Apa Peniaga Boleh Belajar Dari Khairul Aming?

1,497

Pra-tempah hanya di Shopee

Baru baru ini tular tentang seorang selebriti media sosial yang menjual sambal jenamanya sendiri dengan jumlah jualan sebanyak 10 ribu botol dalam masa 54 minit sahaja! Luar biasa bukan? Tapi pernah atau tidak kalian terfikir apakah yang beliau lakukan sampai berada di tahap itu dan apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi seperti beliau? Para peniaga WAJIB baca ni!

  • Personal Branding

Bila sebut tentang Khairul Aming, siapa je tak kenal kan? Semua sudah pasti boleh menggambarkan Khairul Aming walau tanpa menyebut nama beliau kepada orang lain. Khairul Aming telah membina namanya beberapa tahun yang lalu dengan berkongsi resepi masakan sepanjang bulan puasa selama 30 hari dengan 30 masakan. Dari situ beliau membina nama beliau untuk terkenal sebagaui seorang chef selebriti.

Orang sudah mengenali Khairul Aming sebagai seorang Chef Selebriti, jadi secara tidak lansung segala produk makanan yang dijual oleh beliau menjadi “kegilaan” rakyat Malaysia dan berdebar debar untuk merasa bagaimana air tangan seorang chef selebriti yang kerap kali berkongsi resepi masakan di media sosial.

  • Pemilihan Content Niche

Niche dalam bahasa Melayunya adalah skop. Pemilihan Niche ini adalah sangat penting bagi meyakinkan seseorang bahawa sesuatu bidang itu adalah kepakaran kita untuk meningkatkan lagi kredibiliti kita di mata pengguna media sosial.

Khairul Aming adalah sangat konsisten dalam memilih niche untuk membuat content beliau. Beliau secara konsistennya bertahun tahun menyediakan content content tentang masakan secara percuma kepada para penonton.

Jadi lama kelamaan kepercayaan terhadap beliau sudah terbentuk jika kita sebut sahaja soal makanan. Khairul Aming makan, Khairul Aming masakan. Korang pernah tertanya-tanya apa yang orang atau audience sebut tentang anda sejurus sahaja mendengar nama anda?

Khairul Aming ambil masa bertahun tahun tau untuk buat content, korang buat video takde orang like sikit dah give up, macam mana?

  • Pemilihan Tagline

“Hey, Whats Up Guys?”, ini adalah tagline yang digunakan oleh beliau setiap kali memulakan bicara di setiap video beliau. Lama kelamaan, perkataan tu sudah tersemat di kepala seseorang dan hal ini akan membuatkan kita teringat kepada si penutur setiap kali mendengar perkataan itu.

Tagline ini penting kerana menggambarkan misi dan visi sesebuah syarikat atau branding itu. Oleh sebab itu pemilihan tagline itu haruslah mudah diingat dan ringkas tiada jargon. Seperti rangkaian makanan segera Mcdonals menggunakan I’m Lovin it.

  • Pemilihan Produk

Bila sebut tentang sambal, rata-rata rakyat Malaysia gemar memakannya. Sambal itu memang sukar dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Makan nasi lemak, roti canai ataupun lontong semuanya mereka gemar memakan bersama sambal. Ringkas, mudah dan cepat. Buka buka terus makan. Harga sambal yang beliau jual juga adalah harga mampu miliki sekaligus memudahkan orang ramai untuk membelinya.

  • Post Mortem

Bila sudah selesai membuat sesuatu perancangan, sama ada berjaya atau tidak, bedah siasat haruslah dibuat bagi mengesan sebarang kelemahan dan menambahbaik untuk masa hadapan.

Setelah jualannya habis beribu dalam masa beberapa minit, Khairul Aming terus membuat bedah siasat apa masalah yang dihadapi oleh beliau semasa atau selepas proses penghantaran tersebut.

Beliau memberikan beberapa kelemahan pada pihak beliau untuk membaikinya pada masa akan datang. Beliau juga merancangan menggunakan beberapa sistem untuk membaiki dan menaiktaraf servis perkhidmatan beliau pada masa akan datang.

Khairul Aming yang jual beribu botol dalam beberapa minit pun buat bedah siasat tau apa kelemahan yang terjadi sepanjang proses jualan. Jadi usahawan usahawan ini haruslah membuat kajian juga bagi meningkat kualiti untuk diberikan kepada pelanggan pada masa akan datang!

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.