Keupayaan seekor haiwan seringkali mengagumkan saintis. Ilmu alam sentiasa dikembangkan dengan gelagat semulajadi yang mengimbangi persekitaran semulajadi. Seekor monyet pernah dilihat memelihara anjing seperti anak sendiri.

Monyet itulah yang memberi makan, mencari kutu dan juga melindunginya daripada anjing liar.

Dipercayai monyet ini kehilangan anak, jadi anjing tersebut yang sangat kecil dan terdedah mencetuskan naluri keibuannya untuk mencurahkan kasih sayang merentasi spesis. Dan di Zoo Israel turut melimpah kasih sayang sebegini. Seekor monyet berbulu hitam yang dibawa daripada Indonesia takkan boleh terpisah daripada anak ayam.

Hubungan rapat antara-spesis ini siap menghalang sang monyet daripada mencari pasangan hidup. Ia lebih menyukai anak ayam, berbanding spesis sendiri – siap menunjuk-nunjuk lagi.

Dan anak ayam tersebut boleh saja meloloskan diri – tetapi kalau tengok gambar-gambar, semua tahu cinta yang terbuku dalam hati. Perkara ini memang pelik kerana spesis rhesus macaque biasanya membvnvh dan mem4k4n ayam – atau bermain dengan anak-anak ayam sampai m4ti kepenatan.

Sebut pasal Indonesia satu lagi kisah di Bali harus dipetik juga. Seekor monyet ditemui dalam hutan berkawan dengan anak kucing pula.

Dan kucing tersebut pun menikmati layanan istimewa daripada kelompok monyet.

Anjing sudah. Kucing sudah. Ayam pun sudah. Persoalan sekarang, apakah beruk boleh tunjukkan kasih sayang kepada manusia (selain daripada melolong di Parlimen untuk kepentingan manusia)? Sekali lagi Indonesia menyingkap rahsia agung alam atas kekayaannya dari segi kepelbagaian biologi. Seorang jurugambar sedang menyeberangi sungai di Kalimantan sebelum yang mana ditebingnya seekor orang utan bersedia sambil menyuakan tangan.

Metro UK

Jurugambar tersebut bernama Anil Prabhakar sedang mengembara bersama Yayasan Keselamatan Orangutan Borneo (BOS) bagi tujuan untuk merakamkan kehidupan liar. Pihak BOS mendapat laporan bahawa sungai tersebut dipenuhi dengan ular. Jadi orang utan ini menyangka bahawa Prabhakar telah jatuh dan menghulurkan tangan untuk membantu.

Tindakan di luar sangkaan sebegini telah menggamitkan perhatian seluruh dunia. Gambar Prabhakar yang dinaikkan ke Instagram telah dipautkan ke seluruh media antarabangsa termasuk CNN dan Metro UK. Ular berbisa merupakan pemangsa aktif terhadap spesis orang utan di Borneo, yang sedang sengs4r4 akibat pemb4k4ran hutan, kehilangan habitat dan pembvrvan h4r4m.

Spesis ini juga tidak mudah membiak. Dalam suatu laporan, seekor orang utan hanya melahirkan anak enam hingga lapan tahun sekali sahaja. Jadi bagi setiap orang utan yang terbvnvh dan dibvnvh, bayangkanlah kesannya. Sudah tentu sekali kehausan populasi ini sukar dipuaskan.

Walaupun dihulurkan bantuan, Prabhakar dengan perlahan menjauhi kerana khuatir atas keselamatannya jika diselamatkan orang utan tersebut.

Pengalaman Prabhakar mengingatkan semua tentang konsep monyet berkhidmat. Definisi ini mungkin agak janggal di Malaysia tetapi bagi Amerika Syarikat tidak begitu terasing terutamannya di Massachusetts. Di sana monyet-monyet bekerja keras tanpa dibayar gaji:

  1. Mereka boleh menyusun cakera padat (cara merekalah).
  2. Mereka mengambil barang yang tercicir
  3. Mereka membantu orang minum air, kalih mukasurat, garu badan dan mendapatkan telefon.

Dan monyet-monyet ini dilatih untuk berkhidmat di rumah sahaja – takkan sesekali dibenarkan untuk ke tempat-tempat awam seperti pasaraya runcit atau restoran.

Orang-orang yang dibantu monyet pun bukanlah pemalas. Sebaliknya mreka menghid4pi masalah saraf tunjang, sclerosis, perepvtan otot dan apa-apa jua peny4kit yang mengganggu pergerakan. Kos AS$40,000 setiap haiwan pun ditanggung penderma dan geran yayasan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.