Himpunlah mangsa-mangsa rogol di seantero dunia dan tengok sebelah mata pun sudah tahu pelakunya British.

Berikut merupakan pepatah yang benar walaupun sangat kesat. Tidak melampau untuk menyimpulkan pepatah sedemikian sebagai rumusan bagi zaman kolonialisme. Dari abad ke-16 sehingga Perang Dunia Kedua, banyak empayar telah menjalinkan konflik bagaikan perang saraf untuk bersaing demi perdagangan. Antara empayar yang paling teruk mengerjakan negara-negara jajahan ialah British.

Seperti parasit yang fitrahnya rosak lagi merosakkan, tiada kebaikan yang terhasil ketika kerja-kerja British semasa penjajahan pra-Perang Dunia Kedua. Malaysia merupakan salah satu mangsa kezaliman imigrasi British. Bayangkanlah pengaruh pendatang ini telah memaksa warga-warga tempatan untuk menerima kedatangan Cina dan India. Rata-rata mereka tidak fasih pun dalam bahasa Melayu. Namun jelas sekali, sinergi yang dimainkan tiga kaum ini walaupun terdapat cucuk cubit antarakaum merupkan semangat kesatuan yang besar.

Tiada negara yang bebas daripada masalah perkauman, terutamanya apabila minoriti lantang bersuara untuk tidak bersetuju. Sungguhpun normal, masalah perkauman jika dibiarkan akan menjadi parah. Salah satu kenyataan pedas yang kerap dilampiaskan ialah balik negara asal. Apabila didengari seruan tersebut, harus difahamkan bahawa semua negara sama.

Go Back Where You Came From” merupakan penghinaan yang sering disebut di Amerika Syarikat. Sasaran utama ialah golongan pendatang ataupun warga-warga tempatan minoriti yang dianggap pendatang (haram). Dimulakan seawal 1798 lagi, yang mana kerajaan Amerika Syarikat melancarkan satu demi satu undang-undang seperti Akta-Akta Pendatang dan Hasutan yang bertujuan untuk menyusahkan kemasukan warganegara baru – pada masa sama memudahkan pengusiran (Dwyer, 2019). Donald Trump sendiri pernah menghina ahli-ahli Kongres seperti Ilhan Omar, Rashida Tlaib, Alexandria Ocasio-Cortez dan Ayanna Pressley, masing-masing “women of color” supaya balik negara asal

Itulah lumrah kemajmukan dalam kalangan masyarakat. Tetapi situasi balik negara asal sebenarnya pernah berlaku dan sangat sesuai untuk dijadikan iktibar oleh semua. Jika kesannya berlingkaran sekadar lafaz seperti Amerika Syarikat, masalah takkan timbul. Namun jika dasar kerajaan memuktamadkan pengusiran minoriti, contoh paling dekat boleh semua ambil sebagai iktibar ialah Uganda semasa dibawah seorang diktator.

Balik Negara Asal

Idi Amin berkuasa di Uganda hanya selama lapan tahun sahaja. Namun kesannya sangat meluas sampai ekonomi republik tersebut telahpun lumpuh. Dan benih kepada pokok masalah sebenarnya disemai oleh tidak lain tidak bukan British sendiri.

Dibawah politik imperialismelah besarnya Idi Amin, jelas dan nyata menyaksikan kedatangan bangsa- bangsa Asia Tengah (India, Bangladesh, Pakistan dsb) secara besar-besaran sebagai penampan antara golongan Eropah dan Afrika.

Seramai 32,000 bangsa India sahaja dibawa masuk untuk menyiapkan Keretapi Uganda semasa wilayah tersebut dimandatkan dasar pecah perintah. Sebahagian kecil daripada angka besar ini bermastautin terus.

Pada awal 1970-an, bangsa India hanyalah 1% sahaja. Tetapi Idi Amin telah menggajahkan semut ini sambil menggelar mereka sebagai “dukawallas (bagaikan paria) yang hanya menjaga keluarga sendiri sambil menipu dalam perniagaan”.

Pada masa yang sama, bangsa India Uganda juga menunjukkan sifat besar kepala (superiority) dan memandang rendah terhadap kebolehupayaan warga-warga Afrika. Senang kata di Uganda, bangsa India berasa diri lebih bagus sambil memperlekehkan golongan Afrika.

