Apa Yang Tak Kena Pada Teori Multiverse Menurut Sains?

1,867

1/ Baru-baru ini, idea mengenai dunia selari (parallel universe) kelihatan kembali menjadi topik perbualan masyarakat. Hal ini mungkin kerana laporan oleh tabloid seperti New York Post, Express dan Daily Star yang mendakwa NASA telah menjumpai bukti kewujudan dunia selari.

2/ Sepertimana yang didedahkan oleh saudara @zamirmohyedin , https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1263499218280255488 salah satu idea asal dunia selari lahir akibat daripada salah satu interpretasi mekanik kuantum yang dipanggil Many World Interpretation.

3/ Many world interpretation merupakan buah fikiran Hugh Everett yang bertitik tolak dari idea Erwin Schroedinger, salah seorang tokoh utama yang memperkenalkan persamaan Schroedinger.

4/ Meskipun Many World Interpretation ini semakin mendapat tempat dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dengan banyak karya fiksyen yang menggunapakai idea ini, namun perlu diingatkan bahawa MWI ini hanyalah satu daripada banyak lagi interpretasi alternatif lain dalam Fizik Kuantum.

5/ Satu lagi kelemahan ketara yang tidak “dinampakkan” kepada masyarakat adalah hakikat bahawa MWI hanya terpakai kepada sistem kuantum (sistem berskala kecil) dan tidak terpakai kepada sistem makro (sistem berskala besar).

6/ Hal ini adalah kerana dalam proses pergerakan dari sistem berskala kuantum pergi kepada sistem berskala makro, ada satu keadaan yang dipanggil Nyahkoherens (Decoherence) di mana sistem kuantum akan kehilangan sifat kuantumnya.

7/ Jadi, mengambil idea kucing Schroedinger yang terkenal kerana ia mampu “hidup dan mati “ dalam keadaan serentak, sebenarnya kucing tersebut tidak mampu “hidup dan mati” kerana nyahkoherens akan menghilangkan sifat superposition tersebut. Kucing tersebut hanya akan jadi “hidup” atau “mati”.

8/ Ada juga sebenarnya kelemahan ketara dalam idea Many World Interpretation ini, salah satunya adalah kerana kita boleh ada pilihan yang pelbagai (infinitely many possible world).

9/ Ayuh, bayangkan perkara ini. Sekiranya anda telah hidup selama 20 tahun, anda telahpun melahirkan berjuta dunia selari berdasarkan kepada penghidupan anda sehari-hari. Hari ini anda nak pakai baju warna apa? Kuning? Hitam? Memakai baju warna kuning akan melahirkan dunia di mana anda pakai baju kuning, dan memakai baju berwarna hitam akan melahirkan dunia selari di mana anda memakai baju berwarna hitam.

10/ Sekarang izinkan saya rumitkan keadaan. Dalam proses untuk anda tercipta (atau lahir), ibu bapa anda perlu terlebih dahulu berkahwin (atau bertemu), bukan?

11/ Melihat pula kepada ibu bapa anda sendiri, mereka berdua ada berjuta-juta pilihan dalam hidup mereka, namun ternyata mereka bertemu satu sama lain. Namun katakan mereka tidak bersama. Hal ini akan melahirkan dunia selari di mana anda tidak wujud sama sekali.

12/ Dan bayangkan, dalam situasi di mana ayah dan ibu anda bertemu, nenek dan atuk bagi ayah dan ibu anda juga perlu bertemu pada awalnya, bukan?

13/ Nah sekarang katakan kepada saya: kemungkinan mana lebih besar? Kemungkinan untuk anda dilahirkan, atau kemungkinan untuk anda tidak dilahirkan?

14/ Hakikatnya adalah kemungkinan untuk anda dilahirkan hanya melalui susur galur ini sahaja – (datuk + nenek) = ayah + ibu = (datuk + nenek)

15/ Ini pula adalah kebarangkalian untuk anda tidak wujud, saya ringkaskan dalam Rajah di bawah:

Datuk + Nenek (sebelah ayah) Datuk + Nenek (sebelah ibu) Hasil
Tidak bertemu Tidak bertemu Ayah dan ibu tidak lahir
Bertemu namun tidak bersama Tidak bertemu Ayah dan ibu tidak lahir
Berkahwin Tidak bertemu Ayah lahir, ibu tidak lahir
Tidak bertemu Bertemu namun tidak bersama Ayah dan ibu tidak lahir
Bertemu namun tidak bersama Bertemu namun tidak bersama Ayah dan ibu tidak lahir
Berkahwin Bertemu namun tidak bersama Ayah lahir, ibu tidak lahir
Tidak bertemu Berkahwin Ayah tidak lahir, ibu lahir
Bertemu namun tidak bersama Berkahwin Ayah tidak lahir, ibu lahir
Berkahwin Berkahwin Ayah lahir, ibu lahir

 

16/ Nah sekarang kalau ikutkan dalam rajah kebarangkalian diatas, kita boleh nampak ada dalam 9 kebarangkalian. hanya 1 sahaja kebarangkalian untuk anda wujud, dan 8 lagi kebarangkalian untuk anda tidak wujud. Dan untuk contoh itu kita hanya pergi kepada datu dan nenek. Kita tak pergi kepada moyang dan generasi lebih tua lagi. Lagi bertambah tak mungkin kita wujud nanti.

17/ Nah, itulah keganjilan MWI dan so called Multiverse. Hakikatnya ia adalah idea yang janggal kalau nak dibincangkan dalam skala yang teramat besar – skala infiniti.

18/ Tambahan: Dr. Strange mampu lihat dalam 1 kemenangan Avengers dari 14 juta kebarangkalian? Bro, 14 juta tu sikit tau kalau nak dibandingkan dengan infiniti.

19/ Oh dan satu lagi sebab kenapa saya rasa MWI ni mengarut adalah sebab ia bukanlah sesuatu yang saintifik dan mampu dicerap. Bak kata Dr Sabine Hossenfelder, multiverse ni sekarang dah jadi satu agama dalam sains, bukan sains sendiri.

20/ Oh, saya kepilkan sekali argument Dr. Sabine untuk anda lebih faham apa yang saya maksudkan.

21/ “The requirement that a hypothesis must be falsifiable is CERTAINLY NECESSARY to make the hypothesis scientific, but not sufficient.”

RUJUKAN:

“Has NASA Found a Parallel Universe ‘Where Time Flows Backwards?’ The Truth Behind the Headlines”, Jamie Carter (2020). Forbes.

https://www.forbes.com/sites/jamiecartereurope/2020/05/21/has-nasa-found-a-parallel-universe-where-time-flows-backwards-the-truth-behind-the-headlines/#760aab22646d

“A Guide to Different Kinds of Parallel Universes”, Paul Harpen (2012). PBS Nova. https://www.pbs.org/wgbh/nova/article/a-guide-to-different-kinds-of-parallel-universes/

“The weirdest idea in quantum physics is catching on: There may be endless worlds with countless versions of you.”, Corey S. Powell (2019).  NBC News

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.