Keadaan di Itali sudah jauh berbeza berbanding situasi selepas 31 Januari 2020. Pada ketika itu Itali dilihat tiada harapan langsung untuk mengekang penularan koronavirus.Kerana dua bulan kemudian angka positif telah melepasi China sehingga ke paras 105,792 orang.

Dalam pada itu, ada juga berita-berita kurang tepat bahawasanya sektor kesihatan Itali sudah menyerah kalah. Kadar penularan mula perlahan sehingga bawah 1 peratus sehari. Langkah pencegahan Itali sebenarnya sama dengan negara-negara lain.

Kerajaan pusat dibawah Giuseppe Conte dan kerajaan-kerajaan wilayah seperti Emilia-Romagna, Lombardy, Marche, Piedmont dan Veneto bersetuju untuk melaksanakan perintah berkurung pada 8 Mac (BBC, 2020).

Dua hari kemudian seluruh negara berada dibawah perintah yang sama. Dan dalam tempoh tiga minggu, manfaat perintah berkurung menunjukkan penurunan mendadak dari segi laporan-laporan kes terbaru harian dan lambakan di unit rawatan rapi (The Local, 2020).

Kes-kes aktif mula menurun pada 20 April 2020 (Mayberry, et al., 2020).

Situasi Semasa

Perintah berkurung yang dimandatkan Itali telah dilonggarkan sehabis-habisnya bermula 4 Mei 2020. Ketika itu ramai menyimpan prasangka bahawasanya ia merupakan tindakan yang kurang bijak daripada Giuseppe Conte. Namun enam minggu kemudian, trend penularan Itali tidak memuncak seperti bulan-bulan pertama.

Tiada lonjakan terbaru mahupun adikluster-adikluster (superclusters) yang boleh melumpuhkan kerajaan. Menariknya Itali mengambil pendekatan tanggungjawab sosial. Rakyat digesa mengamalkan penjarakan tersendiri tanpa sebuah bidangkuasa perundangan.

Pada ketika Itali membenarkan rentasan wilayah, mereka juga meminta rakyat berjaga-jaga – dan melihat statistik semasa, permintaan tersebut ditunaikan (The Local, 2020). Pada awal penularan, kadar pertambahan kes berada pada paras peratusan dua angka setiap hari.

Namun memasuki April, kadar penularan ini tidak mencecah +5 peratus sehari pun. Memasuki Julai, ia telah menjunam ke paras +0.1% sehari. Penurunan mendadak ini membuktikan bahawa Itali berjaya membendung koronavirus.

Impak Terhadap Ekonomi

Sama seperti negara-negara lain, Itali pun tidak bersedia habis untuk mengharungi dugaan paling sukar sejak P3r4ng Dunia Kedua. Hampir semua sektor dib4ham peny4kit baharu ini, terutamanya kesihatan dan pelancongan.

Pada awal tahun, Menteri Kewangan Roberto Gualtieri menganggarkan mendapan enam peratus terhadap KDNK negara (Johnson,  et al., 2020). Namun The Economist berpendapat Itali akan menyusut tujuh peratus, dengan lonjakan hutang negara antara 130 hingga 180 peratus disebabkan kerugian semasa (Politico, 2020).

Kadar penularan koronavirus paling teruk membadai utara Itali. Tetapi penduduk-penduduk di selatan Itali yang paling teruk terkesan akibat tekanan sosioekonomi. Malah ramai dalam kalangan mereka tidak layak menerima bantuan pengangguran disebabkan kerjaya yang tidak menepati piawaian cukai (Nadeau & Donato, 2020).

Maka pihak kongsi gelap pun turun padang menghantar barang-barang runcit kepada penduduk-penduduk terdesak (Tondo, 2020).

Melihat bagaimana orang ramai tidak begitu berkemampuan untuk beli, banyak perniagaan industri kecil dan besar mengambil langkah strategik. Mereka menawarkan bekalan PPE di kedai-kedai mereka.

Kebanyakan barangan mereka tawarkan tidak diluluskan hospital pun, tetapi sangatlah berguna dalam skala populasi awam. Malah syarikat percetakan buku Harry Potter dalam bahasa Itali pun mula mengeluarkan pelitup-pelitup muka.

Dan syarikat-syarikat yang mengeluarkan minuman-minuman keras paling kuat menyertai pendekatan ini. Mereka menghentikan pengeluaran sepenuhnya untuk menghasilkan pembersih tangan pula, terutamanya di Chieri yang popular dengan kilang Martini.

Semangat juang Itali ialah suatu kisah yang sangat positif. Kerana disiplin mereka jauh meninggalkan mentaliti berkemelut seperti Amerika Syarikat.

RUJUKAN:

BBC. (2020, Mac 8). Coronavirus: Northern Italy quarantines 16 million people. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-middle-east-51787238

Johnson, M., et al. (2020, April 6). Coronavirus: Is Europe losing Italy? Financial Times. Retrieved from https://www.ft.com/content/f21cf708-759e-11ea-ad98-044200cb277f

The Local. (2020, April 6). Pressure on Italy’s intensive care wards eases as new coronavirus cases slow again. Retrieved from https://www.thelocal.it/20200406/latest-coronavirus-numbers-italy

The Local. (2020, Jun 1). Easing Italy’s lockdown ‘is a risk we’re taking’: health minister. Retrieved from https://www.thelocal.it/20200601/easing-italys-lockdown-is-a-risk-were-taking-health-minister

Mayberry, K., et al. (2020, April 20). Italy sees first fall of active coronavirus cases. al-Jazeera. Retrieved from (Request Link).

Nadeau, B.L., & Donato, V.D. (2020, April 11). As northern Italy is ravaged by coronavirus, there’s trouble brewing down south. CNN. Retrieved from https://www.cnn.com/2020/04/04/europe/southern-italy-coronavirus-black-economy-intl/index.html

Politico. (2020, April 2). Italy’s future is in German hands. Retrieved from https://www.politico.eu/article/coronavirus-italy-future-germany/

Tondo, L. (2020, April 10). Mafia distributes food to Italy’s struggling residents. The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/apr/10/mafia-distributes-food-to-italys-struggling-residents


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.