Apa Itu Wormhole?

0
784
views

Pada tahun 1935, Albert Einstein & Nathan Rosen mengusulkan idea bahawa singulariti yang terdapat dalam Black Hole dapat dilenyapkan dengan sambungan Black Hole itu dengan Block Hole yang lain.

Dengan erti kata lain, sambungan antara dua Black Hole ini telah membentuk lorong yang popular dikenali sebagai ‘Wormhole’. Pada asalnya, lorong ini dikenali sebagai ‘Einstein-Rosen Bridge’.

Menurut Teori Kerelatifan Am (General Theory of Relativity), fabrik ruang-masa dapat dibengkokkan (bend) dengan pelbagai keadaan.

Jadi, secara hipotetikalnya, pembentukan Wormhole adalah tidak mustahil walaupun setakat ini saintis tidak tahu macam mana ia dapat dibentuk.

Pembentukan Wormhole ini pernah digambarkan dalam filem ‘Interstellar’ (2014) yang dibentuk melalui kaedah kejuruteraan yang cukup maju.

Bertepatan dengan apa yang tertulis dalam jurnal saintifik, Interstellar menunjukkan yang Wormhole sebenarnya telah menjadi jalan pintas antara satu galaksi ke galaksi yang lain.

Ia dapat jadi jalan pintas kerana Wormhole telah ‘melipat’ ruang-masa. Lebih kurang macam kau lipat kain. Hujung ke hujung yang pada asalnya jauh ditemukan dengan lipatan.

Jalan yang mengambil masa beratus tahun cahaya dapat dipendekkan menjadi mungkin seminggu ataupun sebulan.

Kalau nak bagi contoh mudah, perjalanan dari Bumi ke Marikh mengambil masa dalam tempoh lebih kurang 300 hari.

Tapi dengan Wormhole, kita boleh pendekkan perjalanan sehingga sebulan, mungkin seminggu, mungkin juga sehari!

Apabila orang masuk ke dalam Black Hole, dia pergi ke tempat lain adalah salah satu kemungkinan selain daripada kematian. Boleh jadi juga Wormhole ini cuma sehala saja, tak boleh berpatah balik.

Tapi itulah, perjalanan ini takkan selamat. Black Hole takkan keluarkan benda yang sama apa yang dia sedut.

Kalau kita masuk, kita akan keluar jadi radiasi Hawking yang sebenarnya tak mengandungi apa-apa maklumat pasal kita.

Ada teori lain yang kata Black Hole ini bersambung dengan White Hole. Black Hole bersifat menyedut, dan White Hole pula bersifat ‘meludah’. Tak ada siapa yang boleh masuk ‘White Hole’ kalau kita dari luar.

Walaupun Wormhole sering dicanang sebagai jalan pintas yang ideal merentasi galaksi, ia juga boleh menjadi perjalanan yang lebih panjang daripada biasa kalau lorong itu lebih panjang daripada kat luar Wormhole.

Setakat ini, saintis belum menemui lagi kewujudan Wormhole walaupun kewujudannya adalah mungkin. Wormhole ini bentuknya mungkin bukan seperti apa yang kita sangka.

Ia mungkin boleh jadi menarik macam dalam cerita ‘Stargate’.