Apa yang korang rasa kalau bertahun-tahun nak ada anak, bila dapat anak dan dia membesar, anak tu dibunuh orang. Apa perasaan? Bayangkan tragedi ini menimpa Nabi Zakaria yang mendapat tahu anak kesayangannya, Nabi Yahya dipenggal kepala!

Sekian lama, Nabi Zakaria berdoa kepada Allah untuk beroleh zuriat. Sampailah satu masa Allah berfirman, bakal lahir seorang bayi dari rahim isterinya, Isya. Gembira baginda bukan kepalang. Meskipun sudah lanjut usia, tiada yang mustahil dengan kehendak Allah.

Isya melahirkan bayi tersebut dan Zakaria menamakannya Yahya. Bermaksud “hidup”. Sesetengah tok guru mengajarkan rahsia, jika kerap anak yang lahir cepat meninggal dunia, maka namakan anak seterusnya Yahya. InsyaAllah akan hidup sebagaimana namanya “hidup”.

“Wahai Yahya! Ambillah (pelajarilah) kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan hikmah kepadanya (Yahya) selagi dia masih kanak-kanak, dan (Kami jadikan) rasa kasih sayang (kepada sesama) dari Kami dan bersih (dari dosa). Dan dia pun seorang yang bertakwa.” (Surah Maryam ayat 12-13)

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

“Allah menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan (kelahiran) Yahya, yang membenarkan sebuah kalimat (firman) dari Allah, panutan, berkemampuan menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi di antara orang-orang saleh.” (Surah Ali Imrah ayat 39)

Dipendekkan cerita, Yahya pun menjadi Nabi sesudah besar dan berdakwah kepada kaum Yahudi. Baginda dan ayahnya mengajak kepada tauhid di sekitar peta Jordan, Lubnan dan Palestin hari ini. Di zaman itu, Bani Israil dijajah oleh kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Herod yang menguasai wilayah Galilee dan Perea. Maharaja Rom ketika ini bernama Caesar Augustus yang juga digelar Octavian. Zaman ini dipanggil Pax Romana.

Apa hukum laki orang teringin dengan bini orang? Pada satu hari, Raja Herod menceraikan isterinya, Phasaelis. Lepastu Herod rampas pulak Herodias, bini adik tirinya sendiri. Maka berpisahlah Herodias dengan suaminya demi penuhi kehendak Herod. Perangai cerai beraikan rumahtangga orang ni dikecam kitab Taurat. Apa lagi, Nabi Yahya bangkit la membangkang perbuatan keji ni!

Raja Herod dapat tahu je Nabi Yahya melawan, dia terus arahkan Rasul ni ditangkap dan dipenjara. Setelah berjaya mengurung Nabi Yahya, Herod buat la pesta. Masa dalam pesta tu, anak kepada Herodias yang bernama Salome menari gelek dengan gaya menggoda. Herod yang dah mabuk minum arak, tertarik pulak dengan kecantikan anak tirinya ni. Jadi dia pun tanya Salome, “Kamu nak apa? Apa saja yang kamu pinta mesti beta tunaikan!”

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Tahu apa jawab Salome. Dia boleh minta kepala Nabi Yahya! Sebenarnya ni muslihat maknya, Herodias. Dia masih menyimpan dendam, pasal kan dulu Nabi Yahya bantah sekeras-kerasnya Herodias cerai dengan ex-suami untuk kahwin dengan Raja Herod. Tetamu dah saling pandang memandang. Takkanlah Raja nak mungkir janji kan. Tadi dah kata nak tunaikan apa sahaja.

Demi memuaskan hati anak tirinya, Herod melakukan dosa besar. Tanpa memikirkan akibat dari tindakannya, Raja ini pun memerintah algojo memenggal kepala Nabi Yahya. Justeru baginda mati syahid di hujung mata pedang. Selesai saja pembunuhan Rasul ini, kepala Nabi Yahya dibawa atas dulang dan dipersembahkan kepada Raja Herod. Anak tirinya, Salome bukan main suka sambil tunjukkan kepala tak berdosa ni kepada Herodias.

Selang beberapa tahun, balasan Allah kepada Raja Herod menjadi kenyataan. Berlaku perebutan takhta dan Herod terbuang dari kerajaannya. Dia bersama isterinya, Herodias menjadi buangan di negeri Gaul sampai ke akhir hayat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply