Nama Rockefeller sudah terpahat dalam sejarah buat selamanya kerana jasa seorang hartawan yang hidup antara 1839 hingga 1937. John D. Rockefeller lahir dalam sebuah keluarga sangat miskin yang selalu berpindah randah. Mereka terpaksa keluar daripada negeri New York ke Ohio.

Ketika berusia 16 tahun, John bekerja dalam sebuah syarikat pengurusan aliran tunai. Di sinilah beliau belajar tentang selok-belok perniagaan, termasuk menimba pengalaman berunding bersama orang-orang penting. Gaji beliau hanya AS$50 (AS$1,568 nilai sekarang) sebulan.

Pada tahun 1859, beliau bekerjasama dengan seorang rakan niaga untuk melancarkan sebuah perniagaan komisyen dengan modal agak banyak (semuanya pinjaman). Perniagaan ini mendapat keuntungan yang stabil, dalam lingkungan AS$17,000 (AS$559,162 nilai sekarang) kerana menyediakan perkhidmatan dalam Perang Saudara Amerika Syarikat.

Apabila Perang Saudara ini tamat, Rockefeller tahu – beliau takkan dapat membuat duit lagi. Jadi beliau dan rakan niaganya mula menceburi bidang penapisan minyak. Memang ada pasaran untuk minyak bertapis iaitu minyak kerosin.

Mereka mendalami ilmu untuk menjayakan perniagaan ini. Pada tahun 1863, Rockefeller dapat menjual minyak bertapis dengan harga AS$13 satu tong. Beliau mendapat keuntungan dalam lingkungan AS$5 hingga AS$8 setiap tong.

Inilah kerjanya sepanjang 1860-an: membuka dan mengembangkan sektor penapisan minyak (Segall, 2001). Kejayaan ini melahirkan sebuah syarikat rasmi iaitu Standard Oil yang menjadi sebuah monopoli sangat gagah dalam masa 20 tahun sahaja.

Monopoli ini terlalu dahsyat hinggakan tiada syarikat lain dapat mencabarnya. Ia bukan lagi sebuah syarikat, yakni empayar yang menguasai 20,000 telaga minyak dan saluran minyak 5,000 kilometer (Friedman, 2020).

Kejatuhan Gergasi Kerana Wanita

Dengan wang yang banyak, Standard Oil berkuasa untuk membuat apa sahaja. Kalau ada persaingan, syarikat ini mempunyai pendekatan agak agresif untuk menjamin kemenangan. Walau bagaimanapun, teknik Standard Oil menemui ruas susulan pendedahan seorang wanita bernama Ida Tarbell.

Pendedahan ini menjadi halwa telinga pada Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang menjatuhi hukuman pembubaran terhadap Standard Oil.

Bayangkanlah – sebuah syarikat boleh berpecah menjadi 34 syarikat. Itulah kuasa sebenar Standard Oil. Banyak syarikat pengeluar minyak hari ini – ExxonMobil, Chevron, ConocoPhillips – lahir daripada rahim Standard Oil. Rockefeller kehilangan kuasa kawalan dalam industri minyak… tetapi beliau masih mempunyai saham dalam 34 “Baby Standard” ini. Jadi pembubaran ini amat menguntungkannya dari segi kewangan. Rockefeller kekal tersenyum.

Beliau meninggal dunia pada 23 Mei 1937, meninggalkan legasi yang sangat berpengaruh.

Sebelum pergi buat selamanya, Rockefeller menyediakan sebuah unit amanah untuk menguruskan asetnya yang diwarisi anak lelakinya, John Rockefeller Jr. John memang memiliki harta ini… tetapi tidak dapat berbelanja sesuka hati. Kerana unit amanah ini memastikan turun temurun Rockefeller kekal berharta dan tidak perlu hidup susah lagi.

Dan keturunan Rockefeller pun boleh tahan juga. David Rockefeller siap pernah menguruskan Bank Chase di Manhattan lagi.

Melalui pelaburan, unit amanah ini berjaya menyediakan harta kepada 150+ turun temurun Rockefeller. Visi Rockefeller wajar dijadikan contoh. Sementara ramai mencerca beliau sebagai seseorang yang terlalu tamak haloba, beliau ada “exit plan” yang bagus.

Sedangkan di Malaysia, ramai hartawan yang turun temurun mereka miskin kerana pengurusan tidak cekap. Dianggarkan RM70 bilion harta pusaka di Malaysia tergantung akibat tiada tuntutan sah kerana pergaduhan antara waris.

Bayangkan apa akan berlaku jika unit amanah Rockefeller tidak diasaskan.

RUJUKAN:

Friedman, W. (2020). American Business History: A Very Short Introduction. Oxford University Press. Halaman 58.

Segall, G. (2001, Februari 8). John D. Rockefeller: Anointed With Oil. Oxford University Press. Halaman 32-35.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.