Soviet Union boleh dikatakan kuasa besar yang sama kuat dengan Amerika Syarikat ketika era Perang Dingin. Biarpun begitu, Soviet Union pernah alami satu kekalahan yang sangat memalukan kepada Afghanistan.

Persoalannya macam mana negara sebesar Soviet Union boleh kalah dengan Afghanistan?

Pada mulanya Soviet Union berjaya menakluk Afghanistan dan menubuhkan kerajaan boneka di sana. Masalahnya, sistem komunis yang cuba diterapkan oleh kerajaan boneka Soviet Union agak tidak ngam dengan masyarakat Afghanistan.

Lama kelamaan rakyat Afghanistan mula memberontak dengan kehadiran Mujahideen. Tentera Afghanistan yang disokong oleh Red Army tidak gentar dengan ancaman Mujahideen. Sebab mereka yakin boleh menang dalam masa yang singkat.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tapi deme silap sebab Mujahideen dilengkapi oleh senjata moden yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat dan China. Malah ada Mujahideen yang mendapat latihan daripada CIA. Tentera Afghanistan pula banyak tak terlatih. Memang mudah Mujahideen nak lawan.

Bagi memastikan para Mujahideen tidak kalah, deme telah menggunakan taktik secara gerila. Di mana mereka akan buat serangan mengejut dan terus lari ke kawasan kampung dan gunung.

Tentera Afghanistan dan Red Army pun pening nak lawan. Sebab baru je nak bertindak, Mujahideen semua dah hilang.

Lama kelamaan, Soviet Union telah diminta oleh PBB dan negara Timur Tengah agar menarik balik tentera dari Afghanistan. Dikhuatiri tindakan Soviet Union ini akan berikan masalah kepada populasi Islam di negara deme.

Pada akhirnya, Soviet Union menarik balik semua tenteranya pada tahun 1989. Hal ini sekaligus menandakan Mujahideen berjaya memenangi peperangan dan Soviet Union kalah besar.

Dan atas sebab ini juga kita faham dan yakin kenapa Afghanistan dikatakan ‘kubur kuasa besar’. Banyak negara dah cuba langgar mereka. Tapi mereka tetap steady walaupun sering dihentam kiri kanan. Sambil-sambil tu, kita tunggu tengok negara mana lagi nak mencuba nasib di Afghanistan.

 

Nak tahu lagi banyak tentang Soviet Union? Sila baca SOVIET DI HUJUNG JARI. Boleh beli di bit.ly/3OefP44


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply