Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada MH17?

40,972

Masihkah anda ingat kejadian di mana kapal terbang milik Malaysian Airlines ditembak jatuh semasa berada di ruang udara negara yang sedang aktif lagi berperang di antara satu sama lain. Semasa itu, negara kita masih lagi sibuk menyiasat dan membicarakan tentang peristiwa kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac 2014. Namun, sekali lagi kita dikejutkan dengan peristiwa yang melibatkan pesawat model yang sama milik malaysian Airlines, yang sebelum itu merupakan antara salah sebuah syarikat penerbangan yang paling selamat di dunia.

Akhbar The Star bertarikh 18 Julai, 2014 – The Star Malaysia

Mauduk rencana kali ini membicarakan tentang peristiwa yang melanda pesawat MH17 serta apakah sebenarnya yang berlaku disebalik kejadian ini. Apabila pembacaan saya diperincikan mengenai kes ini, serta perbualan dengan beberapa sahabat yang berada di dalam industri penerbangan, saya mendapati bahawa kemusnahan pesawat ini sebenarnya hanyalah the tip of the iceberg. Persengketaan, penipuan, sifat tidak mengaku dan orang yang melakukannya tidak dikenakan tindakan setimpal sedikit sebanyak memberitahu kita bahawa nilai kemanusiaan dan harga satu nyawa itu telah menjadi terlalu rendah.

Semuanya bermula dengan keengganan Presiden negara Ukraine iaitu Presiden Viktor Yanukovych untuk menandatangani persetujuan dengan untuk Ukraine masuk di bawah European Union (EU) atau Kesatuan Eropah pada 21 November 2013 kerana dia inginkan perhubungan yang lebih kuat dengan Russia. Sebuah organisasi politik tidak bersetuju dengan tindakan presiden ini, dan sebagai tanda bantahan, mereka memulakan misi untuk menggulingkan presiden Ukraine. Gelombang demi gelombang rusuhan ini digelar sebagai Euromaidan yang bermaksud European Square, yang merupakan tempat mereka melakukan rusuhan.

Ada sumber menyatakan bahawa keputusan yang diambil oleh Presiden Viktor ini adalah kerana dia ditekan oleh kerajaan Russia untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut manakala Presiden Russia pula, Vladimir Putin menuduh European Union mengugut Presiden Viktor untuk menandatangani persetujuan untuk Ukraine berada di bawah EU. Apa pun, rusuhan ini menjadi semakin lama semakin teruk di mana ribuan perusuh mula membanjiri European Square.

Rusuhan Menentang Keputusan Presiden Viktor – BBC News/Reuters

Demonstrasi dilakukan pada malam hari tersebut secara terus menerus sehinggalah Presiden Viktor akhirnya bersetuju untuk menandatangani persetujuan untuk menyertai EU dan bimbang akan keselamatan dirinya, beliau pada keesokan harinya keluar daripada Kyiv (Kiev), iaitu ibu negara Ukraine menuju ke Kharkiv kerana keretanya ditembak. Daripada Kharkiv, dia menuju ke Crimea dan akhirnya keluar daripada negara Ukraine.

Walau bagaimanapun, keputusan Presiden Viktor untuk tunduk kepada perusuh itu pula menimbulkan masalah kerana terdapat ribuan orang yang pada awalnya menyebelahi Presiden Viktor dan mahukan Ukraine tidak masuk ke bawah Kesatuan Eropah. Daripada situ, muncul pula beberapa kumpulan puak pemisah yang membantah keputusan tersebut. Kumpulan ini dinamakan sebagai pro-Moscow atau pro-Russian (pro-Russia separatist).

Melihatkan keadaan politik Ukraine semakin buruk, daripada situlah, protes yang bermula dengan aman di antara kedua belah pihak ini ini berakhir dengan peperangan dan menyebabkan kemalangan jiwa bermula pada tahun 2014. Pergolakkan negara ini menjadi hangat sehingga mencetuskan peperangan yang bermula pada bulan Mac 2014.

Pro-Russian Separatist

Negara Russia, yang melihat peluang terbuka luas untuk mereka mengambil alih negara ini mulai menghantar tenteranya je Crimea pada bulan Mac 2014 dan berjaya menawannya dengan mudah. Bukan itu sahaja, mereka dikatakan (allegedly) membantu kumpulan ini daripada segi persenjataan dan kewangan di mana sebulan kemudian, kumpulan pro-Russian yang pada awalnya hanyalah orang awam tanpa mempunyai apa-apa senjata untuk menentang tentera kerajaan Ukraine kini menjadi satu kumpulan militan.

Kumpulan Militan yang tinggal di sekitar bandar Donbass mula mengambil alih 2 bandar yang bernama Luhansk dan Donetsk serta mengumumkan kemerdekaan mereka daripada Ukraine. Mereka menubuhkan kerajaan sendiri dan mempunyai menteri-menteri kabinet yang ‘rasmi’.

Kerajaan Ukraine yang baru, walau bagaimanapun mulai menghantar tentera mereka untuk mengambil alih semula 2 bandar ini. Pertempuran di antara tentera Ukraine dan pergerakkan Pro-Russia Separatist ini mula menjadi hangat. Bantuan peralatan ketenteraan disalurkan secara terus menerus oleh Russia walaupun mereka menidakkannya melanjutkan lagi peperangan ini. Terdapat banyak konflik demi konflik yang telah mengorbankan ribuan nyawa di mana majoriti daripadanya adalah orang awam.

Laman Web Pelancongan menunjukkan kawasan yang boleh dilawat (kuning) dan kawasan yang amat berbahaya untuk dilawat (merah) – Australia Smart Traveller

Laman Web Pelancongan menunjukkan kawasan yang boleh dilawat (kuning) dan kawasan yang amat berbahaya untuk dilawat (merah) – Australia Smart Traveller

Konflik ini menjadikan sempadan di antara ‘negara’ Donetsk dan Luhansk dengan Ukraine dipenuhi oleh ramai tentera dairpada kedua-dua belah pihak, sehingga menjadi salah satu kawasan yang paling padat dipenuhi dengan tentera, iaitu lebih kurang 100,000 orang yang sering berbalas tembakan.

Strategi Ukraine yang dituduh seringkali berlindung di sebalik pesawat komersial – News Online, Screenshot taken from Vice News Youtube Channel

Sekarang, mari kita ke lebih kurang sebulan sebelum kejadian, iaitu pada 22 Jun 2014 di mana temuramah di antara wartawan daripada News Online bersama salah seorang wanita yang merupakan pejuang Pro-Russian separatist yang bernama Yelena Kalenkina. Berikut adalah kata-katanya yang telah saya terjemahkan kepada bahasa Melayu:

Strategi Ukraine yang dituduh seringkali berlindung di sebalik pesawat komersial – News Online, Screenshot taken from Vice News Youtube Channel

“Apabila sebuah pesawat awam sedang melintasi ruang udara, pasti akan ada beberapa buah pesawat pejuang milik tentera udara Ukraine di belakangnya (untuk mendapatkan perlindungan). Pesawat ini kemudiannya turun pada altitud yang lebih rendah dan menjatuhkan bom pada tempat tinggal orang awam”.

Kenyataan penggunaan taktik civilian shield ini walau bagaimanapun dibantah oleh pihak tentera Ukraine sendiri. Katanya, Yelena Kalenkina dan Pro-Russian Separatist ini menabur fitnah demi mewujudkan satu bentuk propaganda untuk memburukkan kerajaan Ukraine di mata dunia.

Pada 12 Julai, beberapa hari sebelum tragedi melibatkan pesawat Malaysian Airlines berlaku, sebuah kompleks apartment yang terletak di Snizhne, Ukraine telah dibom oleh sebuah pesawat pejuang, dan tidak diketahui oleh siapa memandangkan kedua-dua pihak tidak mahu mengaku dan menuding jari kepada satu sama lain.

Keadaan Kompleks Apartment di Snizhne, Ukraine – BBC News

Pengeboman tersebut meranapkan kompleks apartment dan mengikut kepada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Ukraine, mereka menyatakan bahawa pengeboman tersebut meragut 11 nyawa orang awam, di mana salah seorang daripada mangsa yang terkorban adalah seorang kanak-kanak lelaki. 6 buah kawah terbentuk daripada serangan udara tersebut.

Pesawat An-26 Milik Ukrainian Air Force Ditembak Jatuh pada 14 Julai, 2014 – Wikimedia

Russia menuding jari kepada kerajaan Ukraine yang dikatakan merupakan punca kemalangan ini berlaku. Kerajaan Ukraine pula menafikan kejadian ini, dan menuding jari kepada pihak tentera udara Russia. Mengikut laporan rasmi daripada kerajaan Ukraine, mereka menidakkan pertuduhan ini kerana pada minggu yang sama, mereka baru sahaja kehilangan sebuah pesawat tentera udara, iaitu pesawat Antonov An-26 yang ditembak jatuh dan selepas kejadian tersebut, kerajaan Ukraine menghentikan operasi di ruangan udara negara mereka buat sementara waktu.

BtTjlflIYAAHCxK

Senarai pesawat dan helikopter milik Ukraine (selain pesawat komersial) yang ditembak jatuh – Twitter Myroslava Petsa, BBC News Ukrainian Journalist

Jika kita lihat daripada segi motif, Ukraine memang ada pernah menyebut tentang kawasan penempatan di Snizhne ini yang merupakan kubu kuat puak Pro-Russian separatist. Tetapi, daripada perspektif kerajaan Russia pula, pertuduhan sebegini boleh dijadikan satu isi dan mendedahkan kepada masyarakat dunia supaya menganggap bahawa kerajaan Ukraine ini amat kasar dan tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup membunuh rakyatnya sendiri.

Puak Pro-Russian Separatist tidak boleh kita tuduh dalam isu sebegini memandangkan kawasan tersebut memang dijadikan satu tempat tinggal untuk kebanyakkan puak ini, dan mereka juga tidak mempunyai kelengkapan yang canggih seperti jet pejuang. Jadi, untuk kes ini, terdapat 2 kemungkinan sahaja iaitu yang melakukan perkara tersebut boleh jadi daripada tentera udara Russia ataupun tentera udara Ukraine.

