Apa yang berlaku kat Sudan adalah pergelutan kuasa pasca revolusi (post-revolution power struggle) yang klasik.

Nak menganalisis dan memahami fenomena politik secara saintifik, kena lihat kepada hubungan kuasa (power relationship) antara petindak-petindak politik (political actors).

Kuasa adalah benda paling penting dalam memahami politik, sebab politik itu sendiri menurut definisi akademik adalah “pengagihan dan penggunaan kuasa dalam ruang awam”
(distribution and exercise of power in public sphere).

Itu membezakan sains politik daripada sembang kedai kopi atau cerita Mastika. Atau orang Kantonis panggil “tiup air” (吹水).

OK, balik kepada Sudan. Nak faham apa yang berlaku kat Sudan, kena faham dulu garis masa kejadian (timeline of events).

Pada Disember 2018, rakyat Sudan melancarkan “Revolusi Sudan”, memprotes pemerintahan diktator Omar al-Bashir sejak 1989.

Melihat pada keadaan al-Bashir yang semakin terhimpit, tentera yang menjadi tunjang belakang rejim Al-Bashir menggulingkan tuan mereka pada April 2019, demi melindungi diri. Al-Bashir dikurung. Tentera di bawah kepimpinan Abdel Fattah al-Burhan menubuhkan junta (kerajaan tentera).

Mula-mula rakyat sorak al-Bashir dijatuhkan, tapi pada masa yang sama mahu demokrasi, bukan pemerintahan junta. Maka protes diteruskan. Tentera berkasar dengan protester, sehingga berlaku pembantaian di Khartoum (ibu negara Sudan) pada 3 Jun 2019 yang mengejutkan dunia.

Atas desakan dan tekanan antarabangsa, tentera (bawah nama Transitional Military Council / TMC) setuju untuk berkongsi kuasa dengan golongan pro-demokrasi (Forces of Freedom and Change / FFC) menubuhkan kerajaan peralihan bersama sehingga 2022.

Dalam tempoh peralihan ini kerajaan TMC-FFC akan buat perlembagaan baharu dan sebagainya. Lepas tamat tempoh peralihan, PRU akan diadakan dan tentera janji akan serah balik kuasa kepada rakyat.

FFC menamakan Abdalla Hamdok, seorang teknokrat yang bukan dari latar belakang tentera sebagai PM. Tapi al-Burhan (tentera) masih kekal sebagai ketua negara.

Tempoh peralihannya lama (39 bulan) sebab negara konon sudah rosak di bawah pemerintahan al-Bashir. Perlu masa perbaiki katanya. Kerajaan Hamdok nak siasat segala salah laku rejim al-Bashir, sita sini sana. Sampai Petronas pun terpalit sebab Petronas memasuki Sudan pada zaman al-Bashir.

Jadi kudeta kali ini berlaku mungkin disebabkan (1) pro-demokrasi gelojoh nak reform sana sini, sampai menyentuh kepentingan tentera yang merupakan orang lama (macam Mesir zaman Morsi), atau (2) ia adalah taktik tentera untuk melambat-lambatkan penyerahan kuasa, macam di Myanmar. Atau dua-dua.

Benda yang sama pun pernah berlaku selepas Revolusi Siam 1932.

Mula-mula revolusi digerakkan oleh tentera dan orang awam yang tak puas hati dengan pemerintahan raja berkuasa penuh, mahu dirikan kerajaan raja berperlembagaan yang demokratik. Tapi selepas revolusi, tentera dan orang awam bergaduh pasal pengagihan kuasa. Pemimpin orang awam ditendang. Sampai hari ini, Thailand masih gagal capai matlamat asal Revolusi Siam.

Revolusi Perancis 1789-1799 pun sama. Revolusi digerakkan oleh pakatan intelektual liberal, leftist radikal, konservatif yang mahu raja berperlembagaan, dan golongan reactionary. Disebabkan masing-masing ada matlamat berbeza, maka jadi saling cantas-mencantas macam Squid Game. Napoleon Bonaparte yang ada kuasa tentera menang game, dan isytiharkan diri sebagai maharaja. Jatuhkan raja, dapat maharaja.

Taiwan pula berjaya beralih ke demokrasi penuh pada 1990an sebab sejak zaman pemerintahan diktator keluarga Chiang (1949-1988) lagi Presiden Chiang Ching-kuo dah “dismantle” kuasa tentera dalam kerajaan. Jadi apabila pengganti Chiang, Lee Teng-hui memperkenalkan demokrasi, dia tak berdepan dengan halangan tentera.

Masalah dengan golongan pro-demokrasi Dunia Ketiga, mereka selalu bergantung kepada orang lama untuk “smash the old order”. Walaupun old order berjaya dimansuhkan, “new order” tidak dapat didirikan sepenuhnya.

Tanpa order, maka jadilah “chaos”. Dan bagi ramai petindak politik lama, “chaos” adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh mereka.

Sebab itu pasca-revolusi selalu lebih teruk daripada pra-revolusi, sehingga jumpa jalan untuk mewujudkan “order”, yang sebenarnya tak jauh beza dengan order pra-revolusi.

Boleh baca Polituk Untuk Pemula di mana dalam Bab 24 (Rampasan Kuasa) aku mengupas tentang kedinamikan antara revolusi dan kudeta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.