Apabila Buaya Acah Setia, Jangan Percaya…

0
1283
views

Kim Daewonsu baru selesai berjumpa dengan Moon Daetongryeong di Panmunjom. Ramai terharu sebab ini kali pertama pemimpin Korea Utara berjejak kaki di Korea Selatan.

Tapi mianhae, den tak percayalah helah Kim Jong-un ni. Tak nampak ke dia tu lepas masuk ke sempadan Korea Selatan, terus mengajak Moon Jae-in masuk balik ke sempadan Utara. Tak nak kalah. (video: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1941972319155741&id=125982670754724)

Ini merupakan “Inter-Korea Summit” yang ke-3 sejak Perang Korea (1950-1953) yang memisahkan negara-bangsa Korea. Kali pertama (2000) Kim Jong-il (ayah Kim Jong-un) berjumpa dengan Kim Dae-jung. Kali kedua (2007) Kim Jong-il berjumpa dengan Roh Moo-hyun.

Waqaf Saham

Tiap kali pun mereka akan keluarkan deklarasi bersama yang tidak lain permainan kata-kata klise seperti “keamanan” (평화), “penyatuan” (통일), dan “permulaan baru” (새로운 시작). Pada tahun 1992 Korea Utara siap menjanjikan “denuclearization” (비핵화), tapi dua tahun kemudian Korea Utara mengugut untuk menjadikan Seoul sebagai “lautan api”.

Nak memahami tindak tanduk Korea Utara kena pakai kaca mata realis. Keluarga Kim ialah keturunan dinasti Silla yang merupakan pemain realpolitik yang hebat dalam sejarah Korea. Ini strategi sementara untuk melepaskan Korea Utara daripada tekanan US dan China.

Percaya Kim Jong-un akan melepaskan nuklear dan bersatu dengan Korea Selatan, sama seperti percaya buaya darat berubah jadi lelaki setia, atau diktator berubah jadi demokrat.