Senarai pesawat dan helikopter milik Ukraine (selain pesawat komersial) yang ditembak jatuh – Twitter Myroslava Petsa, BBC News Ukrainian Journalist

Juga, kes tembakan pesawat An-26 ini juga diselubungi dengan misteri kerana pesawat tersebut berada pada ketinggian 6,500 meter daripada paras laut ketika ditembak jatuh. Hal ini menjadi satu perkara yang penting kerana kelengkapan dan persenjataan milik kumpulan Pro-Russian Separatist daripada segi anti-air yang mereka ada ‘dikatakan’ tidak dapat mencapai pesawat pada ketinggian tersebut, walaupun laporan daripada CBC (lihat gambar di bawah) menyatakan mereka juga mempunyai BUK SAM system yang tersendiri.

Penerangan Jelas Sistem Anti-Udara yang digunakan – Graphic News

Menteri Pertahanan Kerajaan Ukraine menuding jari kepada Russia, mengatakan bahawa kemungkinan yang tinggi kejadian ini boleh berlaku adalah sekiranya orang yang menembak itu menggunakan sistem surface-to-air missile (SAM) yang lebih sofistikated, di mana kemungkinan yang sangat tinggi adalah daripada tentera Russia itu sendiri.

Kejadian ini semakin menjadi kompleks kerana ada beberapa saksi yang tinggal di Snizhne terlihat jet pejuang yang mengebom kompleks apartment tersebut mempunyai logo tentera udara Ukraine. Apa pun, perkara ini sebenarnya merupakan satu titik dan peristiwa yang penting untuk kita fahami mengapakah akhirnya pesawat Malaysian Airlines MH17 ini yang menjadi mangsa.

Seperti yang kita fahami, laluan udara di timur Ukraine telah diharamkan buat beberapa syarikat penerbangan memandangkan tempat tersebut merupakan medan perang yang masih lagi aktif. Pada bulan April tahun itu, International Civil Aviation Organization telah memberi amaran kepada dunia mengenai risiko yang tinggi untuk mana-mana pesawat komersial yang menggunakan laluan merentasi kawasan ini.

Juga, Federal Aviation Administration (FAA) telah melarang mana-mana pesawat melalui ruang udara Crimea dan beberapa kawasan yang dianggap panas memandangkan terdapat banyak insiden di mana pesawat mahupun helikopter milik tentera ditembak jatuh.

Seminggu sebelum kejadian ini berlaku, terdapat lebih kurang 900 pesawat melalui ruangan udara yang dilalui oleh pesawat MH17 ini dalam masa 7 hari. Laluan udara ini dibuka untuk kegunaan pesawat komersil dan MH17 tidak dilihat sebagai sebuah pesawat yang mengingkari arahan ini. Hal ini adalah kerana kerajaan Ukraine telah mengehadkan laluan trafik udara di kawasan ini, tetapi tidak menutupnya.

Ukraine Airspace Restriction yang dipersoalkan oleh DSB

Pada 5 Jun 2014, satu lagi arahan dikeluarkan khusus untuk mana-mana pesawat komersial yang ingin merentasi ruangan udara mereka supaya memastikan bahawa penerbangan mereka perlu berada sekurang-kurangnya pada 7,900 meter dan arahan berikutnya, yang dikeluarkan oleh kerajaan Ukraine pada 14 Julai 2014 mengkehendaki mana-mana pesawat komersial ini supaya berada sekurang-kurangnya pada ketinggian 9,800 meter.

Bukan itu sahaja, kerajaan Ukraine menerima bayaran daripada mana-mana syarikat penerbangan yang menggunakan laluan udara mereka, menyumbang kepada mengapakah mereka membuat keputusan untuk terus menutup ruangan udara mereka walaupun pergolakkan masih lagi berlaku.

Satu lagi informasi yang ingin saya kongsikan adalah pada hari kejadian tersebut, kerajaan Ukraine mempunyai satu perancangan untuk membawa anggota tentera paratrooper menggunakan pesawat AN-26 milik tentera udara mereka. Kebocoran maklumat ini mungkin juga menjadi salah satu penyumbang tentang mengapa hal ini boleh berlaku.

Pada pagi hari kejadian, iaitu 17 Julai 2014, seorang pemberita dan journalist daripada Associated Press dapat mengambil gambar bukti bahawa terdapat sebuah kenderaan tentera milik tentera Russia yang dinamakan sebagai Buk Surface-to-Air Missile System tiba daripada negara Russia kira-kira 3 jam sebelum tembakan dilakukan. Gambar bukti tersebut diambil setibanya kenderaan tersebut di Sninzhe dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia untuk melepaskan tembakan.