Dan 4 Ogos 1972 menyaksikan perintah pengusiran 90 hari terhadap semua 80,000 bangsa India. Hujah Idi Amin cenderung ke arah konservatisme bahawa beliau hanya sedang memulangkan Uganda kembali kepada etnik asalnya. Nasib minoriti India ini seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas British yang telahpun mengakhiri penjajahan 10 tahun sebelumnya. Lima hari kemudian, Idi Amin turut menghalau etnik Bangladesh dan Pakistan juga.

Pengusiran sedemikian takkan ada sebarang masalah yang besar jika rakyat Afrika memegang saham terbesar dalam pasaran. Bangsa minoriti walaupun sedikit tetapi menyumbang sebanyak 65% dalam percukaian negara menerusi perniagaan dan pendapatan mereka. Secara keseluruhan, hampir 6,000 syarikat dan ladang dirampas Idi Amin tanpa sebarang pampasan. Pelarian pun terpaksa keluar dalam keadaan sehelai sepinggang, bertaburan di beberapa negara mencari perlindungan.

Sementara itu di Uganda, keringat-keringat mereka selama ini diagihkan secara semberono. Kereta, rumah dan barang rumah diedarkan kepada golonga berkepentingan. Dan pihak paling untung ialah GLC Syarikat Pembangunan Uganda yang menguasai syarikat-syarikat besar. Tetapi kemasukan identiti-identiti baharu dalam syarikat ini tanpa pengstrukturan sempurna akhirnya membawa padah.

Ekonomi Uganda mula merudum, oleh kerana pengurus yang diamanahkan tanggungjawab tidak berkemahiran tinggi mahupun berpengalaman untuk melaksanakan perniagaan. Dan pada tahun 1987, selepas Idi Amin digulingkan, ekonomi Uganda merupakan antara yang paling teruk di seluruh Afrika.

Kuman Yang Memang Gajah

Bangsa Asia yang berada di Uganda pada hari ini hanya 15,000 orang sahaja. Tetapi merekalah berkuasa keatas bank dan hotel. Merekalah mengeluarkan sabun, basikal, barang kemas dan tisu. Merekalah yang menjual ubat, insuran dan gula.

Antara penguasa kewangan ialah Sudhir Ruparelia yang merupakan kanak-kanak ketika Idi Amin mengusir keluarganya. Tetapi Sudhir kekal di Uganda dan hari ini memiliki kelab, hotel dan bangunan, termasuk juga sekolah antarabangsa, bank dan ladang bunga. Dibawah rangkaiannya ialah bangsa tempatan dan campuran Afro-India.

Walaupun 15,000 orang, 35% daripada ekonomi Uganda dikuasai mereka. Jika dahulu semasa membina jambatan dan landasan, bangsa India berdepan dengan taring singa – mereka telah masuk ke dalam taring Idi Amin. Namun kekalnya mereka pada hari ini menunjukkan sesuatu perkara yang luar biasa bagi mereka.

Apa yang Idi Amin enggan terima ialah penguasaan India ke atas ekonomi. Apabila mereka diusir, rak-rak di kedai terus kosong dan inflasi terus menaik. Harga pun naik secara mengejut dengan pengganti tidak berupaya untuk mengekalkan momentum. Sekurang-kurangnya kerajaan semasa mengamalkan dasar mesra perniagaan sambil mencari pelaburan daripada sesiapa sahaja tanpa mengira asal usul.

Untuk meyakinkan bangsa India Uganda, mereka memulakan dengan pemulangan harta yang disita tanpa belas ihsan semasa dibawah Idi Amin.

RUJUKAN:

‘Go Back Where You Came From’: The Long Rhetorical Roots Of Trump’s Racist https://www.npr.org/2019/07/15/741827580/go-back-where-you-came-from-the-long-rhetorical-roots-of-trump-s-racist-tweets

Once Outcasts, Asians Again Drive Uganda’s Economy. https://www.nytimes.com/2003/08/17/world/once-outcasts-asians-again-drive-uganda-s-economy.html

SA Can Learn From Uganda’s Dire History of Expropriation Without Compensation. https://www.ibtimes.com/uganda-forty-years-after-idi-amin-expelled-asians-739228

Uganda: Forty Years After Idi Amin Expelled Asians. https://www.ibtimes.com/uganda-forty-years-after-idi-amin-expelled-asians-739228


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.