Tidak terlalu berlebihan untuk mengatakan bahawa nutfah sains di dunia ini dieram dalam rahim Jerman. Banyak pencapaian pada zaman ini tidak mungkin dinikmati tanpa sentuhan Jerman.

Adolf Butenandt meninggalkan dunia ini dengan ilmu mengenai hormon jantina. Albert Einstein kekal masyhur atas segala jasanya.

Carl Bosch pula merupakan seorang jurutera kimia Jerman yang menggunakan proses Haber untuk sintesiskan ammonia, hidrogen dan nitrogen.

Sangatlah tidak adil untuk mengecualikan nama-nama agung lain. Tetapi mustahil jika setiap seorang disenaraikan dalam satu rencana.

Mungkin semua tahu kehebatan bangsa yang dipimpin oleh seorang wanita begitu cekal bernama Angela Merkel. Namun seberapa ramai yang tahu – bahawasanya bangsa inilah yang dibangsatkan Amerika Syarikat?

Bangsa Yang Tidak Bersatu

Sudah lama bangsa Jerman berdepan dengan satu debat sosial iaitu “Grossdeutsche Lösung” (Solusi Jerman Agung).

Bagaikan Israel-Palestin dalam cadangan solusi, begitulah Jerman satu masa dahulu.

Antara 1815-1866, sebanyak 37 negara Jerman diwujudkan dalam satu pakatan longgar.

Grossdeutsche mencadangkan penyatuan semua dibawah satu payung, seperti diimpikan Empayar Austria. Manakala Kleindeutsche Lösung pula mahukan penyatuan utara tanpa Austria sepertimana dipinta Prussia.

Inilah Jerman yang tidak diketahui ramai, sebuah pecahan yang terbentuk susulan kejatuhan Empayar Rom Suci pada tangan Napoleon Bonaparte secara tidak langsung.

Dan persoalan Grossdeutsche-Kleindeutsche sentiasa dimainkan, sehinggalah 1866 apabila Austria dan Prussia akhirnya bertembung.

Prussia yang dipimpin William I dan Otto von Bismarck berjaya mematahkan Franz Joseph I dan Ludwig II. Jerman Utara pun akhirnya terbentuk susulan Pertempvran Königgrätz di hari ini Czech.

Empat tahun kemudian pula, Perancis ditewaskan Prussia sekaligus membentuk Empayar Jerman tanpa Habsburg dan Leichestein.

Tetapi keinginan untuk menyatukan Austria ke dalam pengaruh Jerman masih kuat atas aspek kebangsaan. Namun menghampiri P3r4ng Dunia Pertama, keajaiban Jerman sudah menemui kebuntuan.

Masalah Kebangsatan Di Bumi Orang

Populasi yang beranak-pinak berdepan dengan kemiskinan teruk sehingga jutaan dalam kalangan mereka mencari rezeki di luar negara. Amerika Syarikat pula melancarkan dasar-dasar progresif dibawah sebuah kerajaan baharu.

Woodrow Wilson yang membentuk Liga Negara-Negara (pendahulu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) mempunyai barisan ibaratkan membenci pendatang asing.

Sepertimana hari ini golongan Latin dipandang enteng, begitulah Jerman satu masa dahulu. Jerman membawa tradisi kebangsaan daripada masakan ke resepi bir pun.

Pada tahun 1910, Amerika Syarikat mempunyai 554 jenama akhbar bahasa Jerman dengan sekolah vernakular Jerman pun (Gershon, 2017). Integrasi bergerak dengan perlahan.

Dan apabila Amerika Syarikat memasuki P3r4ng Dunia Pertama, sikap anti-Jerman mula menular.

Malah ramai berpendapat bahawasanya pendatang-pendatang Jerman masih mempunyai kasih sayang dan taat setia terhadap Maharaja Wilhelm II. Jadi cara hidup Jerman dibincangkan.

Kebencian meresap sampai bahasa Jerman pun dipertikaikan. Tidak jauh dengan itu, cara kebersihan turut dipersoalkan.

Dan Jerman diberikan nama timangan “the Huns” merujuk kepada budaya silam yang bersikap gasar. Itulah Jerman – bangsa pencer0boh gasar yang datang menyerbu rezeki Amerika tanpa sedar diri status menumpang.

Poster ini dikeluarkan kerajaan Amerika sebagai prejudis terhadap Jerman

Woodrow Wilson pula mengutuk Jerman (tanpa menyebut): “sesiapa yang mengamalkan cara hidup tanda sempang* sedang membawa bil4h belati tersedia untuk menik4m nadi Republik pada bila-bila masa.” ( * = status kewarganegaraan bercampur seperti “German” Americans).

Kerana pep3r4ngan ini rakyat Amerika yang berleluhur Inggeris telah menangkis semua pengaruh Jerman.

Sekolah vernakular diharamkan sampai buku-buku berbahasa Jerman pun dibuang. Seorang pelombong arang batu dituduh seorang pensabotaj dan dibvnvh oleh orang ramai (St. Louis Post-Dispatch).

Risau dengan kebencian marak ini, Jerman terpaksa berasimilasi masuk ke bangsa Inggeris di Amerika Syarikat. Semua nama perlu ditukar.

Dan cara hidup Jerman pun seolah-olah dim4tikan. Meskipun sedemikian, Jerman masih lagi dibenci dengan poster serupa beberapa dekad kemudian.

Jepun dan Itali turut menerima tempias juga

Hari ini selepas mengharungi denai masa yang memenatkan, Jerman ibaratkan menguasai dunia melalui Republik Persekutuan dan juga Amerika Syarikat.

Jerman telah jadi sebuah bangsa yang berjaya, daripada bangsat yang lari daripada kemelut Eropah Tengah. Dengan jelas disini bahawasanya kelicikan mereka untuk mengharungi dugaan telah menyelit kaki Inggeris.Ini kerana segala dosa yang dilakukan malang sekali sia-sia kerana Jerman tetap ada di situ.

Dan pengajaran lainnya, nasib sebuah bangsa itu senang sahaja dibolak-balikkan oleh ALLAH. Pada dulunya mereka ialah pelarian yang terbangsat, diherdik, ditindas, dikeji, akhirnya bangsa Jerman bangkit menjadi salah satu bangsa agung dalam sejarah.

Bangsa yang sudah senang, tidak menghadapi kesukaran, bila-bila masa sahaja ALLAH boleh jatuhkan dari tempat mereka bersemayam sekiranya dalam hati penuh angkuh, sombong, merasakan bangsa mereka sahaja mulia dan memandang rendah kepada bangsa lain.

RUJUKAN:

Gershon, L. (2017, May 9). When American schools banned German classes. J Stor. Retrieved from https://daily.jstor.org/when-american-schools-banned-german-classes/

St. Louis Post-Dispatch. (2012, May 25). Look Back: Robert Paul Prager (ditapiskan), 1918. Retrieved from (Request Link).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.