Pesawat AN-26 milik Tentera Udara Ukraine – Spotters

Journalist tersebut turut memberitahu tentang lokasi pelancar SAM ini dengan tepat, iaitu di Donetsk Oblast. Selain itu, journalist tersebut mengatakan bahawa kenderaan Buk SAM itu dikawal oleh seorang lelaki yang dikatakan “memakai baju seragam yang pelik serta mempunyai loghat Russia yang pekat” di mana lelaki tersebut diiringi dengan 2 kenderaan biasa. Malangnya, gambar tersebut gagal saya cari di laman Twitter dan laman web Associated Press.

Gambar Pesawat Boeing 777-200ER Milik Malaysian Airlines semasa berlepas menuju ke KLIA – Independent UK

Tengahari tersebut, tepat jam 12.15, sebuah pesawat Boeing 777-2H6 (ER) milik Malaysian Airlines yang mempunyai nombor pesawat MH17 (IATA) atau KLM Flight 4103 (codeshare agreement) berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol di Amsterdam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA. Pesawat ini membawa 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal.

Rata-rata penumpang yang berada di dalam pesawat ini berasal daripada Belanda (Netherlands) iaitu seramai 193 orang, diikuti dengan warga negara Malaysia, iaitu seramai 43 orang, Australia iaitu seramai 27 orang dan juga penumpang daripada negara Indonesia, Belgium, Kanada, Jerman, New Zealan, Filipina dan United Kingdom. Pesawat ini diketuai oleh Kapten Eugene Choo Jin Leong dan dibantu oleh First Officer yang bernama Muhd Firdaus Abdul Rahim.

Gambar yang diambil oleh Dave Halley menunjukkan wajah isteri dan anaknya yang berusia 4 tahun sebelum pesawat ini berlepas – CNN

Sedikit informasi mengenai pesawat ini yang merupakan pesawat ke-84 dihasilkan oleh syarikat Boeing untuk model 777 ini. Pesawat ini melakukan penerbangan pertamanya pada 17 Julai 1997 dan diserahkan kepada syarikat penerbangan Malaysian Airlines pada 29 Julai 1997. Jadi, pesawat ini berumur 17 tahun sewaktu nahas yang berlaku ini.

Flight route pesawat ini dinamakan sebagai Lima 980 (L980) dan berada pada ketinggian 10,060 (33,000 kaki) meter ketika pesawat ini memasuki ruangan udara negara Ukraine. Setibanya mereka di ruangan udara Dnipropetrovsk, mereka diarahkan untuk meningkatkan altitud kepada 10,660 meter (35,000 kaki) oleh pegawai trafik udara, Dnipro Control (Air Trafic Control – ATC Dnipro) kerana mereka mendapati terdapat sebuah lagi pesawat milik Singapore Airlines yang sedang terbang pada ketinggian yang sama.

Gambar laluan pesawat MH17, L980 – Flight Radar 24

Akan tetapi, kruw pesawat ini terpaksa menolak arahan tersebut dan ingin berada kekal pada 10,660 meter. ATC Dnipro menerima maklumat tersebut, dan mengarahkan pesawat milik Singapore Airlines Flight 351 untuk meningkatkan ketinggian mereka kepada 10,660 meter untuk mengelakkan pertembungan kedua-dua pesawat ini. Kruw pesawat SIngapore Airlines ini bersetuju dan meningkatkan pesawat mereka untuk berada pada paras 10,660 meter. Segala kejadian ini berlaku di sekitar jam 3.53 petang waktu Ukraine.

Pada jam 4.00 petang, kruw pesawat menghubungi pegawai trafik udara untuk keluar daripada laluan L980 sejauh lebih kurang 37 kilometer ke utara untuk mengelakkan diri daripada ribut petir yang melanda kawasan tersebut dan ingin meningkatkan altitud mereka kepada 34,000 kaki.

Kebanyakkan pesawat moden mempunyai keupayaan untuk merentasi cuaca yang buruk, namun, kru penerbangan MH17 ini tidak mahu keadaan pesawat mereka yang bergoncang dengan teruk ketika melalui kawasan yang bercuaca buruk, atau apa yang kita biasa dengar sebagai turbulence. Hal ini menunjukkan kru pesawat ini mengambil berat tentang keselesaan para penumpangnya walaupun mereka terpaksa menggunakan bahanapi yang lebih untuk terbang sedikit off-course daripada laluan yang ditetapkan.

Pegawat trafik udara yang terlibat, iaitu Dnipro Control memberi kebenaran untuk pesawat ini membuat lencongan seperti yang dirancang, tetapi tidak membenarkan pesawat ini untuk meningkatkan penerbangan mereka kepada 34,000 kaki. Jadi, ketika ini, pesawat MH17 sedang berada pada ketinggian 33,000 kaki.

Pada jam 4.19 petang waktu Ukraine, pihak ATC Dnipro perasan bahawa pesawat MH17 ini berada sedikit jauh daripada laluan L980 dan mengarahkan kru pesawat untuk kembali ke laluan yang dirancangkan. Pada masa yang sama, pihak ATC Dnipro kini memberi kawalan untuk pesawat ini kepada ATC yang berikutnya, iaitu ATC di menara kawalan Rostov-on-Don (ATC RND) melalui telefon.

