Pemergian Putera Philip mengingatkan dunia tentang tradisi 1,200 tahun England. Bahawasana negara ini dipimpin seorang raja (atau ratu) yang mempunyai sebuah keluarga terdiri daripada anggota-anggota bangsawan (Duke, Prince, Earl dan sebagainya).

Monarki telah mengisi sejarah England dengan pelbagai warna. Banyak yang cerah; ada juga gelap di antara dua kegemilangan. Hari ini kerelevanan monarki British menjadi persoalan, dengan segala drama melibatkan Keluarga Diraja Windsor dan Putera Harry.

Tidak lupa juga dakwaan terhadap Putera Andrew… dan sejarah pahit Putera Charles. Kalau ada isu melibatkan anggota bangsawan, mesti ada sentimen anti-monarki (Wallis, 2012).

Sebenarnya arus anti-monarki pernah mekar dalam politik England dulu. Malahan England pernah menjadi sebuah republik.

Persoalan mengenai monarki England sudah lama menjadi topik perbincangan. Dulu ramai tertanya-tanya: raja di atas atau bawah politik? Kalau di atas, seorang raja menguasai Dewan Parlimen. Jika dibawah, kuasa raja adalah mengikut sokongan sistem berparlimen.

Pada tahun 1642, dua pihak ini saling tidak bersetuju antara satu sama lain. Jadi mereka cuba menyelesaikan perbalahan dengan cara pertem.puran. Disangka sekali tem.pur, selesai masalah. Solusi ini menyebabkan sebuah konf.lik satu dekad dengan tiga peper.angan saudara.

Nampak gah dan hebat tetapi…

Pihak “Bawah Politik” memenangi ketiga-tiga peper.angan ini. Raja Charles I (1625-1649) ditang.kap dan akhirnya dibµnµh. Sebenarnya mereka bukan menentang monarki pun; cuma mereka tidak bersetuju dengan kedudukan institusinya.

Tetapi hµkµman terhadap Charles I secara rasmi mengasaskan sebuah republik di England.

Kemenangan Republik (bukan lagi “Bawah Politik”) turut mempengaruhi politik Ireland, yang sedang berper.ang selama 11 tahun.

Parlimen Scotland tidak diberitahu langsung tentang nasib Charles I. Mereka enggan menerima struktur republik yang berkuasa dari London.

Jadi mereka pun mengisytiharkan Charles II (1649-1685) sebagai Raja Britain. Tetapi pemasyhuran ini dibuat secara bersyarat. Parlimen Scotland hanya menyokong monarki selagi mana Charles II bersetuju yang 1) Gereja Scotland menguruskan hal ehwal agama dan 2) Parlimen Scotland menguruskan hal ehwal awam (Kenyon & Ohlmeyer, 2002).

Persetujuan Charles II menunjukkan yang “Atas Politik” sudah tewas. “Bawah Politik” dulu telah menjadi Republik. “Atas Politik” dulu pula sekarang menjadi “Bawah Politik”. Charles II terpaksa bersetuju… kerana pihak republik telah menguasai Ireland.

Keabsahan Sebuah Republik di Bumi England

Pergolakan politik antara Monarki dan Republik di England berlaku kerana tiada persefahaman. Bagi pihak Republik pula, mereka mempunyai seorang ahli politik yang berkaliber. Oliver Cromwell dilahirkan pada 25 April 1599 di Huntingdonshire.

Oliver Cromwell

Beliau menjadi wakil rakyat Huntingdon selama setahun bermula 1628, sebagai seorang anak muda 29 tahun. Kemudian Raja Charles I membubarkan parlimen untuk berkuasa secara mutlak. Tindakan ini menimbulkan perdebatan “Atas Politik v Bawah Politik” yang menyebabkan kejatuhan Charles I.

Cromwell sebagai seorang penguasa telah membentuk sebuah parlimen, dengan bidangkuasa legislatif. Hal ehwal eksekutif diuruskan sebuah majlis kecil. Proses ini sama dengan demokrasi hari ini.

Dewan Rakyat membahas dan membantah keputusan Kabinet. Tetapi Cromwell tidak berkuasa sebagai seorang Perdana Menteri (jawatan ini diasaskan beberapa dekad kemudian). Sebaliknya, beliau memegang kuasa Lord Protector. Bermakna Cromwell menjadi seorang raja secara republik.

Inilah bahana pertama yang ditanggung England. Seorang raja mempunyai institusi. Jika raja keluar berper.ang, rakyat melafazkan setia pada institusi ini. Cromwell tiada institusi.

Charles II.

Semasa beliau berper.ang dengan Charles II, anggota-anggota politik dibawahnya mula bercak.aran. Selepas menewaskan Charles II, Cromwell pun kembali dengan cita-cita baru.

Beliau mahu mengadakan sebuah pilihan raya agung, untuk menyatukan England, Ireland dan Scotland sebagai sebuah negara tunggal (Britain barangkali). Tetapi Dewan Parlimen enggan meluluskan satu tarikh jelas, siap bermain tarik tali.

Pilihan raya tersebut takkan diadakan. Kerana Cromwell meninggal dunia pad atahun 1658. Beliau dipercayai jatuh sa.kit dengan demam panas bersimtom malaria.

Jawatan Lord Protector diwarisi anaknya, Richard Cromwell yang tiada institusi mahupun pengaruh politik. Anaknya tidak bertahan lama: berundur dan menyebabkan kejatuhan Keluarga Cromwell di England.

Eksperimen Republik ini berakhir dengan kembalinya sistem monarki dibawah Charles II.

RUJUKAN:

Kenyon, J.P., & Ohlmeyer, J.H. (2002). The Civil (ditapiskan): A (ditapiskan) History of England, Scotland and Ireland, 1638-1660. Oxford University Press. Halaman 67.

Wallis, H. (2012, Mei 27). Diamond Jubilee v Republican Britain. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.