Apa Yang Sedang Jadi Pada Hutan Amazon?

1,256

Hutan Amazon yang dikenali sebagai paru-paru Bumi kerana menyumbang kepada 20% oksigen pada atmosfera dan memerangkap 10% karbon di planet ini telah terbakar seluas beribu-ribu ekar.

Apa punca-puncanya?

1. Kebakaran di hutan Amazon memang sering berlaku secara semula jadi, lebih-lebih lagi pada musim kering (Julai-Oktober). Tetapi kebakaran kali ini amat teruk dengan peningkatan kebakaran sehingga 80% berpunca daripada aktiviti manusia.

2. Menurut NASA, kebakaran ini berpunca daripada kemarau yang teruk yang berpunca daripada aktiviti pembalakan dan pemanasan global.

Kita boleh kata pemanasan global adalah aktiviti semula jadi tapi hakikatnya ia berpunca daripada aktiviti manusia juga.

Apa kesannya setelah hutan Amazon ini terbakar?

1. Langit menjadi hitam sehingga ke Lautan Atlantik, sejauh 3,200 KM.

2. Terlepasnya karbon dioksida 228 mega tan yang akan memberikan kesan buruk kepada lapisan ozon dan hutan-hutan lain di sekitarnya. Bumi akan menjadi semakin panas!

3. Terlepasnya karbon monoksida, gas yang dilepaskan apabila kayu dibakar. Apabila berada pada kepekatan yang tinggi, gas ini sangat berbahaya dan toksik. Gas ini telah merebak sehingga ke kawasan pantai Amerika Selatan.

4. Lembah Amazon yang menjadi habitat 3 ribu spesis haiwan dan timbuhan serta sejuta penduduk asli terancam.

Lembah ini sangat penting dalam memerangkap karbon. Terbakarnya ia menyebabkan turunya perangkap karbon dan terlepasnya banyak karbon secara mendadak.

Menurut Yuval Noah Harari, pada kurun ini, manusia akan berhadapan tiga cabaran utama;

1. Perang/Kuasa Nuklear 
2. Artificial Intelligence 
3. Pemanasan Global

Pemimpin dunia hanya fokuskan 1 dan 2, dan pandang remeh pada yang ke-3. Tiada tindakan serius diambil.

Baru sekarang Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengisytiharkan insiden ini sebagai krisis global untuk dibincangkan di G7 Summit.

Sebelum ini pun saintis telah buat kajian, menanam pokok tidak mampu lagi kurangkan pemanasan global kerana apa? Kerana pokok tidak dapat hidup lama akibat kepekatan karbon yang tinggi. Bayangkan ‘paru-paru’ yang kita ada telah pun terbakar. Climate change is getting worse.

Takziah penduduk Bumi.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.