Penyerahan daripada satu menara kawalan ke satu menara kawalan yang lain merupakan satu operasi biasa kerana keadaan pesawat yang dinamik dan bergerak dengan pantas menyebabkan perhubungan di antara pesawat dengan ATC mungkin terganggu sekiranya jarak di antara kedua-dua pihak ini terlalu jauh.

Konsep penyerahan dari satu pegawai trafik udara ke satu lagi pegawai trafik udara – Springler Link

Justeru, penyerahan kawalan daripada satu menara kawalan ke satu menara kawalan yang lain, yang lebih dekat dengan pesawat tersebut adalah sebagai satu langkah pencegahan daripada apa-apa kemalangan yang tidak diingini di mana pada setiap satu masa, sekurang-kurangnya terdapat satu menara kawalan yang kekal berhubung dengan pesawat untuk memastikan laluan dan juga paras ketinggian sesebuah pesawat tidak bertembung dengan satu sama lain.

Sedikit informasi untuk anda ketahui. Mengikut kepada satu sistem aplikasi bernama Flightradar24 seperti yang dinyatakan di dalam majalah Reader’s Digest, pada setiap saat di dunia ini, terdapat di antara 8,000 hingga 20,000 pesawat yang kini sedang melakukan penerbangan di seluruh dunia. Justeru, hal ini antara satu sebab mengapa menara kawalan perlu melakukan tugasan merek dengan efisyen.

Pada jam 4.20 PM waktu Ukraine, selepas mendapatkan persetujuan daripada pihak ATC RND, ATC Dnipro mula menghubungi krew pesawat MH17 untuk menyatakan bahawa mereka ingin menyerahkan kawalan pesawat kepada ATC RND. Akan tetapi, mereka tidak mendapat apa-apa respon daripada pesawat ini. Kini, pihak ATC Dnipro mulai menghubungi ATC RND untuk memeriksa sama ada adakah mereka dapat melihat pesawat MH17 di dalam radar mereka. Pihak ATC RND mengatakan, mereka juga tidak dapat melihat apa-apa tanda di dalam radar mereka.

Perbualan antara kru MH17 dengan menara kawalan udara Dnipro ATC – Independent UK

Segala mimpi ngeri dan kejadian yang amat dahsyat sebenarnya berlaku tepat pada jam 4.19,51 saat, sebuah misil daripada Buk SAM system dilancarkan kepada pesawat ini kerana kru mereka menyangkakan bahawa pesawat yang mereka nampak ini adalah pesawat AN-26 milik tentera udara Ukraine. Misil ini membawa warhead yang bernama 9N314M sedang bergerak dengan kelajuan tinggi, iaitu 3,057 kilometer sejam menuju ke arah pesawat MH17 ini.

Warhead ini mengandunig kira-kira 8,000 cebisan besi yang mempunyai bentuk yang konsisten di dalamnya mengambil masa kira-kira 12 saat untuk tiba di sasarannya, yang dikawal pergerakkannya menggunakan radar daripada operator di dalam kenderaan tersebut. Letupan misil ini adalah bersifat bersifat proximity contact atau fuse, di mana pada jarak kira-kira 19 meter (65 kaki) daripada sasaran, letupan ini berlaku untuk memaksimumkan penyebaran cebisan besi untuk mendapatkan kesan yang paling dahsyat kepada sasaran, dan dalam kes ini pesawat MH17.

Penerangan Terperinci – MH17 Crystal Ball

Pada jam 4.20.03, letupan ini berlaku, memacu serphan besi pada kelajuan 2000 meter per saat yang terkena pada bahagian kiri atas kokpit pesawat, membunuh kapten pesawat dan 2 lagi krew serta-merta. Kerosakkan struktur pesawat, ditambah lagi dengan letupan akibat perbezaan tekanan di dalam kokpit dan badan pesawat dengan tekanan di luar menyebabkan apa yang kita gelar sebagai explosive decompression.

Struktur kokpit dan ruang penumpang VIP terpisah dengan ruang kabin di belakang, jatuh ke bumi dengan kelajuan yang sangat tinggi. Serpihan pesawat, barang-barang peribadi milik penumpang dan kesemua mangsa yang berada di dalam pesawat tersebut jatuh di satu perkampungan bernama Hrabove dan meliputi 50 kilometer persegi kawasan tersebut, yang terletak kira-kira 16 kilometer daripada kedudukan BUK SAM System yang diaporkan oleh journalist daripada Associated Press.

Satu video yang kelihatan seperti sebuah BUK SAM System ini dihantar menggunakan sebuah lori didedahkan menerusi laman web YouTube milik On Demand News. Anda boleh menontonnya di pautan ini:

Sejurus selepas pesawat tersebut terhempas, terdapat beberapa perkara yang berlaku. Antara perkara yang besar berlaku adalah di mana ‘Menteri Pertahanan’ Donetsk membangga diri di media sosial tentang kejayaan mereka menembak jatuh pesawat yang mereka pada awalnya percaya milik tentera udara Ukraine. Setelah mengetahui perkara sebenar, dia serta-merta memadamkan pos tersebut, tetapi entri dia sempat dipintas sebelum dia sempat memadam hantaran tersebut.

Antara petikan yang ditulis adalah:

“Pesawa AN-26 baru sahaja berjaya ditembak dan terhempas di sekitar Torez, sekeliling kejayaan kami semua. Kami dah beri amaran, jangan sesekali terbang di ruang udara kami”

Satu lagi perkara yang terjadi adalah perbualan telefon di antara pasukan militan dengan komandernya yang bernama Nikolai Kozitsyn yang mengawal sebuah kawasan di timur Ukraine dan dibantu oleh kerajaan Russia berjaya dipintas oleh pasukan elit Ukraine. Berikut adalah perbualannya:

Militan – Di TV, mereka melaporkan bahawa yang ditembak tu pesawat AN-26, tapi tengok pada bangkai pesawat tu ada tulisan Malaysian Airlines. Apa pesawat ni buat di ruang udara Ukraine?

Nikolay – Dah kalau macam tu, mesti pesawat ni bawa perisik untuk masuk ke tempat kita. Apa neraka (what the [email protected]#l) mereka buat di sini? Takkan tak tahu kawasan ni tengah berperang!?

Nikolay ketika ditanya oleh wartawan, apakah reaksinya setelah mendapat tahu bahawa terdapat kesilapan pada sasaran tembakan SAM – Vice News

Setelah Nikolay ditemubual oleh seorang wartawan daripada YouTube channel yang bernama Vice News, dia tidak mengaku dan enggan memberi komen tentang siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Satu rakaman video juga tular di media sosial, yang dipercayai dirakamkan oleh puak pemisah pro-Russia ini.

Video berdurasi 2 minit, 23 saat itu merakamkan detik sebaik sahaja pesawat MH17 terhempas. Terdapat beberapa rakaman suara dan perbualan oleh si perakam ini, antaranya adalah”

“Ni mangsa semua ni orang asing ni, bukan orang Ukraine. Siap ada tulis Malaysia lagi”

“Tapi siapa yang beri kebenaran untuk mereka lalu di ruang udara negara kita!?”

“Ni orang awam semua ni. Orang awam! Pergi, pergi daripada sini cepat!”

“Ya, ambil orang kau semua, blah daripada sini. Ambil kereta tu, jom, kita kena pergi daripada sini!”

Rakaman ini semuanya menambah bukti bahawa puak ini tersilap memilih sasaran dan menganggap pesawat yang mereka berjaya tembak itu milik tentera udara Ukraine. Walau apa pun, peristiwa ini bukan sekadar satu kemalangan semata-mata, tetapi lebih kepada jenayah yang menyebabkan kesemua 298 orang kehilangan nyawa.

BUK SAM System dan penerangannya – Daily Mail

Memandangkan hampir 2 per 3 daripada mangsa yang terkorban adalah daripada Belanda, mereka menggalas tanggungjawab untuk mengetuai dalam melakukan penyiasatan terhadap apa yang berlaku, disamping mendapat pertolongan daripada 7 negara lain. Kerajaan Russia sememangnya langsung tidak mengaku penglibatan mereka terhadap kemalangan ini, dan menuding jari kepada tentera Ukraine bahawa merekalah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ini.

Antara alasan yang mereka kemukakan termasuklah pihak tentera Russia tidak lagi menggunakan model misil tersebut kerana senjata itu telah outdated dan digantikan dengan model yang lebih baru.

Bukti bergambar lubang yang terhasil saat kokpit pesawat ini terkena letupan SAM – Daily Mail

Penyiasatan kes ini berlaku sedikit perlahan kerana pengumpulan serpihan dan mangsa kemalangan ini berada di zon peperangan yang sedang aktif. Akan tetapi, 15 bulan kemudian, pihak penyiasat telah mempbuat kesimpulan bahawa kemalangan pesawat ini adalah disebabkan oleh kerosakan teruk pada struktur pesawat ini sendiri akibat terkena letupan misil yang merupakan misil yang sama digunakan oleh kerajaan Russia.

Mereka menyatakan, pihak kerajaan Russia membantu puak pemisah ini dengan menyediakan pelbagai peralatan dan senjata untuk mereka menentang kerajaan Ukraine. Antara beberapa informasi penting yang dikongsikan termasuklah

  • Bentuk besi yang membunuh kru pesawat ini, iaitu 3 orang yang berada di dalam kokpit mempunyai bentuk yang konsisten dan seragam, dan tidak mungkin disebabkan oleh serpihan besi yang terpelanting daripada badan pesawat itu sendiri.
Bentuk serpihan besi yang seragam menunjukkan ianya datang daripada sebuah senjata ketenteraan – Dutch Safety Board

Bentuk serpihan besi yang seragam menunjukkan ianya datang daripada sebuah senjata ketenteraan – Dutch Safety Board

  • Serpihan besi yang terdapat di dalam badan mangsa dan di dalam kokpit pesawat menunjukkan ianya bercampur dengan aluminium dan kaca, membuktikan bahawa letupan yang membawa serpihan besi itu berasal daripada luar pesawat,
  • Sisa letupan yang didapati pada badan pesawat itu sama dengan bahan yang digunakan untuk membuat bahan letupan bagi tujuan persenjataan dan peperangan.
  • Lain-lain sebab seperti pelanggaran peraturan oleh krew pesawat, iaitu kapten dan first officer pesawat ini telah disingkirkan. Tiada kes kesilapan pertimbangan atau human error yang dibuat oleh krew pesawat. Semua keputusan dibuat dengan tepat dan betul.
  • Maklumat daripada Security Service of Ukraine (SBU) yang dikongsikan kepada pihak penyiasat kemalangan ini di Belanda menunjukkan banyak perbualan, hantaran di media sosial dan juga rakaman video yang berjaya menangkap si pelakuannya secara red-handed, walaupun mereka tidak mengaku setelah ditunjukkan kesemua bukti tersebut secara terang-terangan.
Infografik daripada Malay Mail Online

Laporan autopsi dan bedah siasat kesemua mangsa mendapati, terdapat beberapa sebab bagaimana mangsa ini terbunuh dalam kemalangan pesawat MH17 ini. Antaranya adalah

  • Kecederaan dalaman berasal daripada letupan warhead yang membawa serpihan besi kecil pada kelajuan yang tinggi, menembusi badan mangsa dan menyebabkan pelbagai kecederaan serius seperti pendarahan dalaman dan kecederaan parah pada saraf tunjang dan otak.
  • Letupan nyahmampatan, atau decompressive explosion menyebabkan pelbagai kecederaan yang membawa maut kepada mangsa seperti kebocoran pada paru-paru dan pembentukan gas nitrogen di dalam badan dengan cepat, menggagalkan fungsi peredaran darah
  • Hipoksia, atau kekurangan oksigen berlaku kerana kandungan oksigen yang berada pada ketinggian tersebut terlalu rendah dan mampu menyebabkan sesetengah individu terutama sekali pada kanak-kanak kecil yang amat sensitif dengan perubahan kandungan oksigen di dalam udara.
  • Daya hempasan, atau pecutan dan diikuti dengan nyahpecutan yang menyebabkan kematian apabila seseorang itu terhempas ke bumi daripada ketinggian tersebut. Lebih menyayat hati adalah apabila pihak penyiasat mendapati ada beberapa penumpang yang memakai topeng gas oksigen yang diturunkan sebaik sahaja pesawat ini mengalami decompression, sedikit sebanyak menyatakan bahawa beberapa orang penumpang masih hidup taktala pesawat ini hancur dan jatuh ke tanah pada kelajuan yang amat tinggi.
  • Beberapa penumpang pula maut akibat tertusuk dengan serpihan yang berasal daripada badan pesawat ini sendiri di mana serpihan ini terjadi saat explosive decompression berlaku yang bergerak pada kelajuan yang amat tinggi.

Setelah laporan rasmi dikeluarkan, kerajaan Belanda sendiri membuat persetujuan dengan kerajaan Ukraine untuk mendakwa mana-mana pesalah yang terlibat dalam kes yang diklasifikasikan sebagai pembunuhan beramai-ramai. Hal ini menjadikan mana-mana individu tidak kira daripada negara mana pun boleh didakwa dan diberikan hukuman mengikut kepada undang-undang negara Belanda.

Muka depan akhbar Novaya Gazeta

Apa yang menarik perhatian adalah media negara Russia itu sendiri. Sebuah akhbar dari puak liberal iaitu Novaya Gazeta mengeluarkan tajuk utama suratkhabar mereka berbahasa Belanda iaitu “Vergeef ons, Nederland” yang diterjemahkan kepada “Maafkan kami, Netherland”.

Akan tetapi, media rasmi kerajaan Russia ini sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan pengakuan mahupun memohon kemaafan kerana mereka masih menuding jari kepada kerajaan Ukraine sendiri yang menembak jatuh pesawat ini, walaupun bukti rasmi dikeluarkan oleh badan penyiasat sudah terang lagi bersuluh menyatakan pihak Russia sendiri yang terlibat.

Seperti biasa, apabila kejadian sebegini besar berlaku, pasti akan wujud teori-teori propaganda yang menyatakan bahawa kebanyakkan penumpang di dalam pesawat itu didapati telahpun mati beberapa hari lepas dan tembakan ini adalah satu konspirasi yang dibuat untuk menjatuhkan presiden Vladimir Putin. Walau bagaimanapun, saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai hal yang tiada bukti dan fakta ini kerana ia amat sensitif, terutama sekali kepada mana-mana ahli waris kepada mangsa kemalangan ini yang terdekat.

Jadi, laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Dutch Safety Board (DSB) yang bekerjasama dengan Joint International Team (JIT) ini sehingga kini tidak dapat mengemukakan bukti yang kukuh untuk menyabitkan kesalahan kepada negara Russia dan juga puak pemisah pro-Russia ini.

Sememangnya, bukti bahawa pesawat itu memang ditembak oleh BUK SAM yang mempunyai warhead model 9M314M dan menggunakan pelancar misil siri 9M38 ini memang nyata, akan tetapi, siapa yang menembaknya, dan dari mana tembakan ini berlaku masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.

