Moving Forward As One

Apabila Amerika Dilanda Taufan Ida

615

Setiap tahun Amerika Syarikat akan mengharungi musim taufan. Kesannya sangat serius. Tetapi negara tersebut boleh bangkit semula. Cuma dalam keadaan COVID-19, kedatangan taufan benar-benar mencetuskan risiko kesihatan yang luar biasa.

Pada 24 Ogos 2021, Amerika Syarikat menghela nafas lega apabila Taufan Henri diisytihar tamat. Ia telah membadai beberapa negeri, sambil menyebabkan kerosakan sebanyak AS$155 juta.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Banyak tempat kehilangan bekalan elektrik, sesuatu yang membimbangkan kerana hospital amat memerlukan elektrik untuk memberi rawatan. Ada tempat yang banjir teruk. Paling sedih adalah di Tennessee, apabila sebuah keluarga diuji dengan pemergian sepasang bayi kembar yang hanyut dan meninggal dunia (Hanna, 2021).

Belum sempat membaiki keadaan, Amerika Syarikat diserang taufan kedua yang bernama Ida pula. Jujurnya, taufan ini dikesan pada 23 Ogos 2021. Semakin lama, Taufan Ida menghampiri dan menimpa Louisiana lima hari selepas dikesan. Louisiana sudahpun bersedia. Joe Biden sudahpun mengisytiharkan perintah darurat.

Dalam keadaan darurat, kerajaan Louisiana boleh mengetepikan undang-undang supaya dapat menyelamatkan nyawa orang ramai.

Cuma satu saja masalah dengan Taufan Ida. Ia bertambah kuat secara tiba-tiba. Asalnya Kategori 1 (119-153 km/j) saja. Sebelum kena Louisiana, Taufan Ida tiba-tiba menjadi Kategori 4 (209-251 km/j). Yang bagusnya, Taufan Ida tidak kekal Kategori 4 selamanya. Kesannya masih ada… cuma kurang teruk untuk dibandingkan dengan Taufan Katrina dulu.

Seperti biasa, bekalan elektrik akan terputus. Pada hari pertama, 600,000 orang di New Orleans terpaksa bergelap (McAuley, 2021).

Pihak tentera perlu turun padang untuk mengosongkan semua hospital terjejas akibat masalah bekalan elektrik ini (Holcombe, et al., 2021). Usaha baik pulih sedang berjalan dan dijangka mengambil masa selama beberapa minggu (Aaro, 2021).

Masalahnya, ramai terkandas di rumah masing-masing yang sudah ditenggelami air (Levenson, 2021). Mereka berteduh di bahagian bumbung, seolah-olah menghitung hari sahaja andainya air tidak surut.

Jumlah kerosakan dijangka mencecah AS$15 bilion di negeri Louisiana sahaja.

Membuka Mata

Hentaman Taufan Ida memberi pengajaran sangat bermakna kepada rakyat Amerika Syarikat yang masih terpengaruh dengan agenda lama. Ia berlaku pada timing yang sangat baik. Sementara pentadbiran Joe Biden dihina pembangkang kerana isu Afghanistan.

Padahal ramai dalam kalangan Republikan tahu punca masalah Afghanistan hari ini adalah kerana Donald Trump (Schake, 2021). Datangnya Taufan Ida seolah-olah mengingatkan semua yang rakyat Amerika Syarikat sendiri masih belum terbela.

Mengambil iktibar daripada Taufan Katrina, situasi sekarang bukan setakat kerosakan infrastruktur sahaja. Kesan kesihatan jangka panjang adalah jauh lebih serius. Air yang kotor bukan senang dibersihkan.

Terlepas peluang membeli buku kami pada harga RM 20 sebelum ini? Jangan risau! Promosi RM 20 satu buku kembali lagi termasuk buku terbaru kami Srivijaya. Jom beli di: https://shp.ee/a7hiexq

Inilah realiti yang pentadbiran Amerika Syarikat sekarang sedang memberikan tumpuan. Buka saja berita sekarang – semua pasal Taufan Ida. Dan taufan ini sudah meninggalkan Louisiana, baru selesai pukul Mississippi – dijangka akan mula membadai Tennessee.

Setakat ini lima orang sudah meninggal dunia kerana Taufan Ida. Dalam kalangan lima ini, kematian seorang warga emas berumur 71 tahun adalah yang paling menyayatkan.

Berlaku pada 31 Ogos, lelaki ini sedang menyeberangi air banjir sebelum diserang seekor alligator yang membahamnya sampai mati di hadapan isterinya sendiri.

Inilah benda yang paling menggerunkan. Kerana bala air kadangkala tidak turun dari langit. Ia ada dalam air sendiri. Dan mangsanya adalah insan yang tidak bersalah, seperti warga emas ini yang tidak tahu menahu.

Semasa Taufan Harvey dulu.

Sedar-sedar tengok lengan terputus sebelum hilang dalam air berkocak.

RUJUKAN:

Aaro, D. (2021, Ogos 30). Ida: At least 1 dead, more than a million customers without power in Louisiana. Fox News.

Hanna, J. (2021, Ogos 25). Parents recall agonizing moments before their 7-month-old twins were killed in Tennessee flooding. CNN.

Holcombe, M., et al. (2021, Ogos 31). Ida left more than 1 million without power, possibly for weeks. And now comes the scorching heat. CNN.

Levenson, E. (2021, Ogos 30). How Hurricane Ida compares to Hurricane Katrina. CNN.

McAuley, A. (2021, Ogos 29). Nearly 600,000 without power, as Hurricane Ida rips through southeast Louisiana. New Orleans Advocate.

Schake, K. (2021, Ogos 28). What Trump’s Disgraceful Deal With The Taliban Has Wrought. The New York Times.

Ruangan komen telah ditutup.