Sejak kes pertama timbul pada 31 Disember 2019, wabak yang dikenali sebagai Coronavirus yang berasal daripada Wuhan, China telah membvnuh 17 orang sementara 450 lagi dijangkiti. Wabak yang turut dikenali dengan nama 2019-nCoV ini telah mula masuk ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan. Namun pada Selasa lepas, Amerika Syarikat telah mencatat kes pertama wabak ini.

Berdasarkan satu kertas kajian yang diterbitkan oleh Journal Of Medical Virology, wabak yang sedang melanda China ketika ini berpunca daripada daging binatang yang dijual di sebuah pasar eksotik di Wuhan. Kertas penyelidikan itu turut menyebut kes penyebaran wabak ini berlaku di antara binatang ke manusia dan mula berjangkit dari orang ke orang. Pasukan penyelidik berpandangan wabak ini berkemungkinan bermula dari ular kepada manusia.

Tetapi para saintis berpandangan wujud hubungan yang tidak diketahui berkenaan virus ini dengan sejenis hidangan eksotik tapi dinikm4ti secara meluas di China iaitu sup kelawar. Ini berdasarkan rakaman-rakaman membabitkan orang ramai menikmati sup kelawar timbul di laman media sosial China. Dalam satu kenyataan menerusi akhbar South China Morning Post, para saintis berkata, “Hos asal virus korona Wuhan berkemungkinan kelawar… tetapi antara kelawar dengan manusia, wujud perantara yang tidak diketahui.”

Pada Rabu lepas, jabatan kesihatan China telah mengenalpasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini berikutan wujud penjualanmembabitkan daging haiwan eksotik. Antara haiwan-haiwan yang terdapat di pasar basah di tengah-tengah bandar Wuhan ini ialah musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

Kerajaan China sebelum ini telah mengharamkan penyeludupan beberapa spesies haiwan liar. Manakala dalam kes-kes tertentu, penjual perlu mempunyai lesen khas. Tetapi peraturan tersebut dilonggarkan sekiranya spesis haiwan yang dijual digunakan untuk tujaun komersial.

Atas pelbagai sebab, warga China lebih suka mendapatkan bekalan daging yang segar dari pasar basah berbanding mengambilnya dalam bentuk sejuk beku atau yang telah disejukkan selepas dis3mbelih sebelum dihantar ke pasaraya. Dan ini menjelaskan mengapa Beijing bergelut menangani masalah penyebaran penyakit seperti SARS, H1N1 dan terbaru, virus korona Wuhan.

Ini berlaku berikutan penyimpanan makanan segar melalui kaedah penyejukan hanya dibuat secara meluas sejak beberapa tahun lepas. Tetapi di kawasan luar bandar, peti sejuk masih dianggap satu barangan mewah bagi penduduk. Justeru bagi mereka terutama generasi lama, daging segar terus menjadi pilihan di sebalik risiko penyakit yang timbul.

Dan hari ini, China mengumumkan melaksanakan perintah berkurung di Wuhan sebagai sebahagian daripada usaha mengekang penyebaran virus korona itu. Pihak berkuasa menggantung semua hubungan pengangkutan dari bandar berkenaan termasuk sistem pengangkutan awam, stesen keretapi dan lapangan terbang. Bandar berhampiran seperti Huanggang turut mengambil langkah sama hari ini.

Walau bagaimanapun, sesetengah warga media sosial China menyifatkan langkah tersebut sebagai terlambat dan ada juga yang mempersoalkan mengapa sambutan keraian seperti jamuan Tahun Baru Cina di Wuhan dibenarkan diadakan beberapa hari sebelum kerajaan mengumumkan virus korona boleh berjangkit dari manusia ke manusia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus ‘memuji’ langkah yang diambil oleh kerajaan China dalam memastikan pengawalan wabak tersebut. Sebuah jawatankuasa WHO telah bertemu pada Rabu lepas bagi mengusulkan cadangan bagi mengisytiharkan darurat bagi peringkat antarabangsa. Ini termasuklah menguatkuasakan sekatan perjalanan antarabangsa.

Tetapi setakat ini, belum ada keputusan masih dibuat sama ada hendak menguatkuasakan sekatan perjalanan antarabangsa atau tidak. Ini kerana menurut Ghebreyesus, beliau mahu mengambil kira semua faktor dan maklumat yang dibentangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

RUJUKAN:

1. Nazirmuddin, Aiman. (2020). China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus. The Vocket. https://www.thevocket.com/china-kuarantin-wuhan-pasar-basah-jual-produk-eksotik-didakwa-punca-tular-virus/

2. Parker, Emma dan Lo, Tiffany. (2020). Coronavirus blamed on bat soup as pics emerge of people eating the Chinese delicacy. Daily Star. https://www.dailystar.co.uk/news/world-news/scientists-blame-coronavirus-bats-pics-21337997

3. Kuo, Lily. (2020). Coronavirus: panic and anger in Wuhan as China orders city into lockdown. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2020/jan/23/coronavirus-panic-and-anger-in-wuhan-as-china-orders-city-into-lockdown

4. Standaert, Michael. (2020). Appetite for ‘warm meat’ drives risk of disease in Hong Kong and China. The Guardian. https://www.theguardian.com/environment/2020/jan/23/appetite-for-warm-meat-drives-risk-of-disease-in-hong-kong-and-china

5. Boseley, Sarah. (2020). Coronavirus: WHO steps back from declaring public health emergency. The Guardian. https://www.theguardian.com/science/2020/jan/22/coronavirus-who-steps-back-from-declaring-public-health-emergency


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.