Sekitar beberapa dekad sekali, Bumi dihentam oleh ribut suria (solar storm) yang menyebabkan gangguan elektrik di Bumi.

RIbut suria yang berlaku pada tahun 1882 dan 1921 telah mengakibatkan perkhidmatan telegraf tidak berfungsi & banyak perkakas elektrik terbakar.

Bumi mempunyai medan magnet yang melindungi penghuninya daripada angin solar berbahaya. Tanpa medan ini, Bumi akan kering kontang & tidak dapat dihuni seperti Marikh. Marikh pun pada asalnya berkeadaan seperti Bumi tetapi kehilangan medan magnetnya menjadikannya seperti hari ini.

Angin suria bertukar menjadi ribut apabila jumlah tompok Matahari tinggi kerana ia melepaskan plasma yang banyak bersama medan magnetnya.

Kejadian ini ganggu medan magnet Bumi & cetuskan Geomagnetically Induced Currents (GIC). Seterusnya ganggu bekalan kuasa & elektrik di Bumi.

Ribut suria paling dahsyat pernah berlaku adalah ketika tahun 1859. Tetapi pada masa itu kita belum ada rangkaian komunikasi, belum ada bekalan dan grid kuasa elektrik. Kalau kejadian ini berlaku pada zaman ini, bekalan elektrik di seluruh dunia akan putus, internet pun putus.

Beberapa kejadian ribut suria dahsyat pernah berlaku sebelum ini. Pada tahun 1972, ribut solar telah menagkibatkan gangguan elektrik, rangkaian komunikasi & satelit di seluruh Amerika utara serta mengakibatkan meletupnya beberapa peranti letupan.

Ribut suria paling dahsyat pernah berlaku adalah ketika tahun 1859. Tetapi pada masa itu kita belum ada rangkaian komunikasi, belum ada bekalan dan grid kuasa elektrik. Kalau kejadian ini berlaku pada zaman ini, bekalan elektrik di seluruh dunia akan putus, internet pun putus.

Beberapa kejadian ribut suria dahsyat pernah berlaku sebelum ini. Pada tahun 1972, ribut solar telah menagkibatkan gangguan elektrik, rangkaian komunikasi & satelit di seluruh Amerika utara serta mengakibatkan meletupnya beberapa peranti letupan.

Pada tahun 1989, ribut suria mengakibatkan 6 juta penduduk tiada bekalan kuasa selama 9 jam. Aurora muncul menghampiri kawasan katulistiwa (pelik sebab aurora hanya muncul di kutub utara dan selatan).

Sekiranya kita perhatikan kejadian ini, ia berlaku sewaktu bilangan tompok Matahari tinggi pada kitaran tersebut. Ada waktu Bumi terlepas dari dihentam ribut suria seperti pada tahun 2012. Kesannya tidak seragam di seluruh dunia. Negara yang tinggi latitud lebih berisiko.

Walaupun ia hanya berlaku pada sesetengah kawasan, zaman dulu mungkin tidak terkesan sangat. Amerika terkesan, Malaysia masih selamat. Tetapi sekarang adalah zaman internet. Kabel pasang berhubung dengan banyak negara.

Pada tahun 2008, kabel internet pernah terganggu dan mengakibatkan gangguan di seluruh Timur Tengah, India hinggalah ke Singapura dan Indonesa.

Penyelidik yang menulis kertas kajian ini menekankan sekiranya ribut suria ini berulang lagi, Internet Apocalypses akan berlaku & beliau mencadangkan persediaan untuk berhadapan dengan kejadian ini kelak.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.