Apa Yang Berlaku Di Indonesia?

2,701

https://bit.ky/kombowww

Aku tak berapa nak komen sangat sebab aku stan Jokowi, dan rusuhan ini memberi mesej anti Jokowi (gurau je, jangan pembaris pulak).

Puncanya: Dewan Perwakilan Rakyat (parlimen Indonesia) pada Isnin lepas telah meluluskan “Omnibus Law” Rang Undang-Undang (RUU) Cipta Kerja.

Omnibus ni bukan bas kat Taiping tu, tapi istilah undang-undang. Omnibus Law bermaksud RUU yang pinda banyak undang-undang sekali gus.

RUU Cipta Kerja ni pinda banyak undang-undang demi mewujudkan sistem yang lebih “mesra pelabur” (investor-friendly).

Kenapa nak buat macam tu? Sebab kan Jokowi ada cita-cita nak jadikan Indonesia sebuah economic powerhouse.

Tapi masalah dengan Indonesia, ekosistem pelaburan dia masih tak cukup bebas berbanding Singapura, kita atau Thailand.

Kalau tengok ranking “Ease of Doing Business Index”, Singapura duduk tangga ke-2, Malaysia ke-12, Thailand ke-21.

Indonesia? No. 73, lagi bawah dari Vietnam (70).

Susah lah macam ini. Kalau tak ada “ease” nak buat business, pelabur tak masuk. Bila pelabur tak masuk, macam mana nak bina kilang, menjana peluang pekerjaan, melonjakkan keluaran ekonomi?

So sementara COVID membawa krisis pekerjaan, kerajaan Jokowi telah meluluskan RUU Cipta Kerja ni. Jokowi nampak alasan kukuh untuk buat undang-undang ini sebab rakyat memerlukan pekerjaan sekarang.

Peluang pekerjaan dicipta dengan membuat perubahan undang-undang yang akan memudahcarakan para pelabur untuk buka perniagaan di Indonesia.

Secara jujur, aku tak go through RUU tu dengan teliti (sebab tu aku tak berapa nak komen, tak nak jadi palatao). 1028 muka surat beb.

Tapi aku sempat baca ada satu fasal tentang cuti. Dalam Undang-Undang Ketenagakerjaan yang lama, ada dua jenis cuti: cuti 1 hari atau cuti 2 hari dalam seminggu.

Tapi dalam RUU Cipta Kerja yang diluluskan, cuti 2 hari dah tak ada.

Dengan perubahan lain kepada sistem gaji minima, kontrak tetap bagai, maka golongan pekerja anggap ini satu penindasan. Semua pakat mogok dan demo.

Diorang punya marah sampai panggil RUU tu RUU Cilaka (singkatan CIpta LApangan KArya). Kreatif siot.

Tapi kalau ikut cakap pak menteri, sebenarnya ada salah faham, bukan dilaksanakan dalam semua sektor bagai. Golongan pro-kerajaan pun kata banyak maklumat yang disebarkan adalah “hoax” (palsu), direka-reka oleh pembangkang dan pihak berkepentingan.

Benda macam ni pun bukan baru. Dulu kat UK 1980-an pun ada protes besar-besaran menentang pelan penswastaan Margaret Thatcher. Thatcher lawan perusuh dengan cara yang keras, maka dapat gelaran Iron Lady, dan UK berjaya jadi negara pasaran bebas yang lebih berdaya saing.

Tapi kalau Jokowi nak ikut cara Thatcher, maka nama dia sebagai pejuang demokrasi akan rosak (tapi sebenarnya nothing to lose pun, ni penggal terakhir dia). Kalau dia tak keras, mungkin dia terpaksa tunduk kepada bantahan rakyat, maka dia tak mampu nak reform sektor pelaburan negara.

Itulah dilema yang wujud sekian lama antara hak pekerja dan keperluan pemodal. Kerajaan yang mesra pemodal selalu digelar “pro-kapitalis”, yang mesra pekerja digelar “pro-sosialis”. Susah nak capai keseimbangan antara dua ekstrim ini. Belum lagi campur isu alam sekitar lagi.

Indonesia zaman Sukarno pro-sosialis, Suharto pro-kapitalis. Jokowi datang dari Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) yang diasaskan oleh anak Sukarno (Megawati Sukarnoputri), so ramai expect dia lebih pro-pekerja.

Insiden kali ini membuat ramai kecewa terhadapnya. Partai Demokrat pula muncul sebagai pendukung hak pekerja, walaupun Partai Demokrat dulu kena cop “neolib”.

Kita mungkin susah nak faham istilah kapitalis, neolib semua ni sebab politik kita tak berpaksikan soal political economy. Kebanyakan kita tak ada basic idea tentang kapitalisme, sosialisme semua tu.

Kalau tak sangka baik, Jokowi ni kena control dengan kapitalis (yang bersarang dalam Parti Golkar). Kalau sangka baik, Jokowi pun sebenarnya nak Indonesia maju dengan cepat je

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.