Teknologi. Bukan senang untuk buat benda baru, tetapi dalam sekejap boleh menjadi milik semua.

Itulah lumrah bagi teknologi, selalunya untuk menambahbaikkan prasarana sedia ada.

Dulu manusia menunggang kuda dan bergantung pada angin. Perubahan teknologi menyaksikan kereta dan pesawat menjadi pengangkutan utama.

Tetapi seramai mana tahu nama Frederick Bremer (pencipta kereta berpetrol pada tahun 1982) dan The Wright Brothers? Yang orang ingat sekarang hanya jenama dan jenis sahaja.

Tetapi dewasa ini, nama China sering diburukkan Amerika Syarikat. Katanya kerajaan Beijing sedang mer0mp4k teknologi yang penat Amerika Syarikat usahakan (Reuters, 2020).

Robert Lightizer yang merupakan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat menganggarkan jumlah kerugian antara AS$225 bilion ke AS$600 bilion setiap tahun (Ferry, 2019). Jadi persoalannya: apa yang China buat sebenarnya.

Pertama sekali, ada banyak beza antara “perubahan teknologi” dan “r0mp4kan teknologi”. Benar, Bremer menciptakan kereta berpetrol pertama. Tetapi hasil ciptaannya Bremer adalah seperti berikut:

Kereta-kereta zaman sekarang pula jauh berlainan, kerana setiap jenama berusaha dengan gigih dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Jadi BMW mempunyai keluaran sendiri, yang tidak sama untuk dibandingkan dengan Mercedes Benz.

Industri kereta pun telah dibahagikan kepada beberapa kelas seperti:

  • Kereta Mikro – 2018 Aixam Crossline
  • Segmen A (Minicompact) – Perodua Axia/Bezza | Proton Saga dsb.
  • Segmen B (Subcompact) – Honda BR-V
  • Segmen C (Compact) – Ford Focus
  • Segmen D (Mid-Size) – Honda Accord
  • Segmen E (Full-Size) – Dodge Charger
  • Segmen F (Luxury Saloon) – BMW 7

Sebarang persamaan antara jenama pengeluar pun mungkin atas inspirasi atau ada perjanjian ‘rebadging’ seperti Honda Accord/Proton Perdana dan Daihatsu Sirion/Perodua Myvi.

Bezza pula ialah kereta pertama yang direka Perodua sendiri, dengan kepakaran bahagian “Design and Styling” bimbingan Muhamad Zamuren Musa.

Sekarang bayangkan jika jenama kereta China meniru Bezza dari kulit ke tulang. Tentu sekali Perodua bising.

Itulah sebenarnya apa yang sedang berlaku antara Amerika Syarikat dan China. Pada April 2018, seorang agen perisikan China bernama Xu Yanjun tiba di Belgium bagi pihak Syarikat Penerbangan Komersil China (COMAC).

Beliau sepatutnya bertemu dengan seorang jurutera General Electric (Amerika Syarikat). Yanjun percaya jurutera ini akan menjual teknologi penerbangan sulit GE. Tetapi Yanjun dib3rk4s dan terus dipenj4r4kan Belgium (AP & Reuters, 2018).

Teknologi ini dijangka boleh membantu pembangunan sebuah pesawat iaitu C919 untuk bersaing dengan Airbus dan Boeing.

Tetapi sejak melancarkan Program C919 pada tahun 2008, COMAC masih berdepan dengan banyak masalah (Qiu & Hepher, 2020).

Sepatutnya COMAC membikin teknologi sendiri untuk melengkapkan pesawat (atau bekerjasama demi kebaikan kedua-dua pihak). Tetapi COMAC mencari jalan pintas demi kepentingan sendiri.

Dengan jelas, ini merupakan suatu anc4m4n paling besar bagi Amerika Syarikat. Yanjun bukan satu-satunya orang dib3rk4s atas alasan ini.

Christopher Wray yang mengetuai FBI melancarkan lebih 1,000 siasatan dengan 43 orang sekurang-kurangnya dib3rk4s dalam dua tahun antara 2019 hingga 2020 (Reuters, 2020).

Malah ini juga bukan suatu masalah baharu. Menurut Laporan Cox, China didapati telah menj4r4h maklumat sulit Amerika Syarikat mengenai semua senj4t4 nuklear dalam negara.

Ini terjadi pada tahun 1999. Sehingga hari ini, China telah mer0mp4k maklumat sulit mengenai W-56 Minuteman II, W-62 Minuteman III, W-76 Trident C-4 dan banyak lagi.

Dengan kemajuan teknologi siber, s3r4ngan China dirancakkan lagi sampai ingin menutup mulut pun. Pada tahun 2013 misalanya, The New York Times digodam kerana mengkritik Wen Jiabao (Perlroth, 2013).

Maka tidak peliklah kenapa White House dan Pentagon marah.

RUJUKAN:

AP & Reuters. (2018, Oktober 10). Senior Chinese official (ditapiskan) with (ditapiskan) US trade secrets. The Guardian.

Ferry, J. (2019, Disember 16). How China (ditapiskan) an Entire Airplane. Industry Week.

Perlroth, N. (2013, Januari 30). Hackers in China (ditapiskan) The Times For Last 4 Months. The New York Times.

Reuters. (2020, Februari 6). China (ditapiskan) of technology is biggest law enforcement (ditapiskan) to US, FBI says. The Guardian.

Qiu, S., & Hepher, T. (2020, Januari 10). China’s bid to challenge Boeing and Airbus falters. Reuters.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.