Melalui drama sageuk (sejarah) Korea, kita dapat tahu:

• Pakaian rasmi raja Joseon (Dragon Robe) warna merah, putera mahkota warna biru gelap.

• Pakaian rasmi raja Goryeo ada macam-macam warna.

• Pakaian eunuch (sida-sida) warna hijau zamrud.

• Raja Goryeo boleh ada beberapa permaisuri dalam satu masa.

• Raja Joseon ada satu permaisuri dalam satu masa. Isteri lain berpangkat concubine (gundik).

• Anak raja Goryeo boleh berkahwin sesama sendiri, asalkan berlainan ibu.

• Semua perempuan bekerja dalam istana adalah milik raja, dan hanya boleh pandang seorang lelaki sahaja iaitu raja.

• Setiap hidangan kepada raja, permaisuri, putera / puteri akan dicuba oleh court lady (istanawati / dayang) terlebih dahulu di hadapan mereka bagi memastikan ia selamat daripada racun.

• Ada pas masuk istana yang diberikan kepada pekerja berjawatan atas dan orang-orang tertentu sahaja. Pas ini diperbuat daripada kayu dan dianugerahkan oleh raja sendiri.

• Bukan senang untuk masuk menghadap raja. Apabila dapat peluang pun, tidak semua diberi melihat wajah raja – ada tabir direntangkan. Jadi, rakyat memang tidak kenal wajah raja dan seluruh keluarganya.

• Court lady dilatih sejak seawal usia 4 tahun dan komited untuk tidak berkahwin. Mereka duduk di dalam istana. Melakukan kerja-kerja halus seperti memasak dan menjahit.

• Court lady dipilih daripada keturunan noble (bangsawan). Manakala water maid (hamba yang buat kerja kasar seperti mencuci dsb) adalah daripada keturunan orang kebanyakan. Mereka boleh berkahwin dan duduk di luar istana.

• Court lady dan water maid kedua-duanya boleh ‘naik pangkat’ menjadi gundik ikut sesuka hati raja. Gundik boleh naik pangkat menjadi permaisuri.

• Baju tidur orang istana semuanya desain yang sama dengan baju harian, hanya berwarna putih keseluruhannya.

Foto: Salah satu deskripsi kostum istana di seksyen drama sejarah di MBC World. Ini pakaian Jang Geum semasa masih dalam latihan sebagai Court Lady.

Nota Editor: Artikel dinaikkan semula ke laman web. Artikel adalah atas ehsan Azzah Abdul Rahman. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply