Kisah orang Viking sentiasa menarik perhatian ramai baik dalam medium buku, televisyen atau filem. Mereka bukan sekadar menjelajah dan menye.ra.ng petempatan-petempatan di Eropah. Malah, mereka juga turut menjadi pengasas kepada sesetengah kerajaan yang kita kenali hari ini seperti Rusia. Dan semua ini disumbang oleh pemilihan kem atau petempatan mereka berdasarkan ekskavasi tapak-tapak Viking sekitar Eropah.

Kem-kem ini dikenali sebagai longphuirt. Berdasarkan data kajian arkeologi, terdapat 100 buah tapak longphuirt di pulau-pulau Atlantik dan tanah besar Eropah pada abad kesembilan saja. Sesetengah daripadanya sudah dikenal pasti seperti Repton dan Torksey di England dan Woodstown, Ireland. Tetapi kajian baru mendedahkan beberapa tapak terbaru seperti Zutphen, Belanda dan Lembah Coquet, Northumbria, England.

Kebiasaannya, longphuirt bukan saja digunakan sebagai markas operasi se.ra.ngan dan penja.ra.han petempatan-petempatan sekitar mereka. Malah, ia turut berperanan sebagai tempat mengumpul harta dan tawanan sebelum musim sejuk melanda. Pengkaji arkeologi pada awalnya menyangka cuaca sejuk mendorong mereka untuk berkubu dan menghabiskan masa dalam longphuirt sahaja.

Hakikatnya, berdasarkan artifak-artifak yang dijumpai sekitar Eropah, longphuirt kini digambarkan dalam cara yang berbeza. Pertama, longphuirt dibina di kawasan yang menjanjikan kedudukan pertahanan yang strategik baik di kawasan tanah lembap, tebing sungai atau pulau-pulau.

Dalam sesetengah kes seperti sebuah istana Carolingian di Nijmegen, struktur buatan manusia diambil alih dan dijadikan sebagai longphuirt. Dalam kes istana tersebut, ia diambil alih oleh orang Viking pada 880 sebelum ia diba.k.ar mereka setahun kemudian.

Ada ketikanya, baluarti turut didirikan sebagai cara menjaga keselamatan longphuirt daripada an.ca.man musuh. Ini dapat dilihat di tapak gereja St Wystan, Repton. Pihak gereja memanfaatkan baluarti kem Viking lama untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada dinding baru dan pondok pengawal sementara mereka.

Tetapi dalam mana-mana operasi keten.te.raan, tiada guna berpe.ra.ng jika aspek logistik seperti makanan dan minuman tidak terjaga. Bagi orang Viking, bagi menjamin kelangsungan hidup mereka semasa berada di tanah orang, mereka memilih mempelbagaikan cara mendapat makanan. Mereka bukan sekadar memburu dan memancing. Malah, mereka turut menternak binatang dan mengendalikan aktiviti pertanian.

Namun begitu, ia tidak terhenti di situ saja. Semasa menye.ra.ng dan menja.r.ah petempatan, mereka turut mera.mp.as makanan dan minuman penduduk tempatan seperti dialami penduduk Paris dari 885 hingga 886. Mengikut catatan sejarawan dan artifak, sesetengah didapati membawa hasil tanaman dan lembu. Ada pula perlu menyerahkan wain, tepung, cuka dan haiwan ternakan sebagai bayaran jaminan keselamatan kepada orang Viking.

Rajah 1: Se.ra.ngan ke atas Paris pada 885 dan 886 bukan saja untuk menja.ra.h tetapi untuk mendapatkan bekalan makanan penduduk tempatan. Sumber: Vikings/History.

Selepas dibawa ke kem, makanan-makanan ini akan diproses dengan sebahagian daripadanya disimpan. Ini berdasarkan penemuan batu-batu kisar yang digunakan untuk mengisar bijirin menjadi gandum di tapak-tapak Viking di England dan Ireland. Sementara di Peran, Brittany, pengkaji arkeologi menemui beberapa periuk kawah dan peralatan memasak era Viking. Catatan bertulis turut menunjukkan orang Viking menikmati daging dan wain dalam longphuirt mereka.

Rajah 2: Orang Viking menikmati makanan dalam longhuirt mereka dengan cara mengadakan jamuan. Sumber: Vikings/History

Selain mengumpul bekalan, masa di longphuirt turut dimanfaatkan dengan menambahbaik kem, membina kandang kuda dan bengkel. Kapal-kapal mereka dibaiki dengan sen.ja.ta dan barang perhiasan dihasilkan. Semua ini memerlukan bekalan bahan yang banyak seperti kayu, batu dan logam berharga. Dan ini membuka ruang kepada aktiviti perdagangan dengan pihak luar termasuk pihak musuh.

Rajah 3: Jika tidak keluar menye.ra.ng dan menja.r.ah, masa orang Viking di longhuirt dimanfaatkan untuk membaiki kapal dan membina bengkel, rumah dan kandang kuda. Sumber: Vikings/History

Mungkin idea ini dianggap tidak masuk akal tetapi ia disokong oleh bukti bertulis dan artifak. Misalnya, Annals of St Bertin yang bertarikh abad kesembilan menceritakan perihal orang Viking mengadakan pasar di sebuah pulau di Sungai Loire (kini Perancis). Sementara Annals of Fulda pula menceritakan kisah tentera Frank berkhemah di luar longhuirt bukan untuk menye.ra.ng tetapi untuk berdagang dengan orang Viking.

Ini disokong dengan penemuan artifak seperti duit syiling dan pemberat timbangan di tapak-tapak Viking seperti Torksey dan Woodstown. Dengan kaedah ini, ia bukan saja membantu orang Viking mendapatkan semua bekalan yang diperlukan mereka. Malah, ia membantu kerajaan tempatan mendapatkan semula harta yang dira.mp.as. Pendek kata, ia bersifat menang-menang kepada kedua-dua belah pihak.

Ini jelas menunjukkan longhuirt sebenarnya mempunyai peranan yang rumit dalam aspek kehidupan orang Viking. Ia bukan sekadar menyokong aktiviti penjelajahan, se.ra.ngan dan penja.ra.han mereka. Tetapi ia turut berperanan sebagai nadi kehidupan mereka termasuk menyokong kelompok Viking di wilayah lain melebihi tempoh satu musim sejuk.

Nota kaki

baluarti – kata seerti untuk tembok/dinding batu

RUJUKAN

Cooijmans, C. (2021, 25 November). The secret to the Vikings’ success may lie in their encampments. The Independent.

Sumber gambar: Vikings/History


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.