Apa Yang Kita Perlu Tahu Mengenai US Government Shutdown?

50

Topik politik dunia yang paling hangat sekarang tidak lain “government shutdown” di US.

Government shutdown ni fenomena unik di US. Berlaku apabila bajet kerajaan tak diluluskan oleh Kongres. Kongres ni dewan perundangan, macam parlimen kita lah, cuma bezanya, kat US kerajaan dan Kongres terdiri dari orang yang berbeza, dan selalunya parti yang kawal Kongres tak sama dengan parti Presiden (kalau sama pun, tak semestinya ahli Kongres ni kena setuju dengan RUU yang diusulkan oleh Presiden).

Jadi apabila Kongres menolak bajet yang diusulkan oleh Presiden, maka kerajaan tak ada duit. Kalau tak ada duit, nak belanja untuk meeting tak boleh, nak buat procurement tak boleh, kalau staf kerajaan bekerja pun tak dapat gaji, maka tutup kedai lah.

Government shutdown kali ini memecah rekod shutdown ketika zaman Clinton (Disember 1995 – Januari 1996) yang bertempoh 21 hari. Waktu tu Kongres dikawal oleh Republikan golongan “fiscal conservative” yang membantah kerajaan berhutang, jadi mereka tak luluskan bajet Clinton yang memberi banyak hutang, government shut down.

Bila shutdown, tak ada staf kerja kat White House, kecuali intern tak berbayar macam Monica Lewinsky. Cerita seterusnya korang tahu lah macam mana.

Shutdown kali ini bermula 22 Disember 2018, sekarang dah masuk hari ke-24. Puncanya, Trump bajetkan 5.7 bilion untuk pembinaan tembok sempadan US-Mexico yang dijanjikan semasa kempen.

Kongres yang dikuasai oleh Demokrat tak nak luluskan part tu, minta Trump keluarkan. Trump tak nak, maka jadi deadlock. Kerajaan US tutup kedai.

Mula-mula staf kerajaan tak rasa sangat sebab musim cuti Krismas dan tahun baharu. Tapi Jumaat lepas tu payday, sekali dia orang tengok paycheck, $0, gaji tak masuk! Babeng betul, maka mulalah orang menyumpah Trump. Demokrat pun kena tempias sekali.

Dalam isu pembinaan tembok ni Trump tak nak berkompromi, malah dia play victim blame Demokrat menimbulkan masalah, tanya Demokrat tak kesian ke kat staf kerajaan. Bagi lah kat aku bajet untuk membina tembok, kalau tak nak melihat staf kerajaan hidup merana.

Sebelum nak marah Trump, ketahuilah bahawa ini merupakan “art of the deal” Trump, ini semua taktik perundingan je. Cuma macam tak berapa sesuai je dalam keadaan macam ini. Malah Trump dah cancel trip ke World Economic Forum 22 Januari nanti, maksudnya dia ready untuk shutdown lagi lama demi memaksa Demokrat kompromi.

Shutdown kali ini tidak akan jadi kali terakhir dalam sejarah US. Sistem politik US yang cacamarba ni sebenarnya melemahkan keberkesanan kerajaan dan sekali gus melemahkan kuasa US berbanding negara autokratik seperti China. China nak bina jalan sebulan boleh siap, tapi kat US Kongres kena berdebat sampai government shutdown, 20 tahun pun tak mampu nak luluskan bajet untuk membina jalan.

Francis Fukuyama melihat sistem politik US ni umpama “vetocracy”, veto je kerja politikus. Sebab itu orang ramai fed up dengan sistem sedia ada dan harap Trump boleh ubah sistem tersebut. Kalau Trump berjaya break deadlock sekarang, dia akan dilihat sebagai hero; kalau lagi banyak drama, maka Trump sekali dia orang rasa fed up.

Kenapa Trump obses sangat dengan tembok tu? Masalah besar ke pendatang Mexico ni? Hah yang tu aku bagitau lain kali. Saspen baru best. Ni pun tulis sesaja untuk memastikan otak tak shutdown.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.