Ada pula satu sumber yang menyatakan Ukraine juga mempunyai BUK SAM yang tersendiri dan perbincangan ini walau bagaimanapun kelihatan bahawa tiada perkembangan yang baru dikeluarkan sehingga kini.

Dalam satu ucapan yang dikeluarkan selepas pelancaran Beyond Paradigm Summit seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 17 Julai 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa sememangnya bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh roket itu tidak boleh disangkal lagi, tetapi, beliau mengatakan bahawa si pelaku jenayah tersebut masih lagi tidak diketahui.

Juga, beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia memerlukan bukti yang lebih kukuh daripada apa-apa penemuan yang dikeluarkan oleh laporan rasmi JIT itu. Dalam satu perenggan daripada berita ini, kenyataan yang dikeluarkan adalah seperti yang berikut

“However, Dr Mahathir responded by saying that Malaysia was not convinced by the Joint Investigation Team’s findings and demanded that the investigators provide proof that the Russians were behind the shooting.”

Laporan Associated Press Mengenai Penahanan 4 orang Suspek kejadian ini – Tangkap Layar daripada laman web Associated Press

Jadi, secara kesimpulannya, kes ini kita kira masih lagi belum selesai, sama seperti kes kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang sehingga kini masih lagi tiada bukti yang kukuh tentang lokasinya dan juga apa yang berlaku terhadapnya. Yang ada hanyalah teori-teori yang dinyatakan oleh beberapa pakar sahaja. Walaupun dikatakan penahanan 4 orang anggota tentera, iaitu 3 orang tentera Russia dan seorang anggota militan puak pro-Russian separatist, namun, kita masih lagi menunggu keputusan penuh tentang kejadian ini.

Apa yang kita boleh lakukan sehingga kini hanyalah berdoa, dan juga berharap agar mana-mana pihak yang melakukan jenayah ini, dan juga pihak yang berkongkalikung dengan kejadian ini dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perlakuan dan jenayah mereka.

fnmourn22e_2x

Tribute kepada mangsa pesawat MH17 oleh The Straits Time

PS – Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan rasa takziah kepada mana-mana ahli keluarga dan sahabat kepada mangsa yang terkorban dalam nahas ini. Tiada apa yang boleh saya katakan kecuali berharap sepenuhnya bahawa anda semua tabah mengharungi dugaan ini dan terapkan di dalam hati bahawa si pelaku kejadian ini pasti akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

*AMARAN

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pembetulan maklumat, saya mohon untuk diletakkan di ruangan komen mahupun DM kami secara peribadi. Mana-mana komen yang berunsurkan carutan, biadab, boleh menimbulkan pergaduhan serta tiada nilai sensitiviti dan menghormati mangsa atau keluarga mangsa kejadian ini akan dipadam serta-merta. Terima kasih.

PSS – Special thanks to Youtube channel Vox Atlas and Vice News Russian Roulette series for sharing all the unbias and honest informations in regards to the investigations of our nation’s plane, The Malaysian Airlines Flight MH17. 

RUJUKAN:

  1. BBC News entitled “MH17: Russia ‘liable’ for downing airliner over Ukraine”, 25th May 2018
  2. NL Times “JIT: MH17 SHOT DOWN WITH MISSILE FIRED FROM PRO-RUSSIAN REBEL CONTROLLED FIELD”, 28th September 2016
  3. Official Netherlands News on MH17 at https://www.government.nl/topics/mh17-incident
  4. Kyiv Post – SBU chief tells of partnership with Netherlands in MH17 inquiry – https://www.kyivpost.com/ukraine-politics/sbu-chief-tells-of-partnership-with-netherlands-in-mh17-inquiry.html?cn-reloaded=1
  5. The Star Malaysia – https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/17/pm-saddened-mh17-perpetrators-yet-to-be-found

Jika anda berminat untuk membaca kes tragedi yang melibatkan kemalangan pesawat dan space shuttle di bawah penulisan saya, Ilzanno Sharky (fb @drsharky88) anda boleh klik pautan di bawah ini:

  1. Lion Air, Ethiopian Air and MCAS Accident https://www.thepatriots.asia/insiden-kemalangan-lion-air-yang-tragik/
  2. Tragedi Space Shuttle Columbia https://www.thepatriots.asia/tragedi-space-shuttle-columbia/
  3. Insiden pesawat MH653 di Tanjung Kupang https://www.thepatriots.asia/insiden-mh653-yang-dilupakan-rakyat-malaysia/
  4. Kemalangan pesawat yang paling banyak mengorbankan nyawa https://www.thepatriots.asia/tragedi-kemalangan-kapal-terbang-terdasyat-dalam-sejarah/
  5. Tragedi Space Shuttle Challenger https://www.thepatriots.asia/apa-yang-sebenarnya-terjadi-pada-challenger-space-shuttle/
  6. Tragedi Germanwings 9525 https://www.thepatriots.asia/juruterbang-depress-bertukar-menjadi-pembunuh/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.