebenarnya meminta orang ramai membµnµh sesama sendiri, kerana Judaisme mengharamkan bµnµh diri.

Hanya orang terakhir sahaja yang akan membµnµh diri. Secara am, Yahudi di sini memilih untuk ma.ti dalam keadaan bebas (bukannya hidup dalam perham.baan).

Rom berjaya mema.tahkan pember.ontakan Yahudi. Selepas angin peper.angan berhenti meniup, semua pulang ke tempat asal. Gaius Messius pun begitu. Dan beliau hanya dibayar sebanyak 50 denarium sahaja.

Bermakna Messius memba.hayakan nyawa sendiri semata-mata untuk mendapat balik hanya modal makanan kuda dan keldai.

“Slip gaji” Rom kepada Messius.
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.